Soal Jawab

Sheery Dream Cakes | 10:31 AM | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

D sini Diana telah kumpulkan kesemua pertanyaan yang telah d ajukan kepada Diana kat ruang komen yer.. Diana belum sempat lagi nak balas satu persatu.. Maaf sesangat tau.. Bukan ler Diana sombong tak nak jawab cuma kekadang tu masa tak mengizinkan.. Jadi ada baiknya jika kesemua soalan tu Diana kumpulkan kat sini dan ianya lebih memudahkan untuk kita merujuk setiap pertanyaan tu kan.. Diana akan jawab mana yang Diana termampu dan sekiranya soalan tu d luar kemampuan Diana.. Izinkan Diana merujuk kepada blog yang lain yer.. Yang mana ada kaitan dengan jawapan yang d perlukan tu.. Diana akan sertakan linknya nanti.. Diana akan jawab setiap soalan tu secara perlahan² yer.. Jadi jika ada pertanyaan Diana akan update kat sini.. Terima Kasih...

1. Soalan dari Wendy ~  
Adunan ni sebelum letak kat dulang pembakar, tekstur dia lembut ke atau senang untuk kita bulat²kan? Saya kurang faham sikit part 'sudukan di atas dulang pembakar & boleh diuli menjadi bola² kecil.. 

Jawapan ~  
Mengikut apa yang Diana telah buat tempoh hari.. adunan nie tak ler terlalu lembut atau keras.. Sedang² gitu jer.. Kita boleh pilih antara nak sudukannya atau pun jika lebih senang dengan kaedah menjadikan adunan tu bebola kecil boleh jer kita ulikannya yer.. :)

2. Soalan dari Lea ~ 
Saya nak tanya... cam mana nak buat bagi choc chip tu terpacak² cam tu ye...?

Jawapan ~
Macam nie Lea... Akak aturkan choc chips ( nie akak tak ambil dari sukatan yang tertera yer.. Nie kira kita lebihkan ler yer ) tu selepas akak sudukannya kat atas dulang. Lepas tu baru ler akak bakar dalam oven.

3. Soalan dari Yanie ~
Akak, saya pun nak tnye gak camne choc chip tu leh terpacak² mcm tu..aritu buat choc cip nya cair even aturkan atas biskut tu.

Jawapan ~
Macam nie Yanie.. Akak buat macam yang akak dah jawap kat atas tu yer... Tiada cara lain selain tu.. Akak rasa ler kan... Masalah choc chips cair tu berpunca dari jenis choc chips yang kita guna.. Akak guna Van Houten Chocolate Chips.. Setakat nie Alhamdulillah... Tak pernah lagi mencair choc chips tu.. Ianya kekal macam tu jer seperti yang telah Yanie tengok dalam gambar tu.. Cuba ler yer.. :)


1. Soalan dari Cheq Sue ~ 
Macam mana akak letak choc rice jadi cam zig zag tu ye...

Jawapan ~ 
Akak taburkannya mengikut bentuk yang kita suka yer Cheq Sue.. Kerjanya mungkin agak rumit namun bila tengok ianya menjadi pasti kita akan rasa puas hati kan.. ;)

1. Soalan dari Yanie ~
Akak, nak tanya la. masa nak tuangkan adunan coklat yg langkah no 7 tu, kita tuang masih panas-panas ye? sbb kita penah buat, biskut nya jadik lembik la kak.

Jawapan ~
Nak tuang adunan coklat tu panas² pun boleh... Nak bagi adunan tu suam pun boleh... Tapi selama nie apa yang akak pernah buat keduanya sekali.. :). Cuma kebiasaannya akak akan bagi adunan tu suam sedikit barulah akak lapis di atas biskut marie tu.. sebab hubby akak lebih suka biskutnya tu keras sedikit. Ermm..  Pernah juga dulu akak lapis adunannya tu ketika ianya masih panas.. Biskutnya masih kekal keras gitu gak Yanie.. Akak rasa ler kan Yanie.. Ianya berpunca juga dari jenis biskut yang kita gunakan.. Akak biasanya guna Biskut Marie Munchy's.

2. Soalan dari Ana Solehah ~
Kita kena tggu cake batik 2 sejuk dulu ke baru tuang cream cheese 2?

Jawapan ~
Kalau ikut apa yang akak buat nie.. Akak simpan dulu kek batik coklat tu dalam peti ais sekejap.. Tak perlu lama sangat.. Bagi lapisan coklatnya tu keras sikit baru ler akak lapis dengan biskut marie diikuti dengan lapisan cream cheese tu.. :).

:: Satay Ayam Goreng 
1. Soalan ~
Akak ada soalan, adakah ayam digoreng bersama sekali dengan lidi...tak ke hangus lidi nanti

Jawapan ~
A'aa.. Ayam digoreng bersama lidinya sekali.. Lidinya tak akan hangus

:: Carta Sukatan
1. Soalan ~
Saya ni minat sangat nak mencuba kek kukus tapi masalahnya saya biasanya menggunakan sukatan gram..boleh tak saya tahu diana guna gelas/cawan (1 gelas/cawan = ?? gram) apa untuk sukatan tepung/gula bagi resipi kek kukus yang telah diana kongsikan :)

Jawapan ~
Biasanya Diana menggunakan sukatan Metrik.. Untuk 1 cawan Metrik = Anggaran 250 gm.

:: Tips Photography 
1. Soalan dari Rozy ~
Nak minta Diana ajar A-Z photgraphy boleh?

Jawapan ~
Boleh... Kalau nak tengok tips photography dari SBK boleh klik kat SINI ya.. Terima kasih..

:: Fresh Cream Non-Dairy Whipping Cream / Krim Putar Bukan Tenusu )
1. Soalan ~
Di mana hendak membeli fresh cream di W.P.Labuan?

Jawapan ~
Untuk mendapatkan fresh cream  Non-Dairy Whipping Cream / Krim Putar Bukan Tenusu ) di Labuan, biasanya Diana beli di Bataras dan Labuan Supermarket.. Cuba cari di bahagian tempat beku / freezer ( berhampiran dengan penyimpanan ais krim ), bukan di bahagian peti ais penyimpanan minuman kotak atau berhampiran dengan buah²an tu ya.. Kalau yang dekat sana itu bukan fresah cream.. Itu Dairy Whipping Cream / Thick Cream / Double Cream...Ianya tidak sesuai untuk topping kek.

:: Makna Tbsp
1. Soalan dari Mia Zara
Apa maksud 3 tbsp tepung kastard dlm penyediaan minuman koktail nie?


Jawapan ~
Makna 3 tbsps ialah 3 sudu besar metrik.


6 comments:

Anonymous said... Reply

Assalamualaikum diana, saya ni minat sangat nak mencuba kek kukus tapi masalahnya saya biasanya menggunakan sukatan gram..boleh tak saya tahu diana guna gelas/cawan (1 gelas/cawan = ?? gram) apa untuk sukatan tepung/gula bagi resipi kek kukus yang telah diana kongsikan :) terima kasih.

Rozy said... Reply

Salam Diana,

Nak minta Diana ajar A-Z photgraphy boleh?

Unknown said... Reply

apa maksud 3 tbsp tepung kastard dlm penyediaan minuman koktail nie..

Anonymous said... Reply

Assalam kak Diana, saya sangat impress dgn blog akak ni, mmg menjadi rujukan saya la setiap kali nak memasak..hahah. sian saya yang tak pandai masak ni kan.. Akak taknak buat buku masakan ker? Kalau nak contact saya, 012-3366854 - MARIA. Saya keje di MPH Printing. Akak boleh buat buku dan display di MPH Bookstore jugak. ;D

Unknown said... Reply

Assalamualaikum Diana,ada tak resepi kek batik empire@kek batik kak ros...jika ada boleh share tak..sgt suka ngan blog Diana ni..byk ilmu memasak saya dpt..

Anonymous said... Reply

Salam diana, nama i ellyas...kalo i nak order from u mcm mane ye?