Tuesday, September 23, 2014

~ Ayam Panggang Kerisik...

Sheery Dream Cakes | 8:19 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Hari ini bersiaran bersama Ayam Panggang Kerisik. Cara memasaknya mudah sahaja. Diana suka makan bersama ketupat dan hirisan timun. Suami dan anak-anak pula suka nikmatinya bersama nasi putih panas. Apa-apa pun, ianya terpulanglah kepada selera masing-masing ya.

Baiklah, jom kita semak resipi Ayam Panggang Kerisik ni.


AYAM PANGGANG KERISIK

Bahan-Bahan
  • 800 gm paha ayam _ dipotong 3 bahagian dan bersihkan
  • 1/2 cawan kerisik
  • Santan pekat secukup kegunaan

Bahan-Bahan A
  • Kicap Manis ABC secukupnya
  • 1 tsp serbuk jintan manis
  • 1 tsp serbuk  jintan putih
  • 1 tbsp serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk cili _ ( jika suka )

Bahan-Bahan Kisar
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka secukupnya

Cara-Cara
  1. Campurkan ayam dengan perencah yang dikisar dan bahan-bahan A. Ramas sehingga semua bahan bersalut rata. Perap selama 10 minit. 
  2. Masukkan ayam berserta bahan-bahan kisar ke dalam kuali / periuk. Tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
  3. Tambahkan kicap manis dan kerisik. Teruskan memasak hingga ayam empuk dan perencah meresap, angkat.
  4. Kemudian panggang ayam seketika untuk menambahkan aromanya.
  5. Angkat dan hidang bersama nasi panas atau ketupat berserta baki perencah.





1 comments:

Farah Deeb said... Reply

Nampak macam sangat berempah.. macam yummeh hehe.. Boleh cube nih. Bahan pun tak banyak sangatkan? Jemput Singgah: J50% MERDEKA!