Thursday, March 31, 2011

~ Ikan Masak Lemon...

Diana @ Melley Mey | 9:42 PM | 7 Comments so far

Assalamualaikum... Selamat malam semua... Malam nie cuma 1 jer resipi yang i nak kongsikan bersama... Ikan Masak Lemon.. Sebab lauk yang lain semua dah ada kat blog nie.. ^_^.. Tadi masak 6 ekor ikan.. Banyak? Hehehee... Ikan kecil jer pun.. 400 gm seekor gitu jer... Jadi masak ler 6 ekor tadi... Resipi kat bawah nie i bagi untuk seekor ikan yer.. Jom terus tengok resipinya... 


Bhn²
400 gm ikan _ d bersihkan dan d potong seperti gambar d atas
1 biji cili merah _ d cincang kasar
8 biji tomato cherry
150 gm nenas yang telah d buangkan kulitnya dan d potong dadu
3 ulas bawang merah _ d cincang
2 ulas bawang putih _ d cincang
1 biji bawang besar _ d hiris kasar
::   Sos Lemon  ::
2 batang serai _ d hiris kasar
Minyak untuk menggoreng
Tepung jagung secukupnya


Bhn² Perap
1 tsp garam
2 biji kuning telur 
1 tbsp tepung jagung


Bhn² A
3 tbsp Sos Lemon ( i guna Woh Hup brand )
3 tbsp sos cili maggi
2 tbsp jus lemon
7 tbsp air
Garam secukup rasa


Cara²
  1. Gaulkan ikan bersama bhn² perap selama 15 minit. 
  2. Salut ikan dengan tepung jagung.. Goreng d dalam minyak yang dalam sehingga masak kekuningan.. Angkat dan toskan...  Susun d atas piring dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak .. tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan cili merah dan serai. Tumis sehingga naik baunya.
  5. Masukkan nenas, bawang besar dan tomato.. Gaul.
  6. Akhir sekali masukkan bhn² A dan sesuaikan rasa.
  7. Tutupkan api dan tuangkan d atas ikan goreng tadi.


Baca Selanjutnya / Read More...

~ Comel Tak? Heee Heee Heee...

Diana @ Melley Mey | 3:38 PM | 10 Comments so far

Assalamualaikum.... Pagi tadi buat cookies bersama Irfan cayang... Nie pun permintaan dia sejak 3 hari lepas lagi.. D sebabkan i sibuk memanjang jer dalam minggu nie.. Terpaksa ler tertunda sehari demi sehari... Cian Irfan kan.. Hari nie i curi ler masa tu sikit untuk buat cookies nie... Buat serba kelam kabut gitu.. Hasilnya macam tu juga ler kan.. berserabut juga.. Hehehee... Cookies nie Irfan ternampak semasa i jenguk dapur Zoe.. Irfan nie memang pantang nampak Teddy bear.. mesti nak jugaaaa... hehe.. Sejak dia dalam pantang lagi kami dah biasakan ngan teddy bear tu.. sampai sekarang ler dia tak boleh berenggang ngan teddy bau dia tu.. hahahaa.. Irfan²... 




 ~ Horlick Teddy Bear Cookies...


Sumber  ~ Bake for happy kids  &  Nasi Lemak Lover  (  Minta izin salin resipinya yer .. Thanks for sharing .. )
Kalau nak tengok resipi asal boleh klik kat -->> SINI ( Zoe ) & juga kat  -->> SINI ( Nasi Lemak Lover ).
I salin jer kat sini yer.. ehhehee... kes malas ler nie kan... :D


Ingredients
Butter 250g
Horlick 120g
Corn flour 40g
Milk powder 40g
Cake Flour 250g
Caster sugar 30g
Egg Yolk 1

Preheat the oven to 150°C. Beat butter and sugar till light and creamy. While beating, add egg yolk until combined. Add Horlick, flour and milk powder and mix well to combine (Do not overmix). 

Weight 10g of dough each and shape into small round ball and decorate each with 2x Nestle KoKo Krunch as ears, 1x chocolate chip as nose and 2x chocolate rice as eyes. Bake for 25mins. Allow to cool completely on tray. To avoid the cookies becoming soggy, store immediately in airtight container after they are cooled completely . 



Terima kasih kepada Zoe dan Nasi Lemak Lover kerana sudi berkongsi resipi cookies yang sangat sedap dan comel  nie... Anak² i semuanya suka tengok dan makan... sukaaaa sesangat... TQVM!!




::  I buat ler lebah juga.. hehehehe  ::


Baca Selanjutnya / Read More...

Wednesday, March 30, 2011

~ Lobak Putih Masak Kong Pao...

Diana @ Melley Mey | 11:39 PM | 4 Comments so far

Nie pula Lobak Putih Masak Kong Pao.. Rasanya .. Errrrrrmmm... Ok ler juga bagi pengemar lobak putih nie.. Tetapi anak² kurang menyukainya.. Mereka lebih suka jika ianya d masak SUP jer... Baik ler... mari tengok resipinya yer.. Rasanya semua orang dah tau macam mana nak masak resipi kong pao nie kan.. sama jer ngan masak ayam tu.. cuma i tukarkan ngan lobak putih nie... :)




Bhn²
1 kg lobak putih _ d kupas kulitnya dan d hiris nipis
3 biji cili kering _ d potong kecil
1 biji bawang besar _ d hiris kasar
2 tangkai daun bawang _ d potong panjang
1/2 inci halia _ d hiris nipis
1 tsp tepung jagung + sedikit air ( pemekat )
Minyak untuk menggoreng


Bhn² A
2 tbsp sos tiram maggi
2 tbsp sos cili maggi
2 tbsp sos tomato maggi
1 tbsp kicap cair
1 tsp gula
1 tsp cuka
Secubit perencah pati ayam Tumix
Serbuk lada putih


Cara²
  1. Goreng lobak putih sehingga masak.. Ketepikan dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak d dalam kuali.. Masukkan cili kering dan tumis sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bawang besar dan halia. Tumis seketika lagi.
  4. Masukkan lobak putih goreng dan bhn² A. Gaul rata..
  5. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan gaul.
  6. Setelah itu masukkan daun bawang dan gaul
  7. Tutupkan api dan hidang.

Baca Selanjutnya / Read More...

~ Daging Kurma Berlobak Merah...

Diana @ Melley Mey | 11:07 PM | 2 Comments so far

Petang tadi... Lepas buat Kuih Lobak Putih.. i terus ler masak untuk makan malam kami.. Hubby nak makan Daging Kurma .. Walaupun penat.. demi memenuhi permintaan hubby.. i pun masak ler juga.. Kasihan nanti hubby kan.. macam kita juga.. kalau mengidam sesangat nak makan sesuatu tu.. tapi tak dapat.. mesti tak best kan kan.. Hii hiii.. Hubby kata tak payah ler nak masak daging kurma nie dulu.. tunggu masa tak sibuk gitu baru ler masak.. Tak per.. i boleh jer.. ;)




Bhn²
1.8 kg daging _ d potong nipis
1 biji lobak merah _ d potong menyerong
2 biji bawang besar _ d potong 4 atau 6 ( mengikut besar bawang tu juga yer )
4 biji cili merah _ d belah dan d buang bijinya
4 biji cili hijau _ d belah dan d buang bijinya
4 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Sebungkus ( 250 gm ) rempah kurma ayam dan daging Adabi + sedikit air panas 
500 ml santan
75 gm kerisik
Air secukup kegunaan
Minyak untuk menumis


Bhn² D Kisar Halus
30 biji bawang merah
10 biji bawang putih
3 inci halia
4 batang serai


Bhn² A
3 tbsp susu pekat
25 gm asam jawa + dengan sedikit air ( ambil pesnya sahaja )
1/2 tbsp perencah pati ayam Tumix
1 tsp kicap pekat manis Cap Ayam
Garam secukup rasa
Sedikit gula


Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak.. Masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga wangi.
  2. Masukkan bhn² kisar dan tumis sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan rempah kurma dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata. Setelah itu masukkan air melebihi paras daging dan biarkan sehingga daging empuk. Jangan lupa mengaul sentiasa yer.
  5. Masukkan lobak merah dan biarkan sehingga ianya lembut.
  6. Bubuh bhn² A dan santan.. Setelah mendidih bolehlah d masukkan kerisik.. Sesuaikan rasa.
  7. Masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah.
  8. Setelah ianya layu bolehlah d tutupkan api.
  9. Sedia untuk d hidang.

Baca Selanjutnya / Read More...

~ Hari Yang Memenatkan.. Kuih Lobak Putih...

Diana @ Melley Mey | 10:12 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..... Maaf jika i lambat nak balas komen dan nak masukkan entri yer... Sebenarnya 2 hari nie memang hari² yang teramat memenatkan... Banyak kerja gitu... Tu yang lambat tu.. Huu huuu.. Tapi tak per kan... yang penting diana sayaaang semua... :). Kalau ikutkan diri nie.. memang waktu dan ketika nie terasa letih sesangat... Namun mesti juga kena update blog kan kan kaan... Hehehe.. Ok ler.. Tadi walaupun sibuk sikit.. luangkan masa juga buat Kuih Lobak Putih nie untuk minum petang.. Mari tengok versi Diana buat kuih nie.. ( sebenarnya nie pun dulu i belajar dari sebuah buku masakan cina. Tapi tak ingat nama dah.. Resipi yang i letak nie memang i dah olah mengikut citarasa i.. Hehehe ) Jom..




Bhn² A
40 gm potato flour
80 gm wheat starch
200 gm tepung beras
480 gm air


Bhn² B
250 gm lobak putih d parut
100 gm udang kering _ d rendam dan d ramas / d tumbuk kasar
6 tbsp minyak
1 biji cili merah _ d buangkan bijinya dan d cincang 
420 gm air
::  Gambar i  ::


Bhn² C
1/2 tbsp garam
2 1/2 tbsp gula
1/2 tsp serbuk lada putih
1 tsp minyak bijan
1/2 tsp perencah pati ikan bilis Tumix


Cara²
::  Gambar ii  ::
  1. Campurkan bhn² A. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Celur lobak putih ke dalam air mendidih dan toskan.. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak ( rujuk bhn² B )... masukkan udang kering dan tumis sehingga garing.
  4. Setelah itu masukkan cili merah dan tumis seketikan lagi.
  5. Tambahkan air dan bhn² C.. gaul rata dan biarkan ianya mendidih.
  6. Masukkan adunan bhn² A dan lobak putih.. Gaul dan masak sehingga ianya menjadi pekat seperti d dalam gambar i d atas api kecil.
  7. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang pengukus dan kukus sehingga ianya masak.
  8. Sejukkan sebelum memotong.
  9. Potong kuih lobak putih yang telah sejuk sepenuhnya itu kepada kepingan nipis. Goreng dengan sedikit minyak seperti dalam gambar ii sehingga kekuningan d kedua belah bahagian.
  10. Hidang bersama cicah kegemaran masing² atau boleh juga d makan tanpa sos.



Baca Selanjutnya / Read More...

Tuesday, March 29, 2011

~ Labu Masak Bersama Sayur Pucuk Manis Dan Telur...

Diana @ Melley Mey | 6:35 PM | 3 Comments so far

Awal sungguh i masukkan menu makan malam kami yer hari nie... Sebenarnya memang kami awal makan.. daaaan.. hari nie i masak sayur jer.. Nie jer yang i masak.... Hee Heee.. Kenapa? Hari nie sibuk sikit... Jadi lauk yang lain hubby tapau jer tadi.. Oleh kerana nak sesangat makan Labu Masak Bersama Sayur Pucuk Manis Dan Telur nie... Maka i masak ler juga kan.. yer ler nak layan tekak nie.. :). Kalau ikutkan hubby memang dia nak tapau kesemua lauk tuk malam nie... Tapi tak per.. nak juga masak sayur nie.. Tak peduli.. hehehehe.... ^_^. Baik ler.. Jom tengok resipinya... kat sini ngah hujan lebat nie.. tak sempat pula nanti nak update kan kan... 




Bhn²
700 gm labu _ d kupas kulitnya dan d poitong dadu kecil
130 gm udang bersaiz kecil _ d buang kulitnya
25 gm sayur pucuk manis
Segenggam udang kering _  d rendam dan d tumbuk kasar
6 ulas bawang merah _ d cincang
2 ulas bawang putih _ d cincang
2 batang serai _ d titik
1 tsp serbuk cili
700 ml santan cair
250 ml santan pekat
1 tsp perencah pati ikan bilis Tumix
1 tsp gula
Garam secukup rasa
3 biji telur ( boleh juga d kurangkan kepada 2 biji yer )
Minyak untuk menumis


Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak... Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan serai dan tumis seketika lagi.
  3. Kemudian bubuh serbuk cili dan gaul rata. masukkan udang kering dan tumis sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan labu, udang dan sayur pucuk manis. gaul rata dan biarkan seketika.
  5. Tambahkan santan cair dan biarkan sehingga ianya mendidih.
  6. Bubuh gula, perencah pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
  7. Setelah labu lembut.. masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Pecahkan telur.. biar seketika tanpa d gaul.. Setelah telur dah kelihatan sedikit masak bolehlah d gaul perlahan²..
  8. Tutupkan api dan angkat.
  9. Hidang.

Baca Selanjutnya / Read More...

~ Hirisan Daging Dengan Labu Bersos...

Diana @ Melley Mey | 2:31 PM | | 4 Comments so far


Assalamualaikum.... Dah makan? Belum? Banyak kerja yer? Tak per.. tinggalkan dulu kerja² tu.. Nanti baru sambung yer.. Pergi makan dulu.. baru kerja pun seronok jer kan.. Jangan kerja ngan perut lapar.. Nanti bergendang perut tu kan... Hehehehe.. Hari nie i buat Hirisan Daging Dengan Labu Bersos...  Dah licin dah tadi.. nie baru dapat update.. sibuk sikit hari nie.. :)



Bhn² Untuk Daging
100 gm daging
1 tbsp mentega


Bhn² Perap
1 tsp sos tiram
Serbuk lada hitam
Secubit garam
Secubit soda bikarbonate

Bhn² Untuk Labu
100 gm labu _ d kupas kulitnya dan d kukus _ d lecek
2 tsp bawang besar cincang
1 tsp mentega
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih


Bhn² Sos
1 tbsp bawang besar cincang
1/2 tbsp sos tiram
1/2 tbsp sos lada hitam Life
1/2 tbsp sos cili maggi
1/2 tsp gula
2 1/2 tbsp air
Minyak zaitun untuk menumis


Bhn² Lain
3 biji tomato cherry _ d belah 2 dan d panggang / d goreng dengan sedikit mentega.
Kobis merah _ d hiris halus


Cara²
  1. Perap daging bersama bhn² perap selama 1 jam.. Ketepikan.
  2. Sementara itu.. untuk menyediakan labu ~ Cairkan mentega.. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga terbit aromanya. Kemudian masukkan labu, serbuk lada hitam dan putih serta garam secukup rasa. Gaul rata dan masak seketika. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk daging pula ~ Panaskan mentega.. Masak daging dengan api kecil sehingga masak. Hiriskan kepada kepingan nipis.. Ketepikan.
  4. Untuk sosnya ~ Tumis bawang besar bersama sedikit minyak zaitun sehingga wangi. Masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos cili, gula dan air. Kacau dan tuangkan d atas daging yang telah d susun d atas piring.
  5. Menyediakan susunan d atas piring ~ susun tomato cherry dan lapiskan dengan labu yang telah d bentuk bujur / bulat. Kemudian letakkan dengan hirisan kobis merah. Susun beberapa keping hirisan daging dan lapis lagi dengan labu seterusnya hirisan daging dan labu. Tuangkan sos d atasnya.
  6. Hidang.

Baca Selanjutnya / Read More...

Monday, March 28, 2011

~ Malam Nie Layan Telur... Heehee...

Diana @ Melley Mey | 11:28 PM | 2 Comments so far

Satu lagi menu ringkas kami malam nie... Telur.. I masak Telur Lobak Asin dan Telur Dadar jer.. Untuk Telur Lobak Asin .. dulu i pernah kongsikan kat sini kan.. Nak resipi Klik kat --> SINI yer... Tapi kali nie i ada bubuh oregano dan basil... Resipi nie campak² gitu jer pun.. Mudah sesangat.. :)


::  Telur Lobak Asin Dengan Oregano & Basil  ::

::  Telur Dadar  ::

~ Telur Dadar...

Bhn²
6 biji telur 
1 tsp perencah pati ayam Tumix
4 tbsp susu cair
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Minyak
1 tin kecil kacang merah panggang

Cara²
  1. Campurkan kesemua bahan² kecuali minyak.
  2. Pukul sehingga ianya sebati.
  3. Panaskan minyak.. masukkan sedikit adunan telur dan dadar nipis sehingga ianya masak.
  4. Angkat.. Buat begini sehingga ianya habis.
  5. Gulung telur dadar dengan kemas.. potong mengikut citarasa masing².
  6. Hidang dengan kacang merah panggang.

Baca Selanjutnya / Read More...

~ Kari Sotong...

Diana @ Melley Mey | 11:01 PM | 2 Comments so far

Dua hari nie kalau kita klik older post kat blog i nie.. pasti tak dapat kan.. Walaupun i tak ubah mana² code.. Ermmm... Penat juga mata dan otak nie... Masa 2 hari nie juga ler i tercari² cara nak betulkannya.. Nasib baik ler pertanyaan kami ( ramai juga yang terkena masalah nie yer sejak 2 hari lepas ) kat Help Forum tu terjawab juga oleh seseorang yang berkongsi code untuk memperbaiki masalah tu.. Alhamdulillah akhirnya dapat juga i buat... Terima kasih kat orang tu kerana sudi berkongsi kan..  Ermmm.. Tak nak banyak membebel ler yer.. Rasa²nya mata nie macam dah tak larat dah.. kepala nie pun berat jer.. Tapi i update juga ler menu malam nie yer.. Menu yang senang² gitu.. Kari Sotong.. Jom tengok...




Bhn²
1.2 kg sotong yang telah d bersihkan dan d potong bulat
4 batang serai _ d hiris kasar
15 biji tomato cherry
1 tin Ayam Brand kiub nenas 
1 biji bawang besar _ d hiris
1 inci halia _ d hiris 
2 ulas bawang putih _ d hiris
5 ulas bawang merah _ d hiris
2 tbsp serbuk kari daging Baba's
1/2 tsp serbuk kunyit
Sedikit air panas
Minyak untuk menumis
Air secukupnya ( untuk mencelur sotong )
3 tbsp sos tiram maggi
Garam secukup rasa
2 biji cili padi hijau ( untuk hiasan) _ d hiris


Cara²
  1. Campurkan serbuk kari dengan serbuk kunyit dan bancuh dengan sedikit air panas.. Ketepikan.
  2. Celur sotong dengan air mendidih seketika.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak.. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan serai dan tumis seketika lagi.
  5. Masukkan  bancuhan kari dan kunyit tadi dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan bawang besar dan biarkan seketika.
  6. Masukkan pula sotong, nenas bersama jusnya, tomato, sos tiram dan garam. Sesuaikan rasa.
  7. Masak d atas api kuat seketika. 
  8. Angkat dan hidang.


Baca Selanjutnya / Read More...

~ Terima Kasih Che Mat Gebu.. ^_^...

Diana @ Melley Mey | 9:25 PM | 4 Comments so far

Assalamualaikum semua... Nie haaa.. nak habaq nie.. Heee Heee... Jangan ketawakan Diana taaau... :D. Tapi nak ketawa pun tak per.. nak gosip pun tak kisah.. tak marah pun.. memang betul kan.. ekkekeke... memang selama nie i tak pernah nak cuba buat cekodok pisang... Tak percaya? ♪♫ Percaya Laahh.... ♫♪... Hua Hua Huaaaa.... Teruk ler i nie kan.. cekodok pisang pun tak reti nak buat ek?  Eh! Silap.. Bukan tak reti.. Tapi tak pernah nak cuba pun :D. Alahai!! Buat malu jer kan.. Sedangkan semua ahli keuarga suka makan tu.. Hiihiii.. 




Selama nie kalau nak makan.. pergi jer kat pasar gantung tu... beli jer.. hahaaa... apa punya perangai kan kan kaaan.. Tetapiiii hari nie... I dah buat untuk kali pertama nie ha'... Sedap pula tuuu.. Tak yah lagi nak beli kat mana².. Sendiri buat jer lain kali kan... Semua nie atas jasa CHE MAT GEBU.. yang sudi kongsikan resipi CEKODOK PISANG GEBU..  yang sememangnya gebu lagi sedap.. cuba sekali pasti nak lagi dan lagiii.. Terima kasih Che Mat Gebu.. ^_^. Kalau nak resipinya KLIK jer kat -->> SINI yer.... Cuba ler.. Pasti tak nyesal punya!!!!


::  Walaupun cekodok pisang yg i buat nie tak segebu dan sebulat yang CMG buat.. Tapi gembira sesangat.. hehehe  ::


Baca Selanjutnya / Read More...

~ Sarapan Comel Untuk Kekasih² Hati.. ^_^...

Diana @ Melley Mey | 9:34 AM | | 9 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Comel ker? Ehehehee...Seperti biasa.. i akan buat benda² yang sama ek? Hee Hee.. Tak kisah ler kan.. Yang penting kekasih² hati i suka makan... Daaan.. walaupun dari bahan yang sama.. tapiii setiap kali menyediakannya tu dengan cara berbeza.. Rasanya kekasih² hati kita tak akan bosan kan kan kaaan... Cara kali nie teramat mudah dan ringkas untuk d sediakan... Mari tengok cara kali nie pula...




Bhn²
Figo Kepingan Ikan Tauhu _ d potong 1 inci lebar  ( untuk 1 bahagian kecil )
Ayamas chicken meatloaf _ 1 keping boleh d potong 4
Lidi secukupnya
Minyak untuk mkenggoreng


Cara²
  1. Ambil sekeping kecil ayamas chicken meatloaf.. Letakkan d atasnya dengan kepingan kecil ikan tauhu.
  2. Gulung dengan kemas dan cucukkan dengan lidi d tengahnya.
  3. Goreng d dalam minyak yang dalam.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Siap.. Mudah kan? ;)
  6. Selamat mencuba. 


::  Irfan kalau nampak nie mesti nak banyak² kata.. hehee  ::





Baca Selanjutnya / Read More...

Sunday, March 27, 2011

~ Sup Ayam Cendawan...

Diana @ Melley Mey | 9:47 PM | | Be the first to comment!

Entri penutup untuk hari nie... Sup Ayam Cendawan permintaan Er².. Resipi nie i pernah kongsikan dulu kat sini kan.. Nie kira resipi ulang tayang ler ek.. Hee Hee.. Kalau nak tengok resipi lepas tu klik ler kat --> SINI yer... Cuma kali nie i letak resipi yang mengikut sukatan.. bukan yang campak² macam yang lepas tu  yer.. :D. Dan kali nie i tak bubuh qi zi dan red dates kering.. Mari tengok resipi kali nie..  




Bhn²
1 kg ayam _ d buang kulitnya dan potong kecil
10 keping cendawan kering _ d rendam ( nak potong 2 atau 4 pun boleh yer )
3 inci halia muda _ d tumbuk kasar bersama kulitnya
8 ulas bawang merah _ d cincang
12 bawang putih _ d cincang 
2 tbsp minyak bijan
1000 ml air
Sedikit minyak zaitun atau minyak masakan lain


Bhn² A
1/2 tbsp perencah pati ayam Tumix
2 tbsp kicap pekat Yot Brand
1 tbsp minyak bijan
Garam secukup rasa


Cara²
  1. Masukkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak yang lain dan 2tbsp minyak bijan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.. Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan cendawan dan air. Gaul dan renih selama 20 minit d atas api kecil.
  4. Tambahkan bhn² A dan renih lagi sehingga ayam empuk.
  5. Tutupkan api dan sedia untuk d hidang.
  6. Makan dengan nasi putih panas.



Baca Selanjutnya / Read More...