Thursday, March 15, 2012

~ Rendang Lokan...

Sheery Dream Cakes | 11:02 AM |

Assalamualaikum dan bertemu kembali... 

Wah!!! Laju jer kan dengan entri terbaru... Hehehee... Yer ler sekarang ni tengah ada masa sedikit tu.. Terus ler laju² buat entri yang tertangguh ni kan.. Sebab nak sambung lagi rehat tu.. Ok ler tak nak membuang masa... Terus jer ler kita cerita pasal Rendang Lokan yang teramat sedapnya ni..


Lokan ni kalau kat Labuan memang jarang sekali nampak orang jual... Ni Diana beli kat Menumbok semasa dalam perjalanan pulang dari melawat daughter kat Kem Wawasan PLKN Papar, Sabah... Beli dalam RM 40.. Ya Allah... Punya ler berat lokan ni.. Tapi hubby yang angkat masa tu...  Bayangkan ler masa tu lagi kami ikut bot laju dari Menumbok ke Labuan.. :D. Rasa juga nak makan lokan tu kan.. Berat pun tak peduli dah.. Hehehe...

Tapi semua tu berbaloi sebab dengan adanya resipi dari dapur CMG ni.. Semua tu dah tak kisah dah.. Hilang semua penat membawa lokan ni.. Diana masak rendang... Sememangnya teramat sedaaap!!! Dulu kalau kami pergi beli kat Menumbok biasanya mama Diana yang masak.. Mama masak Sambal Lokan.. Pun tersangat ler sedaapnya.. Tapi untuk kali ni Diana sendiri yang nak masak sebab ni ler pertama kalinya Diana masak lokan... Biasanya tau makan jer kan... Hiihiii...


Terima kasih buat CMG kerana sudi berkongsi resipi yang sedaaap ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima kasih..



:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )


RENDANG LOKAN

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan isi lokan
  • 1 helai daun kunyit _ hiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1 camca besar penuh kerisik
  • 2 camca besar cili kisar
  • 2 camca besar rempah kari ikan ( jenama Baba's ) _ Diana guna rempah kari ayam dan daging Baba's
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak kelapa untuk menumis ( boleh guna minyak masak biasa )

Bahan Kisar Halus

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci belacan
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai _ hiris halus

Cara-Cara

  1. Bancuh bahan kisar halus bersama rempah kari, gaul rata. Panaskan minyak kelapa dalam kuali, tumis bahan kisar halus + rempah kari tadi, hingga wangi, masukkan cili kisar, daun limau purut dan asam gelugor, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Tuang air dan santan, kacau dan masak hingga sedikit pekat. Masukkan lokan dan kerisik, gaul rata dan kecilkan api, masak hingga pekat. Tambah gula melaka dan garam secukup rasa, terus memasak hingga hampir kering tapi masih lembap.
  3. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul dan rasa jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi, ketupat atau lemang.....sedapp, kalah rendang daging..seriuss nihh!


15 comments:

Gee® said... Reply

K.gee tak pernah makan lokan nih... menyelerakan Diana

izahdaut said... Reply

assalamualaikum kaka d..
waaaa sedap nampaknya tu. apa2 menda kalau jadi rendang.. sedap je kan. pepulak seafood yang manis gini.

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

betul kata izah tu.. apa2 benda kalau dah direndang pastinya sedap.. lokan ni akak lom pernah makan lagi rasanya... tak pernah terjumpa kat sini.... bila tengok rendang lokan diana ni.. akak terasa nak buat rendang kerang pulak.. hehehe.. itu je yg mudah dapat kat sini.. nak beli lokan tak tau mana nak beli.. tp sure isi lokan lagi sedap dari kerang kan..

Qhaifa Nur said... Reply

sedapnya...

tak semua orang pandai masak lokan ni...berselera betul nih..

SURIA AMANDA said... Reply

baru tau boleh buat rendang jugak...ok..nanti bila2 boleh cuba resepi ni..

ibh said... Reply

Sedapnya..tak pernah makan rendang lokan ni. Beli pun tak pernah..heee.
Alaa kak Diana masak apa pun semua sedap tau..

steffany daph said... Reply

woo. rendang lokan. tak pernah lagi try resepi ni. hrmm, nampak sedap :D

Amie said... Reply

Rajinnya merendang lokan.... teringat dulu2 suka kais lokan dalam anak sungai ramai-ramai, dapat banyak sangat... lepas tu buat rendang!

rahel said... Reply

Salam Diana...sedap sangat la nampaknya rendang lokan tu..emm suka sangat,pasti mkn nasi byk2..

sabar dubai said... Reply

salam kak diana...waaaaa rendang lokan...kite da lame xpeken lokan ni...nmpk menarik ajeee rendang akak..

KakAsma said... Reply

Diana,
mmg tak pernah makan lokan jakun sekejap:)..mesti sedap dibuat rendang kan..ermmmmm...

mimie said... Reply

K.Diana...sedapnyerrrrrrrrr.....
peberet rendang kerang...n yg ni opkos sedap sbb seafood gak kn.....
bestnyer mkn ngan nasi impit nihh....

tun_telani said... Reply

tun pernah sekali je mkn lokan, masa kat KK.. sedap rupa2nya.. susah nk jumpa lokan nih. terliur betul tgk rendang akak..

ANR said... Reply

sedapnya lokan. teringat lokan bakar di simpang nk ke Tuaran. yums

Edy Subakti said... Reply

Di Mukomuko, Bengkulu mak cik. Banyak sangat lokan. Boleh try dan adu sedap masakan kampung kami