Monday, November 16, 2015

~ Resipi Daging Gulai Kawah...

Sheery Dream Cakes | 8:56 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah.. Hari ini dapat lagi bersiaran bersama resipi Daging Gulai Kawah resipi Chef Hanieliza.. Sedapnya daging gulai kawah ni.. Terima kasih kepada Chef Hanieliza di atas resipinya.. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya.. 






:: Resipi Oleh ~ Chef Hanieliza _1 Hari 1 Resipi  ( TQ ) 

DAGING GULAI KAWAH

  
Bahan A
  • 500 gm daging lembu
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan gula merah atau gula perang
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan B ( Dikisar )
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Bahan Tumis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara-Cara
  1. Daging dipotong kecil. Kemudian basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan bahan yang dikisar bersama rempah kari daging. Masakkan sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata.
  5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan santan pekat, kerisik, asam gelugur, garam dan gula merah.
  6. Masak sehingga mendidih dan pekat. kacau sekali-sekala.
  7. Tutupkan api dan hidangkan.





0 comments: