Thursday, March 30, 2017

~ Resipi Ikan Tempra Nyonya...

Sheery Dream Cakes | 8:06 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Reipi Ikan Tempra Nyonya ni sudah lama Diana kongsikan di blog Diana ( Klik DI SINI untuk entri lepas ). Memang selalu juga Diana memasaknya di rumah ni. Selalu saja ada permintaan ulangan menu ni dari orang-orang yang Diana sayang. Alhamdulillah.. sedap di tekak mereka.

Baiklah.. Diana kongsikan sekali lagi resipinya di entri ni ya. Jika ingin mencubanya, anda boleh semak resipinya di bawah.


IKAN TEMPRA NYONYA

Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung _ dibersihkan dan dikelar sedikit
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam _ Tak bubuh pun tak apa

Bahan-Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah _ dihiris
  • 12 ulas bawang putih _ dihiris

Bahan-Bahan B
  • 5 - 8 biji cili padi _ ( untuk kali ni Diana guna cili kering yang dipotong-potong )
  • 3 batang serai _ dititik
  • 2 biji cili merah _ dipotong menyerong

Cara-Cara
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan-bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bahagian bawang merah goreng dan 1/2 bahagian bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 bahagian lagi bawang merah goreng dan 1/2  bahagian bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan hirisan daun bawang di atasnya.
  7. Hidang bersama nasi putih panas.


0 comments: