Tuesday, May 1, 2012

~ Sambal Daging Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 12:21 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Sempena cuti hari ni pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk membawa keluarga pergi bersiar-siar kan... Diana sekeluarga tidak pergi mana pun... Hanya rehat di rumah saja.. Lagi pun hari ni cuaca teramatlah panasnya... Sekarang ni musim demam sana sini.. Ada baiknya rehat di rumah saja.

Hari ni Diana nak kongsikan 1 lagi resipi olahan dari resipi yang pernah Diana kongsikan dulu... Ingat tak dengan resipi Sambal Ayam Udang Kering .. Kepada sesiapa yang pernah mencuba resipi Sambal Ayam Udang Kering tu pasti ingat kan... :). Jutaan Terima Kasih Diana rakamkan kepada semua yang pernah mencuba resipi tu... Terima kasih sudi mencuba ya... Alhamdulillah.. Setakat ni menu tu menepati citarasa yang mencubanya... Kalau nak olah mengikut citarasa keluarga masing-masing pun boleh... Tiada masalah bagi Diana.. Dalam dunia masakan ni kita kena la memasak mengikut citarasa keluarga, ya tak?

Oleh kerana keluarga Diana suka sangat makan Sambal Ayam Udang Kering ni.. Jadi Diana olah ianya kepada daging pula... Bahanya tidak jauh bezanya pun... Hanya sedikit tambahan yang Diana buat.. Apa kata kita tengok pula olahan terbaru yang menggunakan daging pula.. Alhamdulillah... Hubby dan anak-anak pun suka makan... Lebih-lebih lagi daughter yang memang suka makan daging... Kalau nak tengok step by step boleh klik di  SINI.. Sekarang ni memang tak sempat nak buat step by step sebab masa masih mencemburui diri ni.. InsyaAllah bila dah free sikit nanti Diana akan buat step by step untuk resipi yang akan datang  seperti kebiasaan yang Diana buat dulu... :)

Jom semak resipinya.




SAMBAL DAGING UDANG KERING

Bahan-Bahan
  • 800 gm daging _ dihiris nipis
  • 1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
  • 2 batang serai _ dititik
  • 2 biji cili merah _ dibuang bijinya dan hiris menyerong
  • 3 tbsp cili kering kisar
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 100 ml air
  • Garam jika perlu
  • Gula melaka secukup rasa
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-Bahan Perap

  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 1/2 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1 tsp serbuk cili
  • 1 1/2 tbsp tepung jagung
  • 2 cubit soda bikarbonat
  • 1/2 tsp kicap cair Loon Kee

Cara-Cara
  1. Perap daging bersama bahan perap selama 30 minit - 1 jam. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging seketika ( jangan goreng daging terlalu lama sebab ia akan menyebabkan daging tersebut liat ). Ketepikan. 
  3. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  4. Masukkan serai dan tumis lagi hingga terbit aromanya.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  6. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  7. Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak. 
  8. Kemudian masukkan daging goreng dan gaul rata.
  9. Tambahkan air, air asam jawa dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  10. Setelah kuahnya pekat bolehlah masukkan bawang besar dan hirisan cili merah. Masak seketika.
  11. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  12. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.




9 comments:

Unknown said... Reply

pergh22.. slurrrppp gitu :D

ummiakid-lily said... Reply

perghhh...mmg mengancam selera. makan dengan nasi panas²...layan sungguh. Terliur...terliur...

Shahriah Abdullah Novelis said... Reply

SAlam Diana yang comel dan ayu... wahhh.. banyak nak komen ni...

1 Gambar tu memang ler cantik sangat!!!

2 mangkuk keler biru tu buat akak lama dok kat dapur diana ni... suka hehhee

3 masakan tu enak dan mabeles loba loba!!!!!! best! best!

4 Insyallah jika ada peluang nanti akak nak cuba yaa.. bolehkan kan...

5 cayang diana muahzzz

ibh_sue said... Reply

Aslmkum kak.
Sedapnya kak. . Sue cuti2 ni betul2 cuti kak. Goyang kaki ja. . Heeeee. Selamat berehat bersama keluarga kak. :)

quinnie said... Reply

Assalammualaikum kak...lama jugak saya tak singgah sini..hehehe

sedapnya daging masak cam gini....simple je...saya pun suka...kebetulan ada daging tak tau nak masak apa..Insyaallah nak cuba nanti kalau teringat..:)

tun_telani said... Reply

tun yg x makan daging ni pun blh terliur tgk ni. hehe... simple je, dpt satu lauk ni ngan nasi panas pun dh cukup nih.

ibundo said... Reply

salam diana. lama dah bundo tak ke mari. Rindu kat diana..
Hmm.. lauk daging tu.. tengok jer dah cukup keluar air liur. Mesti sedap.

ummiaisyah said... Reply

salam kak Diana...sukanya tgk kek love kt bwh tu...terujanya nk cuba tp takut dpt broken heart plak nnti...heheh..anyway well done kak diana!

ijayuji said... Reply

Salam kakak cantek!! gmbr cantek mcm kakak cantek jugak, makanan pun cantek dan sedap tgk, kita suke betul daging, nanti leh cuba macehhh!! akak cantek dah sihat? sibuk lagi eak? :D take care ya :-)