Showing posts with label Bihun. Show all posts
Showing posts with label Bihun. Show all posts

Thursday, May 4, 2017

~ Resipi Bihun Goreng Taucu...

Sheery Dream Cakes | 8:53 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersua kembali kita di entri kedua untuk hari ini. Bihun lagi? Hehehe... Entri kedua ni pun masih lagi dengan bihun rupanya ya. Cuma untuk entri ni Diana ingin kongsikan resipi Bihun Goreng Taucu. Diana masak untuk sarapan pagi tadi  sebenarnya ni. Nak resipinya? Anda boleh rujuk di bawah ya.


BIHUN GORENG TAUCU

Bahan-Bahan
  • 400 gm bihun _ direndam hingga lembut dan toskan
  • 160 gm udang _ kupas kulitnya dan bersihkan
  • Segenggam udang kering _ direndam di dalam air panas hingga lembut, bersihkan dan ditumbuk kasar
  • 2 ulas bawang merah _ dicincang
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan hiris halus
  • 1 biji cili merah _ buangkan bijinya dan dihiris halus
  • 7 batang daun kucai _ potong 1 inci panjang
  • 3 tbsp taucu manis Yeo's
  • 2 tbsp cili boh
  • 2 tbsp sos tomato
  • Sos cili ( bubuh mengikut citarasa masing-masing )
  • Telur dadar _ dihiris
  • Bawang goreng
  • Garam 
  • Gula


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan separuh hirisan cili merah hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan udang kering, cili boh, taucu manis, sos cili, sos tomato, sedikit gula dan garam. Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan udang dan gaul rata. Masak seketika. 
  4. Masukkan bihun dan daun kucai. Gaul hingga mesra ( tambahkan sedikit air jika perlu ). Goreng bihun hingga garing.
  5. Akhir sekali bolehlah dimasukkan baki hirisan cili merah dan bawang goreng. Gaul rata.
  6. Tutupkan api dan angkat.
  7. Hidang bersama hirisan telur dadar.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Bihun Tom Yam Makanan Laut...

Sheery Dream Cakes | 12:38 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bihun, MihunMi hoonMee Hoon, atau Bee Hoon, itulah panggilan yang biasanya kita dengar.. Walau apa juga pun sebutannya, ia merupakan 1 jenis makanan yang sama. Bihun merupakan sejenis mee yang diperbuat dari tepung beras. Ia berbentuk nipis , panjang dan mempunyai texture yang kenyal. Bihun boleh dimasak secara kering ataupun basah. Ada yang suka makan bihun goreng dan tidak kurang juga yang suka ianya dicampur di dalam kuah atau sup. 

Diana sendiri lebih suka makan bihun tom yam berbanding bihun goreng. Anda pula bagaimana? Apa-apa pun, mari kita semak resipi bihun tom yam makanan laut di bawah ya.


BIHUN TOM YAM MAKANAN LAUT

Bahan-Bahan A
  • 4 bungkus ( 40 gm setiap bungkusan ) Perencah Tom Yam Kung Adabi
  • Udang _ kupas kulitnya dan bersihkan ( ambil kepalanya untuk kegunaan nanti )
  • Sotong _ dipotong ikut suka dan bersihkan
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu kecil
  • Cili padi Siam ( bubuh ikut citara masing-masing )
  • 2 batang serai _ dititik
  • 1 inci lengkuas _ diketuk dan cincang
  • 6 helai daun limau purut _ dicarik-carik
  • 2 biji buah tomato _ dipotong 8
  • 4 keping tauhu putih _ dipotong kecil
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin cendawan butang _ toskan dan dihiris nipis
  • Jus limau nipis secukup rasa
  • Daun ketumbar _ dihiris
  • Sos ikan secukup rasa
  • Garam jika perlu
  • Gula
  • 6 cawan air ( boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing )

Bahan-Bahan Sampingan
  • Bihun _ dicelur dan toskan 
  • Limau kasturi
  • Hirisan daun ketumbar
  • Fillet ikan _ dipotong ikut suka dan campurkan dengan lada hitam kisar, lada putih kisar, garam, kuning telur, tepung ubi kayu dan tepung jagung ( nisbah tepung 1:1 ). Perap 10 minit dan kemudian goreng hingga masak kekuningan. Ketepikan.

Cara-Cara
  1. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang besar,daun limau purut, perencah tom yam, jus limau nipis, cili padi siam dan hirisan daun ketumbar ke dalam periuk yang sesuai. Masak di atas api sederhana hingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, garam, cendawan butang, sotong, kepala udang dan udang. Gaul rata dan biar sehingga ianya masak.
  3. Masukkan buah tomato dan tauhu putih. Gaul secara lembut agar tauhu tidak hancur.
  4. Tambahkan susu cair dan sesuaikan rasa. Didihkan seketika.
  5. Tutupkan api dan angkat.
  6. Tuangkan ke dalam mangkuk yang telah disusun bihun celur dan fillet ikan goreng.
  7. Taburkan hirisan daun ketumbar dan perahkan jus limau kasturi ketika menghidang.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, February 6, 2017

~ Resipi Bihun Goreng Tom Yam...

Sheery Dream Cakes | 3:37 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bihun goreng memang kegemaran kami sekeluarga. Hari ini Diana kongsikan resipi bihun goreng tom yam yang simple sahaja. Masak mengikut bahan yang ada. Anda boleh menambah daging, ayam, makanan laut atau bahan lain mengikut selera masing-masing ya. 

Sebenarnya bihun goreng ini lebih kepada selera anak kecil di rumah ini. Dia kurang suka bihun goreng yang dicampur banyak bahan di dalamnya. Kalau ikutkan seleranya memang bihun goreng telur sahaja... Hehehe..

Baiklah, jom kita semak resipinya di bawah.


BIHUN GORENG TOM YAM 

Bahan-Bahan
  • 300 gm bihun _ direndam hingga kembang dan tuskan
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 1 biji bawang besar _ dihiris halus
  • 1 bungkus perencah tom yam kung adabi
  • 2 tbsp cili boh
  • 1 tbsp sos ikan
  • Sedikit sos cili Thai Maggi
  • Sedikit sos cili Maggi
  • Sedikit daun kucai _ dipotong 1 inci panjang
  • Gula secukup rasa

Bahan-Bahan Kisar 
  • Segenggan udang kering _ cuci, rendam, bersihkan dan tuskan
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 sudu besar bunga kantan yang dihiris kasar

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang besar hiris. Tumis sehingga layu.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, perencah tom yam dan cili boh. Tumis sehingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging ayam kisar dan gaul rata.
  4. Setelah ayam masak, masukkan sos cili thai, sos cili, gula dan sos ikan. Gaul dan masak seketika.
  5. Masukkan bihun dan sedikit air. Gaul sehingga semua bahan sebati. 
  6. Masukkan daun kucai dan gaul rata.
  7. Sesuaikan rasa dan sekiranya kurang masin, bolehlah ditambah sedikit lagi sos ikan dan gaul sebati.
  8. Tutupkan api dan hidang bersama telur dadar hiris.

:: NOTE ~
Anda boleh menambah bahan lain seperti ayam, daging, makanan laut atau bahan lain mengikut citarasa masing-masing.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, May 26, 2012

~ Bihun Goreng Ayam Dan Kerang...

Sheery Dream Cakes | 8:37 PM | 4 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Untuk entri kali ni Diana nak kongsikan resipi yang simple saja... Resipi Mihun Goreng Ayam Dan Kerang ... Sebenarnya ni menu sarapan kami pagi tadi.. Baru sempat kongsikannya.. Mihun Goreng ni permintaan anak kecil Diana... Jadi tu ler sebabnya kenapa anda semua tidak nampak sayur kat mihun tu kan kan.. Cuma ada hirisan daun bawang sahaja.. Heehee... 

Mihun goreng ni memang sesuai untuk bebudak yang tak nak sayuran dalam mihun goreng mereka.. Tak perlu ler kita asingkannya kan.. Kalau ikutkan selera budak-budak.. Kerang tu pun dia tak nak... Jadi terpaksa la diasingkan juga kerangnya tu semasa hidang untuk dia.. :D. Jadi.. Jika anda nak bubuh sayur atau bahan yang lain pun boleh.. Dan mihun goreng ni memang tak pedas pun.. Kalau nak pedas boleh bubuh cili padi banyak sikit ya.. Ok la.. Tak nak buang masa lagi.. Jom selongkar resipinya...


BIHUN GORENG AYAM DAN KERANG


Bahan-Bahan 
  • 400 gm / 1 bungkus  mihun _ ( Diana guna Thailand Bihun Star Lion ) 
  • 1 tin REX kerang panggang
  • 4 ulas bawang putih _ dihiris
  • 1 biji bawang besar _ dibelah dan hiris
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

Bahan-Bahan A ( Kisar menggunakan Food Processor )
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 1/2 genggam udang kering _ direndam dalam air panas dan toskan
  • 1 biji cili merah _ buang bijinya
  • 2 biji cili padi

Bahan-Bahan B ( Perap 10 minit )
  • 200 gm dada ayam _ dihiris nipis
  • 1/4 tsp garam
  • 1/4 tsp minyak bijan
  • 1/4 tsp kicap cair
  • Serbuk lada hitam

Bahan-Bahan C

Bahan-Bahan D ( Telur Sos Cili )
  • 5 biji telur 
  • 6 tbsp sos cili Maggi


Cara-Cara
  1. Rendam mihun hingga lembut ( Diana tidak rendam guna air panas ). Tos dan ketepikan.
  2. :: Sediakan dahulu telur sos cili ~ Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian pecahkan kesemua telur dan bubuh sos cili di atasnya. Biarkan sehingga telur kelihatan separuh masak barulah digaul rata. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis selama 1 minit.
  5. Tambahkan sedikit gula dan tumis lagi hingga garing.
  6. Masukkan ayam yang telah diperap dan masak hingga ayam empuk.
  7. Masukkan kerang panggang serta hirisan bawang besar dan gaul rata.
  8. Setelah itu masukkan bahan-bahan C dan gaul.
  9. Masukkan mihun dan sedikit air. Gaul dan goreng mihun hingga garing.
  10. Masukkan telur sos cili dan gaul rata.
  11. Sesuaikan rasa dan angkat.
  12. Taburkan hirisan daun bawang semasa menghidang.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, February 28, 2012

~ Resipi Bihun Goreng.. Edisi Ulang Tayang :)...

Sheery Dream Cakes | 3:43 PM | 17 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Ermmm... Dah beberapa hari Diana tak bersiaran kan.. Maaf sesangat tau.. Sejak anak kecil Dianan demam hari tu Diana memang susah nak online.. Panas badan dia sekejap turun dan sekejap naik balik.. Sampai hari ni pun panas badan dia tak berapa ok.. Sememangnya kalau anak² tak sihat Diana pasti akan risau siang malam.. Tambahan lagi hubby pun baru jer balik dar KL.. Masa memang Diana seorang jer yang jaga.. Abang dia memang nak tolong tapi mana ler dia nak.. Diana jauh sikit mesti dia akan menangis.. manja sangat dengan Diana .. :)



Nak d jadikan cerita... Masa menjaga Irfan malam tu.. Diana memang tak berapa nak tidur pun.. tapi semasa anak Diana tidur.. Diana pun terlena kejap.. Bangun jer dari tidur, Diana rasa leher ni sakit yang teramat sangat... Nak pusing ke kiri pun tak boleh.. Kalau kami kat sini panggil salahau bantal.. :). Maknanya tersalah uratmcm tu..Tak tau apa panggilan kat tempat lain.. :). Sampai sekarang pun masih lagi sakit tapi dah kurang sikit.. Dah boleh pusing kiri dah.. Kalau tak.. Leher tu lurus jer kan.. Hahahaa.. Adeeh!! Baik ler.. Untuk kali ni Diana kongsikan lagi resipi ulang tayang... Cuma kali ni Diana bubuh kerang gantikan udang dan sotong.. 



Diana kalau makan bihun goreng nie memang suka makan bersama perahan air limau nipis... Sedap! Tapi tu selera masing² juga kan.. Ada yang suka makan dengan perahan air limau kasturi.. Terpulang ler yer.. Oleh kerana leher Diana masih lagi sakit... Nie ler hasil gambar yang d ambil dengan leher yang sakit tu... Heehee... Sakit mata nie tengok... Sana sini tak elok... Hentam jer ler kan.. Nie juga d sebabkan kamera yang biasa Diana gunakan tu sakit pula.. Haih!! Ikut tuannya juga kan.. Tuannya sakit.. Kemera pun sakit.. Hehehe.. Kena ler guna kamera yang satu nie.. Kamera yang paling tak pandai Diana nak gunakan.. Sebab kena setting sana sini... Adeeh!! memang kabur ler jawabnya gambar yang Diana ambil.. Huhuuu... Tapi ok ler kan daripada tak ada langsung.. Jadi layan jer ler gambar yang kabur ni.. :D. Untuk resipi ni nak tengok entri lepas boleh klik kat SINI yer.. Dan untuk kali ni Diana tambahkan sedikit sukatan sos cili tu.. Tapi Diana cnp juga ler resipinya kat sini yer..




BIHUN GORENG


Bahan-Bahan
  • 1 bungkus bihun _ direndam ( Diana guna bihun Cap Ayam Belanda dari Eka )
  • 100 gm dada ayam _ dihiris nipis
  • 100 gm daging _ dihiris halus
  • 250 gm sotong _ dipotong bulat ATAU gantikan dengan 1 tin kerang panggang Rex Brand
  • 200 gm udang _ dibuang kulit dan kepalanya
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar
  • 275 gm frozen mixed vegetables ATAU gantikan dengan lobak merah dan frozen corn kernels 
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang besar _ dihiris kasar
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji cili merah _ dicincang
  • 2 tbsp cili kering kisar 
  • 3 tbsp sos tiram
  • 5 - 6 1/2 tbsp sos cili ( bergantung kepada selera masing-masing )
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis


Cara-Cara
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, udang kering dan cili kisar sehingga naik aromanya dan sedikit garing.
  2. Kemudian pecahkan telur satu persatu. 
  3. Setelah itu gaul sebati dan masukkan pula daging. Biar sehingga daging empuk.
  4. Masukkan ayam dan mixed vegetables. 
  5. Setelah ayam empuk bolehlah dimasukkan sotong, udang, sos cili, sos tiram, perencah pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  6. Gaul dan masukkan cili merah.
  7. Masukkan bihun dan gaul sehingga semua bahan-bahan sebati.
  8. Masukkan sedikit air. Gaul dan masak sehingga bihun garing.
  9. Angkat dan hidang.
  10. Taburkan dengan hirisan daun sup jika suka.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, March 4, 2011

~ Resipi Bihun Goreng...

Sheery Dream Cakes | 8:28 AM | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Tanpa membuang masa, apa kata kita terus sahaja tengok resipi bihun goreng ini ya.. Jom semak resipinya…



BIHUN GORENG


Bahan-Bahan
  • 2 bungkus mihun _ d rendam ( Diana guna mihun Cap Ayam Belanda dari Eka )
  • 100 gm dada ayam _ d hiris nipis
  • 100 gm daging _ d hiris halus
  • 250 gm sotong _ d potong bulat
  • 200 gm udang _ d buang kulit dan kepalanya
  • Segengam udang kering _ d rendam dan d tumbuk kasar
  • 275 gm frozen mixed vegetables
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang besar _ d hiris kasar
  • 4 ulas bawang merah _ d cincang
  • 6 ulas bawang putih _ d cincang
  • 2 tbsp cili kering kisar ( guna cili kering yang lebar tu )
  • 3 tbsp sos tiram
  • 5 tbsp sos cili
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis
  • 1 biji cili merah _ d cincang


Cara-Cara
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, udang kering dan cili kisar sehingga naik aromanya dan sedikit garing.
  2. Kemudian pecahkan telur satu persatu. Caranya sama seperti memasak  Telur Udang Kering  yer. 
  3. Setelah itu gaul sebati dan masukkan pula daging. Biar daging empuk.
  4. Masukkan ayam dan mixed vegetables. Masak seketika.
  5.  Masukkan sotong, udang, sos cili, sos tiram, perencah pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  6. Gaul dan masukkan cili merah.
  7. Masukkan mihun dan gaul sehingga semua bahan²  sebati.
  8. Masukkan sedikit air. Gaul dan masak sehingga mihun garing.
  9. Angkat dan hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>