Friday, March 16, 2012

~ Ayam Masak Lemon...

Diana @ Melley Mey | 3:25 PM | |

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Nie merupakan entri terakhir untuk minggu nie dan tiada entri terbaru untuk seminggu yang akan datang... Mungkin juga 2 minggu kan.. :D.. Sekali lagi SBK terpaksa berehat.. Mungkin kali nie agak lama sedikit.. Tu sebabnya Diana kena kongsikan beberapa resipi hari nie.. Kalau tak d kongsikan pasti bertambah lagi ler entri tertangguh nanti kan.. Untuk hari nie cukup ler 4 resipi d kongsi bersama.. :).. InsyaAllah setelah kembalinya SBK dari bercuti nanti pasti akan ada resipi d kongsi lagi yer.. 


Ok ler jom kita tengok resipi ulang tayang nie.. Kalau nak tengok entri lepas boleh ler klik kat SINI yer... 

Bahan² A
4 keping dada ayam _ belah bahagian yang tebal tapi jangan putus
1 tbsp sos lada hitam Life
1 tbsp sos plum Loon Kee
1/2 tbsp gula
1 biji kuning telur
1/2 biji parutan kulit lemon
2 tbsp tepung kastard
1 1/2 tbsp tepung ubi kayu
1/2 tsp minyak bijan
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
Garam 

Bahan² B ( Dicampurkan ) Boleh Digandakan adunan ini
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 tsp biji bijan

Bahan² C ( Untuk Sosnya )
6 ulas bawang putih _ dicincang
4 ulas bawang merah _ dicincang
1 inci halia _ dicincang
4 - 4 1/2 tbsp jus lemon _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing²
3 - 3 1/2 tbsp sos plum Loon Kee _ mengikut citarasa masing². Jika suka boleh bubuh 4 tbsp
2 tbsp sos tiram Maggi
1 1/2 cawan air
Gula 
Garam secukup rasa

Bahan² Lain
Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk pemekat
1/2 biji lemon _ dihiris nipis
Minyak



Cara²

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam.
  2. Kemudian saluti ayam dengan bahan-bahan B dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu bolehlah sediakan sosnya.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan bahan-bahan sos selebihnya dan biarkan hingga ianya mendidih.
  5. Tambahkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam secukup rasa.
  6. Didihkan seketika dan bolehlah ditutupkan api.
  7. Tuangkan di atas ayam goreng tadi yang telah dipotong dan disusun di atas pinggan bersama hirisan lemon.


::  Ayam Masak Lemon yang menggunakan bahagian peha ayam  :: 

Selain menggunakan dada ayam.. Kita juga boleh tukarkannya kepada bahagian peha ayam... Peha ayam itu di buangkan kulit dan tulangnya. Kemudian dipotong kecil dan nipis.. Hasil masakannya adalah seperti gambar ini yer..







14 comments:

faa.rosli said... Reply

looks yummy!

ijayuji said... Reply

Salam kakak canteks! bykkkkkkkkkkkkkkkknyer resepi akak! tak tahu nk yg mana satu sume sedap2!

tun_telani said... Reply

fuhhh.. fuhhhh... semput x sempat nk kejar.. rasa mcm td nmpk mcm kek, tiba2 jd ayam dh. hihi.. tp lemon chicken ni nmpk yummy sgt!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

terliur lagi tgk lauk ayam diana ni... diana kalau tayang resepi ayam semua best2 lahh.. tak terkejar akak nak mencuba kesemuanya.. byk resepi yg masih Q.. hehe..

Yatie said... Reply

adoyaiiiiii wat akak terliur lerrr..kalau makan ni mmng asyik gitewww..sedap hingga menjilat jari...

steffany daph said... Reply

nyum3. lama tak makan nih . rindu pula dgn ayam lemon (:

Mama Hawa/Mama Nani said... Reply

Salam Diana..
aah lah rasa2 nyer tak terkejar resipi2 teman2 yg best2 begini...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam Diana,sedapnya

norlieharumaini said... Reply

seleranya tengok..

Qasey Honey said... Reply

asslm kak diana syggggg...
mmg terbaik la menu ayam ni...tliur tgk...blurppp...mesti kena cuba ni...tbayang2 kesedapannya...

ummiaisyah said... Reply

happy holiday Kak Diana!
geramnya tgk semua mknn kt dapo akak ni!

maz said... Reply

sdppp snguh npak ayam diana tu...nk plak ada nsi pnas2 spngan..xtoleh lauk lain dah...yum..yummmyy...

zila said... Reply

salam kenal diana..wahhh pandainya memasak..semuanya nampak mylerakan..hiasanye pun sgt berseni..singgah dblog kamu yer..;)

nina said... Reply

wahhh...cedappnnyyyaaaa k.diana...yum..yum..;)