pages

Monday, January 10, 2011

~ Resipi Telur Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 8:17 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang

Terlebih dahulu Diana ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua kerana masih sudi berkunjung ke blog ini..  Hari ini Diana nak kongsikan resipi Telur Udang Kering. Menu yang amat simple namun ianya menu paling digemari oleh kami sekeluarga.. Utamanya anak-anak Diana.. Mereka tak pernah jemu dengan menu ni.. Tapi itu selera kami sekeluarga la ya.. Lain orang lain pula seleranya kan.. 




TELUR UDANG KERING


Bahan-Bahan
  • Beberapa biji telur _ ( terpulang nak berapa biji )
  • Udang kering secukupnya ( bubuh lebih banyak lebih sedap ) _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar 
  • Bawang merah _ dicincang
  • Bawang putih _ dicincang
  • Bawang besar _ dibelah dua dan dihiris nipis
  • Cili boh / serbuk cili _ ( Diana guna serbuk cili )
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika perlu
  • Perencah pati ayam jika suka

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan udang kering sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Campurkan serbuk cili, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tumis hingga pecah minyak. 
  3. Pecahkan sebiji telur di tepi bahan-bahan tadi dan biarkan seketika tanpa digaul.
  4. Setelah kelihatan telur separuh masak, barulah digaul rata dengan bahan-bahan yang telah ditumis tadi. Buat begini sehingga telur habis.
  5. Angkat dan sesuai dimakan begitu sahaja, bersama nasi putih panas, nasi lemak atau roti.






1 comments:

Pn. Ila said... Reply

Kak, saya minta izin ambil resepi nih. Sudah mencubanya..mmg sedap. Saya link di blog saya. Terima kasih ye.