Showing posts with label Cupcake. Show all posts
Showing posts with label Cupcake. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

~ Carrot & Banana Cupcake...

Sheery Dream Cakes | 10:22 AM | 22 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Pagi ni cuaca agak cerah kat sini.. Sekarang ni setiap petang cuaca memang tak elok kat sini.. Hujan dan ribut.. Kepada sesiapa yang memandu balik dari kerja tu berhati² ketika memandu tau.. Penglihatan sangat terhad dan jalan raya pasti licin kan.. Dan juga kepada yang berniat nak ke laut tu sebelah petang atau malam.. Lebih baik ditangguhkan terlebih dahulu.


Berbalik kita kepada cerita Carrot & Banana Cupcake ni.. Waaahhh!!! Sangat ler sedapnya C&BCC ni... Resipi dari Akak Nor cayang... Sekali membakar cupcake ni.. Irfan asyik berulang alik masuk dapur... Apa taknya... Punya ler wangi.. Harum jer semasa membakar tu... Irfan tak sabar² nak makan.. Asyik tanya dah siap ker belum... Heeheee... Kuat betul godaan cupcake ni yer Akak Nor.. :). 


Sekali dah masak cupcake ni.. Irfan makan 3 biji tanpa creamcheese frosting tu ( Diana guna saiz cup yang besar sedikit )... Tak sabar dia nak tunggu sejuk... Katanya.. Mummy esok buat lagi yer.. Mummy buat sikit la.. Sedaaaap panas² ( Maksud Irfan sedap dimakan semasa masih panas cupcake ni.. hehehe ).. Tak cukup tu.. dah siap Diana bubuh toppingnya tu.. Irfan makan lagi 1 biji cupcake ni.. Sekali makan 4 biji..  Tak per ler kan.. Esok² buat lagi.. Kena buat 2 adunan ler lain kali.. :)


Akak Nor cayang.. Terima kasih yer kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer akak... 

:: Resipi Oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )

CARROT & BANANA CUPCAKE
Menghasilkan 14 biji cupcake 

Bahan-Bahan
  • 150gm tepung gandum *
  • 1 1/2 sudu teh baking powder *
  • 1/2 sudu teh garam * ( *diayak )
  • 170gm carrot yg disagat
  • 50gm badam ( optional ) ~ dicincang dan disangai sekejap
  • 2 bj telur A
  • 95gm gula perang
  • 100ml minyak sayur / bunga
  • 2 biji pisang ~ dilecek ( lebihkurang 1 cawan )
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Papercup secukupnya

Car
a-Cara

  1. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
  2. Masukkan carrot dan gaul rata.
  3. Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat ( ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih).
  4. Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
  5. Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula / senduk kayu.
  6. Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
  7. Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. ( lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim )
  8. Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170°C sehingga masak ( lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup ).
  9. Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul² sejuk sebelum diletakkan frosting / topping keatasnya.

:: NOTE ~
  • kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
  • bakar dgn suhu 175 - 180°C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
  • cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
  • kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
  • minyak sayur / bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
  • sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.


~ CREAMCHEESE FROSTING...


:: Resipi Oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )


Bahan-Bahan
  • 125gm creamcheese
  • 60gm butter
  • 60gm gula icing ~ ayak

Cara-Cara
  1. Pukul cheese dengan butter hingga kembang.
  2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga betul-betul kembang dan gebu.

# ni utk spread atas kek tp kalau nak deco / bentukkan apa-apa boleh tambah gula icing supaya lebih kental.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, July 3, 2011

~ Custard Tea Cupcakes...

Sheery Dream Cakes | 3:57 PM | | 32 Comments so far

Assalamualaikum dan salam Sayang semua... 

Hari ni Diana tak pergi ke mana².. Walaupun niat di hati sebelum ni nak ikut mama dan rombongan pengantin anak cousin ke Menumbok, Sabah... Disebabkan badan kurang sihat hari ni.. Terpaksa ler dibatalkan... Di rumah ler buat Custard Tea Cupcakes ni... Cupcakes? Heeheee.. Ampun kepada yang empunya resipi... Izinkan Diana olah sedikit yer.. Kalau dibuat cupcakes sememangnya anak² Diana suka tengok...


Kek ni sememangnya dah ramai dah buat... Antaranya.. IkaCMGAkak NorMasIzahAkak ZaiAkak AnimLove2CookNiezaSueAkak DayangTun, ZaliedanaNoorshaRabiatunMama Hawa, ItaZiey dan mungkin ada nama² yang Diana tertinggal lagi kan.. Maaf tau.. Memang ramai dah buat kek ni kan kan kan.. Cuma Diana jer yang baru buat hari ni.. Agak ketinggalan ler yer.. Orang lain dah buat berulang kali dah... Diana baru pertama kali membuat kek ni...  Kek ni sememangnya sedap seperti yang dikhabarkan. Suka sangat dengan kek ni... Cuma Diana cairkan menteganya tu dan bubuh terakhir sekali.. Ni ler hasilnya... Asalnya dari Custard Tea Cake... Bertukar pula kepada Custard Tea Cupcakes... Ampun sekali lagi...

 ::  Untuk adunan kastard tu Diana ikut Akak Nor buat 1 1/2 adunan  ::


:: Sumber ~ Akak Ida @ 1001 resepi ( TQ )
:: Salin dari Dapur ~ Ika @ Arah ( TQ )
:: Olahan di dalam tulisan merah


CUSTARD TEA CUPCAKES


Bahan-Bahan 
  • 125g / 1/2 cawan butter ( Versi Diana pula _ dicairkan )
  • 1/3 cawan gula castor
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung kastard
  • 1/2 tsp pewarna perang ( Diana tambah )

Bahan-Bahan Kastard ( Diana buat 1 1/2 adunan )
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu
  • 15g butter
  • 2 sudu teh vanilla

Cara-Cara Untuk Kastard
  1. Larutkan tepung kastard dan gula ke dalam susu.. panaskan hingga mendidih dan pekat.
  2. Masukkan butter dan vanilla.
  3. Sejukkan.

Cara-Cara Untuk Kek
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
  2. Guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat... 
  3. Letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180°C.
  4. Keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

:: NOTE ~
Diana buat versi Cawan Kertas dan cara-caranya seperti di bawah 


Cara-Cara Untuk Kek
  1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastard.. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan mentega yang telah d cairkan dan pukul sebati.
  4. Bubuh pewarna perang dan gaul rata.
  5. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam cawan kertas dan tuangkan sedikit adunan kastard dan bubuh lagi adunan kek sehingga 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang d gunakan ) d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C. 
Note: Doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>