Wednesday, March 15, 2017

~ Resipi Kari Daging Ubi Keledek...

Sheery Dream Cakes | 9:06 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kari daging ubi keledek ni merupakan menu lunch Diana kelmarin. Sebenarnya kelmarin teringin hendak makan dalca daging. Tapi banyak juga bahan yang tidak cukup untuk memasak dalca daging. Masak lah kari daging ubi keledek ni saja. Alhamdulillah.. Asalkan dapat makan lauk kari bercampur ubi keledek, Diana dah puas hati lah tu.. Bersyukur sangat..

Baiklah.. Apa kata kita semak resipi untuk hari ini.


KARI DAGING UBI KELEDEK

Bahan-Bahan
  • 1 kg daging lembu _ dipotong ikut suka, dicuci dan toskan
  • 360 gm ubi keledek _ dikupas kulitnya dan dipotong ikut suka
  • 3 biji tomato bersaiz kecil _ dipotong dadu kecil
  • 1 biji bawang besar _ dihiris nipis
  • 2 batang serai _ dititik
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • 1 keping asam gelugur
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Santan secukup kegunaan
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Rempah ( Dicampurkan menjadi pes )
  • 60 gm serbuk kari daging Baba's
  • 1 tbsp garam masala
  • 1 tsp serbuk cili
  • 1 tsp serbuk jintan manis
  • Sedikit air 

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 40 gm udang kering _ direndam dalam air panas hingga lembut, toskan dan bersihkan 

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan tumis seketika. 
  3. Masukkan tomato dan serai. Goreng sehingga garing.
  4. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga garing.
  5. Kemudian masukkan bahan-bahan rempah dan tumis sehingga kari garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 5 minit. Kemudian masukkan air secukupnya. Teruskan memasak sambil dikacau selalu sehingga daging masak.
  7. Masukkan ubi keledek dan kacau rata.
  8. Setelah ubi keledek masak, bolehlah dimasukkan santan, asam gelugur, garam, gula dan perencah pati ayam jika suka. Gaul rata dan biarkan ianya mendidih.
  9. Tutupkan api dan hidang.



0 comments: