Thursday, November 12, 2015

~ Resipi Dalca Daging / Kari Sayur Campur Daging...

Sheery Dream Cakes | 12:00 AM | |

Assalamualaikum dan Salam sejahtera... 

Hari ini bersiaran bersama resipi Dalca Daging / Kari sayur campur daging kegemaran kami sekeluarga.. Dulu Diana pernah kongsikannya di sini. Cuma dulu Diana guna makanan laut dan hari ini Diana gantikannya dengan daging pula.. Jenis sayuran yang ingin digunakan bolehlah digantikan dengan jenis sayuran kegemaran masing-masing.. Jom tengok resipinya..


DALCA DAGING
  
Bahan-Bahan
  • 500 gm daging _ dihiris nipis dan direbus hingga empuk ( jangan buang air rebusan daging )
  • 1 biji terung panjang _ dipotong 1 1/2 inci panjang, dibelah 2 dan belah tengahnya tapi jangan putus
  • 200 gm ubi keledek berwarna oren _ kupas kulitnya dan dipotong kecil
  • 3 tangkai kacang panjang _ dipotong 1 1/2 inci panjang 
  • Kacang dal _ direndam dan rebus hingga lembut ( Diana tidak bubuh )
  • 1 batang serai _ dititik 
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/2 tsp jintan manis
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 3 1/2 tbsp serbuk kari daging Baba's dicampur dengan sedikit air panas
  • Santan dalam kotak Ayam Brand secukup kegunaan
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Gula

Bahan-Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 40 gm udang kering _ direndam dalam air panas hingga lembut, bersihkan dan toskan
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia

Bahan Tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga 
  • 1 tangkai daun kari _ Optional 


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan tumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, jintan manis dan serai. Tumis hingga garing.
  3. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging bersama air rebusan dan tambahkan air jika perlu.
  5. Seterusnya masukkan ubi keledek dan masak hingga ubi separuh masak.
  6. Masukkan kacang panjang, terung dan kacang dal. Gaul rata dan masak hingga sayuran masak.
  7. Tambahkan asam gelugur, santan, perencah pati ayam, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ianya mendidih seketika.
  8. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.

:: Gambar di versi lepas ::








0 comments: