Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali ni... Hari ni pasti ramai yang pergi keluar bersiar-siar bersama keluarga tersayang kan.. Diana tak pergi mana-mana pun.. Hanya rehat di rumah saja... Cuma niat di hati nak buat cupcake sekejap lagi..
Entri kali ni.. Diana nak kongsikan resipi ulang tayang saja ... Resipi campak-campak sahaja pun... Chinese Rice Dumpling atau lebih dikenali sebagai Chang ni memang menjadi kegemaran kami sekeluarga... Dulu ada juga Diana pernah kongsikannya di ENTRI INI... Ok, apa kata kita tengok resipi ulang tayang ni sekali lagi... Cuma kali ni Diana ada tambah 1 bahannya untuk versi kali ni ya.
CHINESE RICE DUMPLING ( CHANG AYAM )
Bahan-Bahan
- Beras pulut _ cuci dan toskan ( jika hendak rendam pun boleh tapi Diana tidak suka merendam beras tu sebab ia akan nampak hancur setelah siap direbus nanti ).
- Daun pandan / Daun buluh kering ( boleh di dapati di kedai² yang menjual bahan² untuk Chang ).
- Pengikat Chang yang dibuat dari kulit pisang atau sejenis lalang / rumput _ rendam terlebih dahulu sebelum digunakan.
Bahan-Bahan Inti
- Dada ayam _ dibersihkan dan dipotong kecil²
- Cendawan shitake kering _ direndam dan dipotong kecil ²
- Dried chestnuts _ rebus hingga lembut dan buang sisa kulit yg masih ada
- Rebung dalam tin _ dihiris kecil²
- Preserved Vegetable _ rendam sekejap dan dibersihkan
- Bawang merah _ dicincang halus
- Bawang putih _ dicincang halus
- Serbuk lada putih
- Rempah 5 ( 5 spices )
- Garam
- Perencah pati ayam Tumix
- Kicap pekat Yot Brand
**Boleh juga dicampur dengan bahan² seperti daging, udang kering, scallops, salted egg yolk dan ianya terpulang pada citarasa masing².
Cara-Cara Menyediakan Inti
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan ayam, rebung, cendawan dan preserved vegetable. Masak seketika.
- Campurkan garam, kicap pekat, serbuk lada putih dan rempah 5.
- Masak hingga bahan² empuk dan sedikit garing.
- Angkat dan biarkan sejuk seketika.
- Ketepikan.
Cara² Menyediakan Berasnya
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
- Masukkan beras pulut, garam dan kicap pekat. Masak seketika.
- Angkat.
Cara² Membungkus Chang
- Ambil sehelai daun pandan atau daun buluh ( letakkan daun pandan sepanjang 2 inci di dalamnya jika menggunakan daun buluh ) dan lipat membentuk seperti kon.
- Isikan sedikit beras pulut dan isikan sedikit inti ayam di atasnya.
- Masukkan juga sebiji atau beberapa biji chestnuts dan kemudian tutup atasnya dengan beras pulut semula.
- Lipat / bungkus chang dengan kemas dan ikat menggunakan tali pengikat chang.
- Masukkan chang ke dalam air mendidih ( jumlah air mesti melebihi paras chang ) sehingga Chang Ayam masak.
- Biasanya masa merebus tidak kurang dari 1 jam 30 minit ( Diana biasanya merebus chang selama 2 jam lamanya). Tapi ia bergantung juga kepada saiz bungkusan chang yang kita buat.
8 comments:
Assallamualaikum diana..
Perghhh..tgk bahan2nya tu cam best jer.. Tak pernah rasa nasi ni.. Poskan barang 2-3 bungkus untuk Naz diana...
Salam Diana...
Waa rajinnya dia buat rice dumpling...memang sedap tu...dulu2 selalu buat jugak utk makan2 di rumah...nanti klu ada senang mau buat lagi rice dumpling ni,cuma nak bersihkan daun buluh tu yg malas sikit..hehe...
sedapnya kak diana, rasa teringin pulak nak buat tapi kena carik barang dulu lah
selalu nak beli hehe confirm tak halal kan, dpt buat sendiri best jugak kan
Assalam Diana,selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir n batin ,chang alahaiteringin nak buat tapi nampat macam susah tambah pulak nak membalutnya tu
Akak guna daun ni buat balut ketupat pulut
Assalam Diana cayang....akak kan x penah rasa la masakan ala china camni...mmg x reti nak buat, x reti nak makan jgk laaa...nampak mcm sedap jerk...tgk nasi ala2 gelap berkicap gitu, mcm selera la pulak...hahaha, layan tekak pose... ^__^
Salam kakak manisssss, salam lebaran buat akak n family :-)) kita jakun lerrrr tak pernah makan tp selalu nmpk org cina buat, apa rasa eak? mcm lepat tak kak? ehehe..
Salam Perkenalan,
rajinnya buat dumpling...lapar rasanya...
Asslmkum kak.
Pernah tengok kawan chines sue mkn ni..masa tu tgk mcm sedap ja.
Kalau nak rasa kena lah buat sendiri jawabnya ni. Apa pun thank's kak share resepi :)
Post a Comment