:: Yang nie Diana Processed dengan Whipped Cream Lightroom Preset King Pack by The Bell Sisters ::
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Terlebih dahulu Diana ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua di atas ucapan tahniah dan doa anda semua.. Alhamdulillah moga kita semua akan dirahmati olehNya.. :)
Baik ler.. Di atas permintaan... Entri kali nie Diana nak terangkan bagaimana proses suntingan gambar yang Diana buat selama nie.. Jika ada kesilapan di dalam entri nie nanti... Kepada yang sudi tu tolong ler perbetulkan yer.. Hehhee... Maklum ler ilmu yang Diana ada nie hanya ler sedikit.. mak budak baru belajar... :). Jadi kalau boleh sama² ler kita belajar yer.. :). Masih banyak lagi yang Diana perlu pelajari dalam bidang nie..
Setelah siap mengambil gambar.. Seperti yang anda dah tau, Diana ambil gambar tu dalam format RAW. Dulu di awal Diana berjinak dengan format RAW nie.. Diana fahaminya dengan cara = RAW bermakna MENTAH. Sebab itu ler kenapa kita tak boleh nampak image tersebut semasa kita import tu.Jadi, Diana umpamakan ia seperti makanan.. Misalnya ayam yang mentah. Sebelum ianya dinikmati kita perlu untuk memasaknya terlebih dahulu kan.. ;). Lepas tu baru ler boleh dihidang dan dinikmati.. Begitu juga halnya dengan format RAW nie. Raw files harus di melalui beberapa proses terlebih dahulu sebelum kita dapat melihatnya. Diana guna Lightroom untuk proses file RAW nie.. Apa yang Diana buat adalah seperti di bawah nie yer..
- Import gambar ke Lightroom ( LR ).. Diana ada Lightroom 3 dan 4.. Tapi Diana lebih senang menggunakan LR 3 ( LR 3.5 ).
- Kemudian pergi ke Develop dan klik Crop Overlay.. Lepas tu klik crop & straighten ( Diana guna 2 x 3 / 4 x 6 ).. Dah siap semuanya boleh klik Done.
- Lepas tu pergi ke User Presets.. Tengok kat bawah Navigator tu yer.. Pilih Preset yang anda nak guna tu.. Presets nie anda boleh membelinya atau download secara percuma online.. Diana baru mengumpul sebanyak 700 LR Presets ( jumlah nie presets yang Diana beli online dan ada juga sedikit download secara percuma yer ).. Tapi yang menjadi fav Diana ialah LR Presets dari ( klik untuk ke blog The Bell Sisters ) → The Bell Sisters.. Iaitu LR Whiped Cream LR Preset ( KING Pack ) = £37.99 GBP dan Soft Afternoon Glow Lightroom Preset ( DELUXE Pack ) = £37.99 GBP.. Harga yang Diana letak nie adalah harga pada masa dan ketika Diana buat entri nie yer.. Harganya mungkin akan berubah² tau.. Jika anda suka buat presets sendiri lagi baik kan.. ;).
- Klik kat Adjustment Brush.. Kat sini anda boleh ubah Exposure, Brightness, Contrast, Saturation, Clarity dan Sharpness sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
- Lepas tu pergi ke Basic Panel.. Kat sini Diana hanya tambahkan atau kurangkan Temp, Exposure, Brightness and Contras.
- Kemudian Diana tambahkan Clarity, Vibrance dan Saturation.
- Lepas tu, pergi ke Tone Curve. Diana setkan Point Curve kepada Medium Contras. Diana lebih senang guna fungsi " Adjust tone curve by dragging in the photo" . Tapi boleh juga hanya guna fungsi kat bawahnya tu yer.. Tengok kat Region : Tambah atau kurangkan atau biarkan macam tu sahaja setting untuk Highlights, Lights, Darks dan Shadow. Lebih senang guna bahagian nie bagi yang baru bermula.
- Setelah itu, tambahkan atau kurangkan Noise Reduction dan Detail. Bermain dengan kedua setting nie yer.
- Untuk Contras Diana biasanya akan set kepada " 0 " sahaja.
- Lepas tu baru Diana akan ubahkan Sharpening.. Ubahkan Amount, Radius, Detail dan Masking. Kat sini kita perlu gandingkan juga dengan setting Noise Reduction tadi yer. Kena bijak bermain dengan Noise reduction, Detail dan Sharpening. + atau - kan sehingga mendapat hasil yang kita ingini atau kita berpuas hati dengan hasilnya.
- Kemudian, Diana akan + atau - kan jumlah Highlight Priority kat Effects.
- Lepas tu baru ler Diana Export image tu ( Setting untuk nie nanti kita sambung yer.. ).
:: Nie pula Diana Processed dengan Soft Afternoon Glow Lightroom Preset ( DELUXE Pack ) by The Bell Sisters ::



































