Thursday, May 4, 2017

~ Resipi Bihun Goreng Taucu...

Sheery Dream Cakes | 8:53 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersua kembali kita di entri kedua untuk hari ini. Bihun lagi? Hehehe... Entri kedua ni pun masih lagi dengan bihun rupanya ya. Cuma untuk entri ni Diana ingin kongsikan resipi Bihun Goreng Taucu. Diana masak untuk sarapan pagi tadi  sebenarnya ni. Nak resipinya? Anda boleh rujuk di bawah ya.


BIHUN GORENG TAUCU

Bahan-Bahan
  • 400 gm bihun _ direndam hingga lembut dan toskan
  • 160 gm udang _ kupas kulitnya dan bersihkan
  • Segenggam udang kering _ direndam di dalam air panas hingga lembut, bersihkan dan ditumbuk kasar
  • 2 ulas bawang merah _ dicincang
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan hiris halus
  • 1 biji cili merah _ buangkan bijinya dan dihiris halus
  • 7 batang daun kucai _ potong 1 inci panjang
  • 3 tbsp taucu manis Yeo's
  • 2 tbsp cili boh
  • 2 tbsp sos tomato
  • Sos cili ( bubuh mengikut citarasa masing-masing )
  • Telur dadar _ dihiris
  • Bawang goreng
  • Garam 
  • Gula


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan separuh hirisan cili merah hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan udang kering, cili boh, taucu manis, sos cili, sos tomato, sedikit gula dan garam. Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan udang dan gaul rata. Masak seketika. 
  4. Masukkan bihun dan daun kucai. Gaul hingga mesra ( tambahkan sedikit air jika perlu ). Goreng bihun hingga garing.
  5. Akhir sekali bolehlah dimasukkan baki hirisan cili merah dan bawang goreng. Gaul rata.
  6. Tutupkan api dan angkat.
  7. Hidang bersama hirisan telur dadar.





2 comments:

rahel said... Reply

Lapar oh tengok meehon ni...hehe

Sheery Dream Cakes said... Reply

Jom masak bihun ni rahel 😘