Thursday, January 31, 2013

~ Cream Cracker Salted Caramel Cheesecake...

Sheery Dream Cakes | 4:41 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung SBK... 

Hari ini hari yang paling malas nak edit semua gambar yang ada.. Huhuuuuu... Memang mood ke laut la hari ini... Adeeh!! Lepas tu berlanjutan pula kemalasan tu untuk menghadap komputer.. Hahhahaaa.... Ketawa kejap.. Mana tau mood mengupdte blog terus ok jadinya... :D


Baiklah... Untuk entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi kek yang sedap di tekak kami sekeluarga... Resipinya Diana ikut dari blog Khairul Abdullah.. Bila singgah di blog dia tempoh hari.. Ternampak lah resipi Cream Cracker layered Cake with Cream Cheese... Alahai!!! memang tergoda tengok gambarnya... Yang bestnya tu.. Kek ini mudah sahaja hendak menyediakannya.. Cuma Diana olah sedikit resipi ini mengikut citarasa kami sekeluarga... Terima kasih buat Khairul Abdullah di atas resipi ini dan izinkan Diana olah dan kongsikannya di sini pula ya.. Terima kasih.


Resipi asal menggunakan nestum dan milo.. Diana pula gantikannya kepada Koko Krunch Duo ( choc and white choc flavour )..  Susu pekat Diana tidak bubuh.. Hanya bubuh salted caramel... Itu terpulanglah kepada citarasa masing-masing ya.. 

Gambar di atas ini pula cara-cara bagaimana Diana melapis kek ini.. Tapi gambar ini merupakan cara di pertengahannya ya.. Diana hendak tunjukkan bagaimana Diana tompok-tompokkan adunan cream cheese dan salted caramel tu.. Lepas itu dengan menggunakan sudu ratakan keduanya sehingga rata ( atau jika anda suka rasa salted caramel yang lebih sedikit, boleh masukkan salted caramel tu ke dalam piping bag dan picitkan salted caramel tu di atas lapisan adunan cheese tadi ).. Kemudian dilapis di atasnya dengan cream craker.. Mudahkan? Jadi.. Jom semak resipi olahan Diana terlebih dahulu...


:: Olahan Oleh ~ skybluemelleymey
( Diana buat 2 kali adunan di bawah ini )


CREAM CRACKER SALTED CARAMEL CHEESECAKE

Bahan-Bahan
  • 2 cawan cream cheese _ suhu bilik
  • 2/3 cawan unsalted butter
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan Koko Krunch Duo ( choc and white choc flavour ) _ di hancurkan / dikisar kasar ( gandakan sukatan sekiranya ingin melapis nipis adunan cream cheese ) 
  • Salted caramel _ ( resipi rujuk di bawah )
  • 20 - 35 keping atau secukup kegunaan cream crackers Hup Seng _ ( jika ingin melapis nipis adunan cream cheese, gandakan cream crackers )
  • 2 cawan atau secukup kegunaan susu segar
  • White chocolate dan milk chocolate untuk hiasan

Cara-Cara
  1. Sediakan bekas / loyang yang dialaskan dengan plastik / kertas minyak / baking paper.
  2. Pukul cream cheese dan butter sehingga sebati.
  3. Masukkan gula aising dan pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.
  4. Rendam ( jika tidak menggunakan susu suam ) / celup ( jika menggunakan susu suam ) cream crackers ( jangan sampai lembik ) dan susun di dalam loyang / bekas.
  5. Sapukan adunan cream cheese di atasnya sehingga rata.
  6. Kemudian taburkan koko krunch kisar di atasnya.
  7. Tompokkan beberapa sudu adunan cream cheese diikuti dengan salted caramel di atasnya. Ratakan menggunakan sudu hingga sebati kedua adunan.
  8. Setelah itu rendam / celup cream crackers dan susun di atasnya. Sapukan lagi adunan cream cheese diikuti dengan koko krunch kisar dan seterusnya gabungan adunan cream cheese bersama salted caramel. Ulang langkah ini sehingga habis.
  9. Pastikan adunan cream cheese di lapisan terakhir.
  10. Hias dengan parutan white dan milk chocolate.
  11. Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum di potong.


:: Sumber dari ~  Manda @ Once Upon My Life  ( TQ )

SALTED CARAMEL
  • 1 cup sugar
  • 6 tablespoons salted butter cubed
  • 2/3 cup heavy cream, at room temperature _ Diana gantikannya dengan 1 tin kecil Nestle Cream ( Original ) 

Method

  1. Melt the sugar over medium high heat in a large pot. 
  2. Whisk the sugar as it melts and cook until it becomes a deep amber color. 
  3. Add the butter and stir it in until melted. 
  4. Pour in the heavy cream ( mixture will foam ) and whisk until you get a smooth sauce. You may have some lumps but keep stirring until they have melted. 
  5. Remove from heat and let cool. {I f you still have some lumps in the caramel after it has cooled - strain it through a fine mesh strainer }.  
  6. Store, covered, in the fridge. 


:: Resipi Asal & Sumber Dari ~ Khairul Abdullah  ( TQ ) 


CREAM CRACKER LAYERED CAKE with CREAM CHEESE  


Bahan-Bahan
  • 250gm Cream Cheese
  • 75gm Butter
  • Setengah cawan gula
  • 1 pek Cream Cracker ( anggaran dalam 40 keping )
  • 2 cawan susu – untuk rendaman biskut
  • Setengah cawan Nestum
  • Sedikit serbuk koko atau Milo
  • Susu Pekat atau Sos Karamel

Cara Membuatnya
  1. Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati.
  2. Rendam biskut ( jangan sampai lembik ) dan susun di dalam loyang / bekas.
  3. Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata. Jangan terlalu tebal.
  4. Kemudian tuangkan susu pekat atau sos karamel… dilayangkan agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo.
  5. Kemudian taburkan serbuk nestum atau milo atau kedua-duanya. ( saya cuma tabur serbuk milo di lapisan atas sekali.)
  6. Ulang langkah tersebut sehingga selesai.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Hidang ketika sejuk.

:: Tips ~  Setelah banyak kali membuat kek ni – saya dapati amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel di setiap lapisan dan ditabur dengan serbuk nestum.







Kek ini juga sesuai dibubuh di dalam bekas seperti di bawah… Cantik juga untuk dijadikan sebagai hantaran pertunangan / perkahwinan atau mungkin juga ada yang ingin menjadikannya doorgift di majlis perkahwinan mereka.. ;)






17 comments:

Nina Mirza said... Reply

mengancam nyerrr ....!!
pasti sedapp nie kann.. masuk list Nina dulu ehh...
nanti free time nak try
(entah bila laaa free time)
hehee

faa.rosli said... Reply

terus copy resepi sebab perasaan nak buat kek ni membuak2..hihi

cahayahidupku.blogspot.my said... Reply

Sedapnya diana ... akak nak cuba buat lah :D

Farah Deeb said... Reply

Hadoyaiii.. namanye pun dah wat terliur huhuu... sile rajin Farah, rajin! Hahaha... Jemput singgah :) Resepi: Pie malas thee...

Farah Deeb said... Reply

Hadoyaiii.. namanye pun dah wat terliur huhuu... sile rajin Farah, rajin! Hahaha... Jemput singgah :) Resepi: Pie malas thee...

Unknown said... Reply

salam Diana
thnks kongsi resepi ni ya, sebenarnya akak pernh makan kek ni tapi tak tau cemana nk buat sbb pertama kali makan mmg sedap sgnt sehingga berpotong2 insyaallah akak nak copy resepi dan nak buat hee

Mori Said said... Reply

Hi diana....canteekknya kek... nice...

Marsita Yahya said... Reply

nice...pasti nak cuba nanti...

asyifamustaffa said... Reply

menarik btul nie...harus cuba 1 hri nnti....nnpk sedapnya tu....

Yana Shaiful said... Reply

sedapnyaaa^^..rs mcm nak amek jew sepotong dua ^__^

sury@25february said... Reply

wahhh...kreatif ni..mesti sedap...baru berkira nk buat kek lapis guna koko krunch ni..ada cis pulak..mesti try ni..:-)

Gee® said... Reply

wowee...!! cantek giler...

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply

sALAM, D.. enaknya melihat ingin juga nak merasa tapi nak tahulah tentang sos karemel tu, ada tak resepinya atau D terus beli siap dari kedai?? Tulun ya, D.. hehe

Khairul Abdullah said... Reply

Thanks for trying the recipe :)

Bagi yg tak tau kat mana nak dpt sos karamel..sila dapatkan di kedai kopi Starbucks berhampiran anda.

Qasey Honey said... Reply

nmpk sgt mlazatkan kak..nk cuba jugak nti...

ogyep yummy mellow said... Reply

Aduhai.. cheese lagi... ahbis la diet camni... cantik menawan keknya..

mia moi said... Reply

Hi diana! Im lovin ur blog! I ni baru2 nk belajar masak n bumped into ur blog. Its very helpful n i already add to home screen. Keep it up diana! Thx :)