Tuesday, May 23, 2017

~ Resipi Sandwich Sosej & Corned Beef...

Sheery Dream Cakes | 12:36 PM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Corned Beef goreng bawang besar sememangnya kegemaran anak-anak Diana. Bukan sahaja mereka, malahan adik beradik Diana pun suka makan corned beef goreng bawang besar. Resipinya mudah sahaja untuk disediakan dan sesuai dimasak ketika kita sedang sibuk. 

Kelmarin Diana masak corned beef bawang besar dan makan bersama sosej goreng dan roti. Jadilah ia roti sosej dan corned beef ATAU sandwich sosej dan corned beef. Anda nak beri nama lain untuk menu ni terpulanglah ya. Hehehhe... Diana masih juga senang dengan panggilan sandwich atau roti seperti di atas.

Baiklah, jom kita semak resipiuntuk entri hari ini.



SANDWICH SOSEJ & CORNED BEEF

Bahan-Bahan Untuk Corned Beef Goreng Bawang Besar
  • 1 tin corned beef jenama Imperial
  • 2 biji bawang merah _ dihiris
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu kecil
  • 1 biji telur _ ( Optional )
  • Sedikit serbuk cili
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan serbuk cili dan gula. Gaul dan masak sehingga keperangan.
  3. Kemudian masukkan corned beef dan gaul rata. Masak hingga bahan-bahan mesra dan sedikit garing. 
  4. Jika anda ingin menambah telur, ketepikan sedikit corned beef ( bagi mengelakkan corned beef bercampur dengan telur ) dan masukkan telur. Setelah telur kelihatan sedikit kering, bolehlah digaul bersama corned beef.
  5. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  6. Hidang bersama nasi putih panas atau bersama roti.

Bahan-Bahan Lain
  • 3 keping roti panjang  ( roti hotdog ) _ dibelah tapi jangan sampai putus
  • 3 batang sosej goreng _ ( Resipinya rujuk DI SINI )
  • Caramelized Onions
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara-Cara
  1. Isikan roti dengan corned beef goreng bawang besar dan letakkan sosej goreng serta caramelized onions di atasnya.
  2. Paipkan mayonis dan sos cili.
  3. Hidang.


2 comments:

Unknown said... Reply

salam kak .. bole tanya d mana jual cornbeef yg jenama tu d lbn ni? hehe

Sheery Dream Cakes said... Reply

Wsalam Nasha..
Di Labuan ni kakak pun tidak pernah nampak lagi ni jenama.. ni bei di negara jiran sebelah ja ni 😊