Tuesday, November 17, 2015

~ Resipi Asam Pedas Ikan Putih...

Sheery Dream Cakes | 8:52 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Asam Pedas Ikan Putih menu kami sekeluarga kelmarin ni Diana masak dengan ringkas sahaja.. Masak dengan bahan yang ada dalam peti ais tu.. Jadilah kan? Alhamdulillah.. Syukur di atas segala rezekiNya..

Jom tengok resipinya...


ASAM PEDAS IKAN PUTIH
  
Bahan-Bahan
  • 4 keping ikan putih _ dibersihkan
  • 1/2 kuntum bunga kantan _ dibelah 2
  • 1 tin nenas dalam tin atau boleh guna 1/4 biji nanas, dipotong kecil
  • 2 batang serai _ dititik
  • 10 tangkai cili kering _ buang bijinya, potong kecil dan rebus hingga lembut kemudian kisar halus
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula jika suka
  • Sos ikan _ ( optional )

Bahan-Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah 
  • 1 inci belacan
  • 1 inci kunyit hidup 

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak dan garing.
  2. Kemudian masukkan serai dan tumis seketika.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak dan garing.
  4. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Renih hingga mendidih.
  5. Masukkan garam, gula, sos ikan, nanas dan bunga kantan. Gaul dan biarkan ianya mendidih. Masukkan ikan.
  6. Renih hingga ikan masak. 
  7. Angkat dan hidang bersama nasi putih. 




0 comments: