Monday, March 6, 2017

~ Cheesy Pull-Apart Bread Recipe...

Sheery Dream Cakes | 4:11 PM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sayang pula tengok sebantal roti di atas meja tanpa ada seorang pun yang menyentuhnya. Kalau dibiarkan macam tu memang tiada seorang pun yang akan sentuh roti tu. kalau ada semangkuk sup panas memang sedap ni makan bersama roti. Apatah lagi jika ada kuah kacang.. memang sedap sangat cicah kuah kacang. Akhirnya campur sahaja la roti tu dengan bahan yang ada di rumah ni. Bubuh keju lepas tu bakar. Siap menu sampingan sarapan pagi tadi.


CHEESY PULL-APART BREAD

Bahan-Bahan
  • Sebantal roti ( 200 gm ) _ dipotong-potong tanpa putus dibahagian bawahnya
  • Aluminum foil

Bahan-Bahan Inti
  • 7 ulas bawang putih _ diketuk dan dicincang halus
  • 2 biji bawang merah _ dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar bersaiz kecil _ dicincang halus
  • Kepingan daging turkey _ grill sekejap kemudian di potong kecil
  • 4 tbsp mentega
  • Sedikit daun sup _ dicincang
  • Parutan keju mozarella secukupnya
  • Emborg pizza topping ( shredded ) secukupnya
  • Sedikit gula ( optional )

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega dan masukkan bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Tumis sehingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan kepingan daging turkey dan gaul rata.
  3. Tutupkan api dan angkat.
  4. Masukkan daun sup, keju mozarella dan pizza topping. Gaul rata. Ketepikan.
  5. Ambil sekeping aluminum foil dan letakkan roti di atasnya.
  6. Masukkan bahan inti tadi ke dalam setiap ruang bahagian potongan roti.
  7. Akhir sekali selitkan sedikit parutan keju mozarella dan pizza topping. Taburkan sedikit gula di atasnya jika suka.
  8. Balut roti dengan foil dengan kemas.
  9. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175°C selama 20 minit.
  10. Hidang ketika ianya masih panas.



0 comments: