Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah.. Hari ini diberi kesempatan untuk bersiaran lagi di blog ini. Dikesempatan ini, Diana ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Guru Pembina Negara Bangsa. Terima kasih di atas segala jasa cikgu-cikgu yang sanggup meluangkan masa dan tenaga mendidik kami semua. Jasa guru tidak akan kami lupa hingga ke akhir hayat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa guru. Guru-guru sentiasa kami kenang di dalam setiap doa kami. Terima kasih cikgu.
Baiklah, hari ini Diana ingin kongsikan resipi Ayam Masak Sos Cili Thai. Versi yang lepas anda boleh klik DI SINI, DI SINI dan DI SINI. Sekarang, apa kata kta semak pula resipi terbaru ini ya.
AYAM MASAK SOS CILI THAI
- 3 keping paha ayam
- 1 biji bawang merah _ dihiris
- 2 ulas bawang putih _ dihiris
- 1 inci halia _ dihiris
- Garam
- Gula
Bahan-Bahan B
- Karamel pekat masakan Loon Kee atau boleh juga menggunakan ABC saus manis ( ABC sos manis )
- Sedikit gula
Bahan-Bahan C
- 100 ml sos cili Thai Maepranom Brand
- 1/4 cawan Kimball sos cili Thai
- 1/2 tbsp ABC saus manis ( ABC sos manis )
- 1/2 tbsp sos plum Loon Kee
- 1 cawan ( atau mengikut citarasa masing-masing ) air rebusan ayam
- 3 tbsp jus limau kasturi _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing
- Garam secukup rasa
- Gula jika perlu
Bahan-Bahan D
- Daun sup _ dihiris
- Biji bijan panggang
- Air secukupnya untuk merebus
- Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
- :: Penyediaan Ayam ~ Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam.
- Masukkan ayam dan air secukupnya ke dalam periuk. Rebus hingga ayam masak.
- Ambil air rebusan untuk kegunaan nanti. Ketepikan.
- Keluarkan ayam dan toskan. Lumurkan ayam bersama bahan-bahan B dan goreng sehingga kekuningan.
- Angkat dan toskan. Potong ayam mengikut citarasa masing-masing dan susun di atas pinggan.
- :: Penyediaan sos ~ Masukkan bahan-bahan C ke dalam periuk dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih. Sesuaikan rasa dan tutupkan api. Curahkan sos di atas ayam tadi.
- Taburkan dengan hirisan daun sup dan biji bijan panggang.
4 comments:
wahhh.. rasa nak geget!!! Hahaha
Hehehehe 😊
Sedap ni Diana. Idea untuk berbuka puasa. Tq sis.
In Shaa Allah... wlcme akak 😘
Post a Comment