Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Entri ni punya la main lama tertangguh. Sebelum raya lagi dah janji nak kogsikannya di sini. Tapi baru hari ni ada kesempatan. Tapi resipinya memang dah ada dalam blog ni. Resipi ulang tayang saja sebenarnya.
Kek kukus lapis nescafe ni la kek pertama habis semasa hari raya pertama hari tu. Diana buat 2 biji sahaja kek ni. Memang dapat bertahan untuk sehari saja. Ramai yang suka kek ni sebenarnya. Itu apa yang Diana perhatikan setiap tahun semasa musim perayaan Aidilfitri. Kalu nak tengok versi marble bole klik di SINI ya.
KEK KUKUS LAPIS NESCAFE
:: Saiz Loyang ~ 7 atau 8 inci
Bahan-bahan
- 10 biji telur
- 1 1/2 cawan ( 342 gm ) mentega berkualiti tinggi
- 1 1/2 cawan ( 342 gm ) gula kastor
- 1 1/2 cawan ( 175 gm ) tepung gandum ( diayak )
- 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm ) _ susu krimer manis cap junjung
- 1 tin sederhana seri kaya ( 300 gm )
- 4 tsp nescafe ( diayak )
- 2 tsp esen vanilla
- Pewarna kuning
- Pewarna perang atau jika suka boleh gantikan dengan sedikit browning sugar
Cara-cara
- Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek.
- Pukul mentega bersama gula sehingga gebu.
- Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
- Setelah itu masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- :: 1 bahagian dicampurkan dengan nescafe, susu krimer manis dan pewarna perang atau sedikit browning sugar.
- :: 1 bahagian lagi dicampurkan dengan seri kaya, esen vanilla dan pewarna kuning.
- Ambik sedikit adunan nescafe dan masukkan ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan digriskan nipis dengan mentega. Kukus sehingga kek masak.
- Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan cake tester atau lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik. Lapis lagi dengan adunan seri kaya dan kukus sehingga kek masak.
- Ulang proses no.8 dan no .9 sehingga adunan kek habis.
- Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya.
- Sejukkan kek dan simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong ( jangan skip proses ini ).