Saturday, May 27, 2017

~ Tang Hoon Goreng...

Sheery Dream Cakes | 3:14 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Alhamdulillah...Hari ini 1 Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan segala amalan kita di bulan ini lebih diberkati olehNya.

Hari ini Diana ingin berkongsi resipi yang mudah dan ianya kegemaran kami sekeluarga. Sebenarnya entri ini sudah lama terperap. Baru hari ini ada kesempatan untuk kongsikannya. Resipinya boleh rujuk di bawah ya.


TANG HOON GORENG

Bahan-Bahan
  • 2 bungkus kecil tang hoon _ direndam sehingga lembut dan toskan
  • 1 tin cendawan butang _ dihiris nipis
  • 1 tin jagung muda  _ dipotong kecil
  •  2 biji bawang merah 
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas, bersihkan, toskan dan ditumbuk kasar
  • Sedikit belacan
  • Serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Tumbuk bawang merah dan belacan. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali atau periuk.
  2. Masukkan bawang merah dan belacan yang telah ditumbuk tadi bersama serbuk cili. Tumis sehingga naik aromanya.
  3. Masukkan  udang kering dan sedikit gula. Tumis sehingga garing.
  4. Masukkan cendawan butang dan jagung muda. Gaul dan biarkan ianya masak.
  5. Masukkan tang hoon dan garam. Gaul sehingga semua bahan mesra dan garing.
  6. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  7. Angkat dan hidang bersama nasi putih. 




3 comments:

JAMIL HASHIM said... Reply

terliur JM puasa2 nie...
hihihi

ant said... Reply

tang hoon tu xsama macam bihun ke??

Sheery Dream Cakes said... Reply

Jamil Hashim ~
ehhehe

ant ~
tak sama.. tang hoon ni suun / soo hoon