Assalamualaikum dan salam Sejahtera...
Kalu tak silap Diana, 7 tahun lepas resipi ni pernah Diana kongsikan di Friendster.. Lepas tu pada tahun 2005 Diana letak pula di Lifelogger dan beberapa thn lepas Diana kongsikan pula di Facebook Diana.. Bagi yang sudah pernah mencuba resipi ni Diana ingin rakamkan terima kasih kerana sudi mencuba.. Resipi ini terhasil melalui ilham dari sebuah buku masakan dari Cina kepunyaan makcik hubby.. Diana olah pula resipinya mengikut citarasa kami sekeluarga.. Inilah hasilnya...
HOT & CRISPY CHICKEN
- 3 ketul paha ayam _ cuci dan bersihkan
Bahan-Bahan Perap
- 1 tsp garam
- 1 tbsp gula
- 1 tangkai daun bawang _ d potong 3cm pjg
- 1 inci halia muda _ d hiris nipis
- 2 ulas bawang merah _ d hiris nipis
- 3 ulas bawang putih _ d hiris nipis
Bahan-bahan A
- 2 biji kuning telur
- Tepung jagung secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Bahan-Bahan B
- 2 cawan air rebusan ayam
- 1 inci halia _ d cincang
- 4 ulas bawang merah _ d cincang
- 5 ulas bawang putih _ d cincang
- 1 biji cili merah _ d cincang
Bahan-Bahan C
- 1 1/2 tsp kicap pekat manis Cap Ayam
- 2 tsp minyak bijan
- 1 1/2 tbsp cuka
- 1 1/2 tbsp gulaula
- Garam secukup rasa
Bahan-Bahan untuk hiasan
- Cili merah _ d cincang
- Daun bawang
Cara-cara
- Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 1 1/2 jam.
- Kemudian masukkan ayam ke dalam periuk bersama air melebihi paras ayam. Rebus sehingga ayam empuk. Angkat dan toskan.
- Simpan air rebusan ayam untuk kegunaan nanti.
- Setelah itu celup ayam ke dalam kuning telur dan saluti dengan tepung jagung.
- Goreng ayam di dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Angkat dan biarkan ayam sejuk sebelum dipotong.
- Kemudian potong ayam mengikut citarasa masing-masing dan susun di atas pinggan. Ketepikan.
- Tuangkan kuahnya di atas ayam tadi dan rengiskan sedikit minyak bijan.
- Taburkan bahan-bahan hiasan dan bahan yang telah ditumis di atas ayam.
- Hidang bersama sos ( Resipinya rujuk di bawah )
Cara Untuk Menyediakan Kuahnya
- Tumis bahan-bahan cincang ( Bahan-bahan B ) bersama sedikit minyak sehingga naik baunya dan garing.
- Angkat dan ketepikan untuk hiasan ( tinggalkan 1 tbsp bahan yang ditumis tadi di dalam kuali / periuk ).
- Campurkan air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi 1 tbsp bahan yang telah ditumis tadi dan biarkan ianya mendidih.
- Kemudian masukkan bahan-bahan C dan sesuaikan rasa.
- Tutupkan api dan tuangkan di atas ayam yang telah disusun di atas pinggan tadi.
Bahan-bahan Sos
Cara-Cara
|
:: Setelah d goreng dan d potong :: |
:: Makan bersama sos :: |