Tuesday, May 15, 2012

~ Nasi Komok ( Khao Mok Gai )...

Sheery Dream Cakes | 10:49 AM | | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Nasi Komok ni memang dah ramai yang mencubanya kan. Tertarik dengan resipi ni, Diana masak untuk seisi keluarga tempoh hari. Sedap dan terima kasih kepada tuan empunya resipi dan semua yang telah mengetengahkan resipi yang sedaaap ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Ada sedikit bahan yang Diana tambah.. Halal yer.. Terima kasih.. 


:: Resipi Asal ~ Azian @ Azian Collections  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Akak Ayu @ Curlybabe's SatisfactionAlong @ HomeKreationTun @ Life is a constant battleHaSue @ I Love My LifeAnna @ Anna QawinaSiti Aisya @ Aisya Khuzaimah dan semua yang pernah mengetengahkannya  ( TQ )



NASI KOMOK ( KHAO MOK GAI )

Bahan-Bahan Rempah Komok
  • 2 tsp serbuk kari ayam / daging _ ( Diana guna rempah daging Baba's )
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 tsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • 1/2 tsp serbuk kayu manis
  • 1 tsp garam
  • 1 tbsp gula

Bahan-Bahan
  • 5 cawan beras basmathi
  • 4 sudu minyak sapi _ ( Diana guna 4 tbsp minyak zaitun )
  • 4 - 5 ulas bawang merah*
  • 1 Inci halia*
  • 4 Ulas bawang putih*
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2 - 3 sudu rempah komok _ ( Rujuk bahan Rempah Komok di atas. Diana bubuh kesemuanya )
  • 200 ml susu cair
  • 1 ekor ayam
  • 8 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Rempah penumis ~ 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih
  • Bawang goreng

Bahan-Bahan yang Diana Tambah
1 kiub pati ayam Maggi
Biji gajus goreng
Kismis 

( Hiris benda bertanda)


Cara -Cara
  1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja )
  2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
  3. Hiris nipis bahan bertanda *
  4. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi / minyak zaitun hingga naik bau.
  5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. 
  6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
  7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit ( Diana lumur ayam dengan serbuk cili, halia tumbuk, garam, sedikit asam jawa, sos manis ABC dan tepung jagung ). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. 
  8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
  9. Masukkan kuah ke dalam periuk nasi dan masukkan susu. Biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.
  11. ** Cara Diana pula ~ Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan 6 cawan kuah, susu cair, garam secukup rasa serta kuib ayam. Gaul rata dan masak seperti biasa. Setelah petunjuk masa kat periuk nasi menunjukkan 4 minit lagi nasi hendak masak, masukkan biji gajus goreng dan kismis. Tutup penutup periuk semula dan biarkan nasi masak. Setelah nasi masak, biarkan seketika sebelum digemburkan. Sedia untuk dihidang.

Bahan-Bahan Sos Cili
  • 1 Cawan air kuah nasi komok* _ ( sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan )
  • 6 biji cili merah*
  • Segenggam cili padi*_ ( Ayu tambah ) 
  • 4 ulas bawang merah_ ( Ayu tambah )
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 4 tangkai daun ketumbar*
  • Gula, garam ,cuka _ secukup rasa

Cara-Cara

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Masak hingga agak pekat.
  3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
  4. Hidang bersama nasi komok.





19 comments:

Shaiful Zaidi said... Reply

salam ziarah Diana...nampak sedap nasi ni.

tun_telani said... Reply

salam kak diana cayanggg~~~~ mmg sedap sgt nasi komok ni kan ^^ tun makan smp lupa diri ni tgh diet. haha... sambal tu yg paling sedap. cicah ngan ayam wat ratah pun blh licin ^^

Qasey Honey said... Reply

asslm Kak Diana cayang...wah sedapnya menu kt dapur ni hari ni...nasi komok yer...remuk hati QH tgk...terliur sudah ni...hihi..ramai juga yer rakan blogger yg dh mcubanya...dh dlm list dh tp nth bile la yerk nk buat...hehehe...

Sha HomeMade Cake n Choc said... Reply

salam diana cayang....ermmmm lapar di buatnya....siap ada kicap sky blue...mmg menarik

~~DAPUR KECIL KU~~ said... Reply

salam diana
sedap nampak nasi tu.smlm layan kat dapur madiha ari ni dah diana lak yg tayang nampaknya kena wat gak ni.
macaroooonn arghh... samalah kita.memang dah giveup dah buatnya semua tak menjadi tp mkn sedap aje sbb ada almond tu kot.kita pun dah 3 kali wat dan memang nak tutup buku terus rasa tak sanggup di buai angan2 lagi he..he..

Mas said... Reply

kak diana...
menyelerakan betoi tengok nasi komok tu...
mas juga tak buat2 lagi..he3

Tina Othman said... Reply

salam kak diana

sedapnya, terliur tgk gambar sampai speechless hehe

Yana Shaiful said... Reply

Salam Kak Diana..yana suka nasi komok ni..sedap sgt..mkn dgn ayam bersama sambal mmg xhingat dunia laa ^_^

Paty's Kitchen - Cook with passion. said... Reply

Wah udah sampai sini...tenguk ramai udah mencuba...maka akak pun kenalah COBA

Mas said... Reply

Byk betul resepi nasi yg mas xtahu rupenya. 1st dgr nasi komok ni, mmg ketinggalan mas ni kan?
Nampak aym tu bergolek ats nasi tu betul2 leleh air liur mas ni kak.... :-)

norhanim md zain said... Reply

Salam perkenalan Diana..aduh sedapnya tengok nasi ni...belum makan lunch ni...minta sepinggan

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

akak pun dah buat... hihhiii...
memang mantop tip toplah.. walaupun tak berkuah tp bila ada sambal tu mmg sedap sgt kan diana... mengancam habiss..!

Mieza said... Reply

kak D..waa suka la ruangan soal jawab tu..nnt mieza tanya mcm2 soalan baru kak d tau tak larat nak jawab..sedap kan nasi ni kak..mieza pun dah buat...mabelessss!

zifyzaza said... Reply

salam kak diana, sy follower baru blog akak.. tertarik dengan resepi dan teknik fotografi akak.. nampak sedap sangat masakan tu! dari semalam sy godek2 resepi kat sini.. hihihii :)

ogyep yummy mellow said... Reply

Dah lama teringin nak buat nasi komok ni... ntah bila nak sampai seru agaknya..

Nieza said... Reply

Assalam kak diana cayang! harap cepat baik yer kak. nasi komok ni dah ramai dah yg buat saya pun dah masuk list tapi belum berkesempatan nak cuba lagi nanti nk try jugalah:)

Shahriah Abdullah Novelis said... Reply

Salam Diana yang comey cun cun.. waahhh nasi komok... nampak sungguh menyelerakan... itu ayam sangat menggiurkan... sehingga kecurr tahap maksimum dah ni...

gambar cantik..... buat mata tak berkelip.. sedapnya....

Ayu said... Reply

Assalam Diana,
wah baru perasan ada nasi komok kat sini..sedapkan nasi ni..memang harus kalau akak buat lagi ni..hehehe

Zul Fattah said... Reply

salam.. enak sungguh nampak nasi komok ni... first time dngar nama nasik komok..