Friday, May 25, 2012

~ Brown Butter, Carrot, Pineapple, Coconut And Raisin Cupcakes ( Brown Butter Carrot Cupcakes ) ...

Sheery Dream Cakes | 9:45 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Indah sungguh suasana pagi ini.. Sang Mentari pagi bersinar terang disambut dengan kicauan burung... Bebunga kuning mekar cantik sesekali ditemani si rama-rama yang riang berterbangan bebas menikmati keindahan alam... Alangkah bahagianya hari ini.. 

Heheheee.. Adeeh!!! Pepagi dah buang tabiat kan... Haahaaa… Dah lama tak mengarang karangan.. Tu la tu jadinya.. Teringat pula zaman persekolahan dulu.. Diana suka ikut kursus sastera walaupun Diana bukan pelajar aliran sastera.. Minat sebenarnya..

Pagi nie Diana nak kongsikan resipi Cupcake yang Diana buat 2 hari lepas.. Masa tu memang tiada niat nak buat cc ni pun.. Bila mama beritahu pesanan jiran yang menjemput Diana pergi kenduri malamnya tu.. Terus ler buat cc ni.. Buat mengikut bahan yang ada kat rumah ni jer.. Bubuh ler mengikut gerak hati dengan berbekalkan pengetahuan asas yang pernah dipelajari sendiri... Tercipta ler cc ni.. Kiranya.. hentam jer ler ni kan.. Nasib baik menjadi.. Kalau tak... Mr.T kenyang lagi... :D.


Rasa cc ni lebih kurang dengan Brown Butter, Carrot, Apple And Coconut Muffins yang pernah Diana kongsikannya dulu... Cuma yang ni versi cupcake.. :). Ok ler.. Apa kata kita tengok resipi Brown Butter, Carrot, Pineapple, Coconut And Raisin Cupcakes ni.. Adeeh!! Panjangnya namaaa... Hehehee... Alaa beri jer nama Brown Butter Carrot Cupcakes.. Kan senang .. Hehhehee 


BROWN BUTTER CARROT CUPCAKES

Bahan-Bahan A ( Diayak )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 1 1/2 tsp serbuk kayu manis
  • 1/4 tsp serbuk buah pala ( nutmeg )
  • 1/2 tsp garam kalau perlu _ Bubuh sekiranya menggunakan unsalted butterTak perlu bubuh jika guna salted butter

Bahan-Bahan B
  • 250 gm mentega _ ( Diana guna SCS salted butter ) 
  • 1 1/2 cawan gula perang ( soft brown sugar )
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan sirap maple
  • 1 tsp esen vanilla

Bahan-Bahan C ( Dicampur dan Gaul Rata )
  • 1/2 cawan kelapa parut kering
  • 2 1/2 cawan lobak merah yang diparut
  • 1/2 cawan nenas _ dicincang ( Diana guna nenas dalam tin )
  • 1/4 cawan kismis _ dicincang


Cara-Cara
  1. :: Cara menyediakan Brown Butter ~ Cairkan mentega di atas api sederhana. Masak hingga keperangan. Setelah terbit aroma seperti kacang yang sedang dipanggang, bolehlah diangkat dan sejukkan. Ketepikan. 
  2. Campurkan gula perang dengan bahan-bahan A yang telah diayak. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Pukul telur, sirap maple, brown butter dan esen vanilla hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan campuran bahan kering tadi ( gula dan bahan-bahan A ) dan pukul rata.
  5. Masukkan bahan-bahan C dan kaup balikkan dengan menggunakan spatula hingga sebati.
  6. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas sehingga 3/4 penuh dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 20 - 25 minit atau hingga ianya masak.
  7. Angkat dan sejukkan sebelum disapu dengan cream pilihan.

Untuk cream nya tu anda boleh buat mengikut resipi pilihan masing-masing.. Diana pula lebih suka gabungkannya dengan Cream Cheese Frosting atau jika nak satu kelainan... Diana ada juga buat Mascarpone Cream Frosting.. 


MASCARPONE CREAM FROSTING

Bahan-Bahan
  • 175 gm mascarpone cheese
  • 75 gm mentega _ unsalted ( pada suhu bilik )
  • 3 tbsp gula aising
  • Secubit garam
  • 1/3 tsp lemon paste

Cara-Cara
  1. Pukul mascarpone cheese dengan mentega hingga sebati.
  2. Masukkan gula aising dan pukul lagi hingga adunan lembut.
  3. Masukkan garam dan lemon paste. Pukul sebati.
  4. Sedia untuk digunakan.
::  Diana taburkan juga denga kacang Pistachio cincang di atas cream tu  ::






20 comments:

Asyifa Mustaffa said... Reply

wow ! ohsem...! cute !

Chah said... Reply

osem nya gambar! n panjang nya nama...hahaha jenuh nk hafal, well mmg osem la lady D..:)

liemaopurut a.k.a ana said... Reply

wow....menarik... dan nampak sedapsssss ;p

tun_telani said... Reply

kak diana cayang.... dua kali tun baca nama dia.. hihi... carrot + pineapple + coconut.. tambah pulak pistachio kat atas.. mantap!!

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayang...tu diaaaaa, temptingnyaaaaa....gambar semakin meletops dan menggoda taauu...pastu belahan cc cukup menyelerakan akak tengok...mmg suka rasa cake2 ala campuran camni...healthy... Akak nak try buat nnt...save dulu laa...x tau la bila sempatnya nih...hehhe, tq dear!Muaaahhh..

Bicara Kak Noor said... Reply

salam kenal Diana,wow teruja lah akak tngok ni cantik menggoda sekali kalau dpt satu pasti kenyang sampai ke malam ni kan...
cantik sangat photo nya tu kreatif lah

Mama Hawa/Mama Nani said... Reply

Salam Diana cayang!!!
very class presentation!!!!
tak tersebut oleh mama tajuk cake nie..terbelit2 jer lidah nie maklum... dah senja :)

hazila said... Reply

Bila la nak rajin buat cupcakes pulak ni...

FnF Simple Life said... Reply

mmg sedap cc ni...dah pernah buat dulu carrot cake yg letak pineapple n desicated coconut nih...fnf x letak raisin...ganti walnut... yg apple tu tak pernah try lg... cantiknya gambar...terliur dibuatnya ;)

MamaFaMi said... Reply

Tak berkelip kelip mata mama tengok gambar cupcakes yang jelita sejelita tukang buatnya ni... tapi bila baca nama cupcakenya.. mak oi bukan main panjang...ini CONFIRMED bahannya pun berjela.. maka, secara otomatiklah kemalasan melanda... hehehe....

Yatie said... Reply

Assalamualaikum Diana,
adoyaiiiiii panjangnya nama CC ni, tapi takpe, tngk pada bahan2 dah tau mmng sedap..gabungan cream cheese lagi, mmng bestlah..meh bagi akak rasa seketoi...terliur sangat ni..

leen said... Reply

panjangnya nama cc nie....lagi tergoda u tgk belahan cc tu...yum...yum...yum..i suka carrot cake...

Miss fatihaNur said... Reply

Salam...cantiknya presentation...

AZLITA AZIZ said... Reply

salam Diana cayang...

Amboii... gambar makin hari makin mengancam!

cantik! di tambah pula dgn cup cake yang nampak sangat mewah!

adoiii.. terkasima akak!

Shahriah Abdullah Novelis said... Reply

Salam Diana cayang... wahhhhhh cantik sunguh gambar CC yang di posingkan atas gelas berkaki.. good idea!! suka! cantik dan menawan...

wahh nama pun panjang lebar hehehe.. tapi isi dalam kek tu memang terbaik! kelesssssss gittewwwwww

CT Delima said... Reply

As'salam Diana manisss...

lama juga tak tinggal komen kat sini, macam biasa 2 minggu ni memang agak slow k.ct nak BW blog mana2 ya sebab line tenet memang slow jer. ni kira Alhamdulillah boleh nak tinggal komen, cuma kena tunggu lodding gambar tu lambat sikit lah hehehe

cantik sangat, k.ct dah tengok kat FB tadikan, puji ikhlas memang cun sehhh :D

Yana Shaiful said... Reply

cantik sgt..isi dalam mst sedap kan kak..byk cmpuran buah ^^

Nieza said... Reply

Assalam kak Diana Cayang, cantik dan semestinya sedap tgk cup cake ni.gambar mantop la kak suka tgk:)

Amie said... Reply

Patutlah mukadimahnya penuh dengan unsur alam yang menggambarkan segala keindahan... rupa-rupanya BBCPC dia pun cukup membeliakkan mata yang memandang he he he hehh

Nur-nba said... Reply

Gambar superb!! Cantik sungguh.. Kak Diana memang sangat kreatif!