Saturday, November 14, 2015

~ Resipi Nasi Beriani Ayam...

Sheery Dream Cakes | 8:59 AM | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Nasi Beriani Ayam atau Daging sememangnya kegemaran Diana.. Diana paling suka makan Nasi Beriani di Batu Pahat, Johor.. Sedap sesangat.. Bila tekak hendak makan Nasi Beriani, terus teringat restoran yang jual nasi beriani tu kat Batu pahat.. Tapi apa kan daya.. Jauhnya tu kena pergi seberang lautan baru dapat merasanya.. Huhuuu..

Nak tak nak kenalah memasak sendiri Nasi Beriani tu.. Rempah Beriani? Yang itu sememangnya masalah sebab tiada stock rempah beriani dari Johor pun di rumah ni.. Yang ada hanyalah Perencah Nasi Beriani Ikan Brand sahaja... Jadilah kan...

Semasa googel resipi Nasi Beriani.. Tergoda dengan resipi nasi Beriani di blog Sweet Brownies .. Apa lagi, masak la untuk menu makan malam kami malam tadi.. Alhamdulillah sedap. Terima kasih kepada tuan punya resipi kerana sudi kongsikan resipinya ya.. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya..


:: Resipi Oleh ~ Rahimah Tamin @ Sweet Brownies  ( TQ ) 

AYAM BERIANI
  
Bahan-Bahan
  • Seekor ayam 
  • 2 senduk rempah beriani 
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 senduk tomato puri
  • 1 cawan yogurt 
  • 1/2  cawan minyak
  • 1 1/2 cawan air 
  • 2 senduk cili kering kisar
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 4
  • 1 biji tomato _ dihiris
  • Penumis ( kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih )
  • Air asam jawa
  • 1 sudu kecil gula / madu
  • Sedikit kismis 
  • Garam 
  • Gula 

Bahan Perapan Ayam ( kisar dengan sedikit air )  
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Serai hiris ( bahagian yang putih) 

  • 1 sudu besar serbuk rempah kari  
  • Serbuk lada hitam  
  • Garam 

Bahan-Bahan Kisar
  • 2 biji bawang besar _  potong dadu 
  • 3 biji tomato _ potong dadu 
  • 7 iji cili besar hijau _ dibuang biji dan kerat 3 
  • 15 tangkai cili kering 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia hiris 


Cara Memasaknya
  1. Basuh ayam dengan air asam jawa dan tepung gandum, rendam 20 minit dan toskan.
  2. Gaulkan ayam dengan bahan perapan ayam, serbuk rempah kari, serbuk lada hitam dan garam. ( Diana perap 10 minit ).
  3. Kemudian goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Campurkan rempah beriani bersama bahan-bahan kisar serta susu cair dan gaul rata.
  5. Panaskan 1 cawan minyak, tumiskan bahan penumis 4 sekawan, bancuhan rempah dan bahan kisar tadi, tomato puri, yogurt, sedikit susu cair dan garam. Kacau rata ( kacau selalu sebab takut hangit ). Tumis sehingga garing.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi dan kacau rata.
  7. Masukkan bawang besar yang dibelah 4, hirisan tomato serta air asam jawa atau air perahan limau,  1 sudu kecil gula / madu atau secukup rasa, kismis serta 1 1/2 cawan air.
  8. Masak sampai terbit minyak atau kuahnya pekat. Perasakan dengan garam. Sesuaikan rasa.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang. 

** NOTE ~ SETELAH MEMASAK LAUK BOLEHLAH KITA MEMASAK NASINYA YA. 



NASI BERIANI
  
Bahan-Bahan
  • 1 kg beras moghul ( Faiza ) _ basuh bersih dan rendamkan sebelum mula memasak lauk
  • 2 biji bawang besar _ dihiris
  • 1 inci halia _ dihiris
  • 3 ulas bawang putih _ dihiris
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang 
  • Buah pelaga
  • 1 senduk rempah beriani ( khas untuk nasi ada sebenarnya kat Johor )_ Diana guna Perencah Nasi Beriani Ikan Brand
  • 2 senduk Buttercup/planta  _ Diana gantikan dengan 2 senduk minyak sapi 
  • 1 senduk minyak goreng ayam
  • Segenggam atau 1 kotak kecil kismis 
  • 1/2 cawan susu cair
  • 6 cawan air
  • Tomato _ dihiris ( Diana potong dadu kecil )
  • Daun pandan
  • Seikat daun ketumbar 
  • Bawang goreng
  • Pewarna kuning telur / kaskas ( susah nak cari )
  • Sedikit biji gajus goreng _  Diana tambah 

Cara Memasaknya

  1. Toskan beras dan ketepikan.
  2. Panaskan butter / minyak sapi dan minyak goreng ayam tadi dan masukkan bahan penumis 4 sekawan. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih hiris, kacau hingga bangkit bau.
  4. Masukkan rempah yang dicampur dengan susu cair, daun pandan, kismis dan garam.
  5. Kacau selalu, setelah rempah terbit minyak dan wangi masukkan 6 cawan air.
  6. Setelah mendidih masukkan beras. Tutup periuk dan masak nasi hingga separuh masak atau hampir masak. Angkat.
  7. Salin nasi ke dalam bekas lain.
  8. Guna periuk tadi ( rice cooker ), masukkan separuh nasi yang separuh masak tadi dan ratakan.
  9. Tuangkan sedikit susu cair, titikkan sedikit pewarna kuning, letakkan 4 ketul ayam beriani bersama sedikit kuahnya, separuh hirisan tomato, sedikit biji gajus goreng, hirisan daun ketumbar dan sedikit bawang goreng.
  10. Kemudian, masukkan baki nasi tadi dan ratakan.
  11. Buat langkah seperti No.9.
  12. Akhir  sekali tutup semula periuk dan masak semula sampai nasi masak.
  13. Hidang nasi bersama acar timun mentah, ayam beriani ( resipi di atas ) atau lauk kegemaran masing-masing.


Diana gabungkan nasi beriani ini bersama Ayam Ros pandan, Ayam Beriani dan Acar Timun Mentah. 




0 comments: