Saturday, March 25, 2017

~ Resipi Mee Sup Daging...

Sheery Dream Cakes | 11:18 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Alhamdulillah bersiaran kembali bersama Mee Sup Daging pada hari ini. Mee Sup Daging ini Diana masak minggu lepas sebenarnya. Tapi hari ni baru berkesempatan buat entrinya. 

Jika hendak memasak sup daging, resipi yang biasa Diana guna  ialah resipi dari Dapur Tanpa Sempadan. Memang itulah permintaan ahli keluarga Diana. Terima kasih Che Mat Gebu. Untuk Mee Sup Daging ini pun Diana rujuk dengan resipi yang sama walaupun tidak 100% sama. Jom kita tengok resipinya.


MEE SUP DAGING

Bahan-Bahan
  • 700 gm daging _ dipotong ikut suka dan dicuci bersih ATAU boleh dipotong besar-besar kemudian dihiris selepas dimasak
  • 22 biji bebola daging ( Diana guna jenama Ramly )
  • 1 batang lobak merah _ dipotong 4
  • 4 helai daun limau purut _ dikoyak-koyak
  • 1 pokok daun ketumbar _ dipotong kasar-kasar
  • 1/2 biji bawang besar _ dihiris
  • 1 tsp lada berperisa Aji Shio
  • 1 tsp lada hitam berperisa
  • 1 tbsp serbuk ketumbar
  • 1 tsp serbuk jintan manis
  • 1 tsp serbuk jintan putih
  • Sedikit lada hitam dan lada putih kisar
  • 2 tsp kicap cair Loon Kee
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit sos ikan ( optional )
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Air secukup kegunaan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 2 inci halia
  • 3 tbsp bawang goreng

Bahan-Bahan Dititik / Ditumbuk kasar
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas 

Bahan-Bahan Lain
  • Mee pilihan ( Diana guna Shanghai Noodle _ dimasak seperti arahan pada bungkusan )
  • Taugeh _ dicelur
  • Sayur sawi _dicelur
  • Daun bawang _ dihiris
  • Cili merah _ buang bijinya dan dihiris 
  • Daun sup dan daun ketumbar _ dihiris
  • Bawang goreng


Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak didalam periuk dan masukkan serai, lengkuas serta bawang besar hiris. Tumis hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan daging, air secukupnya, lobak merah, daun limau purut, daun ketumbar yang dipotong kasar, bahan-bahan kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, lada berperisa Aji Shio, lada hitam berperisa Aji Shio, kayu manis, bunga cengkih dan  bunga lawang. Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
  3. Kecilkan api dan renih sehingga daging empuk. Jika air berkurangan tambahkan air.
  4. Kemudian masukkan bebola daging, masukkan kiub pati ayam, garam, kicap cair, sos ikan, lada hitam dan lada putih kisar. Kacau rata dan biar sehingga bebola daging masak.
  5. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  6. Hidang bersama mee pilihan, taugeh, sayur sawi, hirisan cili merah, bawang goreng, hirisan daun sup dan daun ketumbar.
  7. Sedap juga dimakan bersama sedikit cuka hitam.



0 comments: