Sunday, January 6, 2013

~ Resipi Roti Bakar Telur & Sosej...

Sheery Dream Cakes | 7:27 PM | 5 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Apa khabar hari ini? Doa dan harapan Diana moga semuanya sihat sejahtera hendaknya ya.. Hari ini Diana sekali lagi ingin berkongsi resipi ulang tayang... Sebenarnya hari tu ada komen yang ingin Diana buat entri step by step untuk resipi ini... Dukacitanya komen tersebut sudah terpadam dengan tidak disengajakan.. Diana mohon ampun dan maaf sekali lagi ya kepada semua pengunjung SBK yang Diana sayangi... Kalau Diana tidak silap permintaan tu daripada Noh Gyver.. Diana masih ingat komen tu walaupun terpadam dengan tidak sengajanya.. Huhuu.. Maaf tau.. Ermm.. Ingatkan komen sampai kek durian sahaja terpadam.. Rupanya banyak lagi komen yang hilang.. Huhuuu.. :(




:: Langkah 1 ~ Ambil sekeping roti dan picitkan mayonis di atasnya ( Kali ini Diana guna roti biasa sahaja ).
:: Langkah 2 ~ Lapiskan dengan hirisan tomato.
:: Langkah 3 ~ Susun hirisan sosej yang telah digoreng di atas roti atau susun di setiap penjuru roti.
:: Langkah 4 ~ Taburkan parutan keju cheddar di atasnya.


:: Langkah 5 ~ Letakkan sekeping telur mata lembu di atasnya.
:: Langkah 6 ~ Taburkan lagi di atasnya dengan parutan keju cheddar.
:: Langkah 7 ~ Akhir sekali picitkan sos cili dan mayonis di atasnya. 
:: Lepas itu bolehlah dibakar di dalam oven.


** Sekiranya anda ingin menambah hirisan sosej tu.. kenalah tambah juga kuantiti sosej untuk digoreng tau.. 


ROTI BAKAR TELUR & SOSEJ
Untuk 4 keping Roti Bakar Telur dan Sosej 


Bahan-Bahan
  • 4 keping roti Gardenia Breakthru _ dipotong tepinya
  • 4 biji telur mata lembu
  • 1 batang sosej
  • 1 biji tomato _ dihiris nipis
  • Mayonis secukupnya
  • Sos cili secukupnya
  • Keju cheddar parut secukupnya

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp sos tiram
  • 1 tsp gula

Cara-Cara
  1. Perap sosej dengan bahan-bahan perap selama 5 minit. Goreng sosej dengan minyak yang cetek. Jangan goreng terlalu lama ( goreng sekejap sahaja ).  Angkat dan hiris sosej kepada 16 bahagian. Ketepikan. 
  2. Ambil sekeping roti dan picitkan mayonis di atas roti dan susun 2 hirisan tomato di tengahnya.
  3. Kemudian susun sosej di setiap penjuru roti.
  4. Taburkan keju cheddar parut di atasnya dan lapiskan dengan sebiji telur mata lembu dan taburkan lagi dengan keju cheddar parut.
  5. Setelah itu, picitkan sos cili dan mayonis di atasnya.
  6. Bakar di dalam oven sekejap.
  7. Hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, January 5, 2013

~ Mohon Ampun Dan Maaf & Resipi Bubur Kacang Hijau Bersama Jagung...

Sheery Dream Cakes | 8:37 PM | 17 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.... Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa... Nak menangis rasanya.... :((.. Haih!! Apalah nasib!! Hari ini dalam sejarah SBK TEEEERRRRR DELETED KOMEN anda yang memberi komen dari entri Mango Sticky Rice hinggalah entri Kek Durian.. Semuanya berlaku dengan pantas sekali... Ini semua di sebabkan Anonymous yang sering meninggalkan komen yang ntah apa-apa.. Banyak dan panjang pula tu... Dengan tidak sengajanya Entah macam mana boleh terdeleted sama komen yang lain tu... Sedangkan Diana buka di bahagian Spam.. Hanya tandakan komen si Anon tu.. Haih!! Tetiba Diana tengok banyak pula komen yang terpadam juga.. Sepatutnya ianya tak berlaku kan sebab komen yang lain dah ada dalam ruangan komen pada entri tu.. Yang Diana tandakan hanya pada bahagian Spam tu.. SEDIIIIHNYAAAAAAAAAAA.... :((. Diana MOHON AMPUN DAN MAAF SEBAB TAK SENGAJA PADAM KOMEN ANDA SEMUA TU... Harap dimaafkan ya.. Huhuuuu..


Baik lah.. Memang hilang terus mood nak buat entri ini... :(. Tak tahu apa nak ditaip dah... Memang sesangaaaatlah sedih dan kecewa... Maaf sekali lagi.. Memang rasa bersalah yang teramat sangat... :((.. Yang pastinya tersenyum lebar lah si Anon tu kan... Entah kenapa selalu komen yang bukan-bukan.. Penat tau nak padam komen yang banyak tu wahai Anon.. Haih!! Apa- apa pun kita tengok sahaja lah resipi kali ini.. Mood nak bercerita dah hilang dah... :(

Kali ini bersiaran dengan bubur kacang hijau bersama jagung… Sedap dimakan panas mahupun sejuk… Tidak lupa juga sekeping atau lebih biskut cream crackers sebagai pelengkap menu ini.. Ada juga yang hanya suka bubur ini dimakan begitu sahaja.. Walau bagaimana pun cara menikmatinya, ianya tetap enak di tekak ini.


BUBUR KACANG HIJAU BERSAMA JAGUNG

Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan kacang hijau _ dicuci dan toskan
  • 1 tin jagung manis dalam tin ( Diana guna Ayam Brand )
  • 1 kotak ( 1 liter ) santan dalam kotak ( Ayam Brand )
  • 1 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
  • Air secukup kegunaan

Bahan-Bahan A ( Secukup rasa )
  • Garam
  • Gula pasir
  • Gula melaka
  • Susu pekat manis

Cara-Cara
  1. Masak kacang hijau bersama air secukupnya sehingga airnya mendidih. 
  2. Buangkan airnya dan tambahkan dengan air yang baru. Rebus sehingga ianya lembut dan pecah.
  3. Setelah kacang hijau masak bolehlah dimasukkan jagung manis, daun pandan, santan dan bahan-bahan A. Boleh tambahkan sedikit air jika suka.
  4. Biarkan ianya mendidih seketika dan sesuaikan rasa.
  5. Tutupkan api dan hidang. 






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 4, 2013

~ Mango Sticky Rice Recipe...

Sheery Dream Cakes | 2:36 PM | 5 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bertemu kembali kita di entri kali ini dengan resipi Mango Sticky Rice yang Diana buat Dec tahun lepas... Diana mula suka dengan Mango Sticky Rice ni semasa kami melancong di Thailand tahun lepas.. Kebetulan ketika itu Makcik Zaharah memang pandai membuatnya.. Senanglah Diana belajar memasaknya kan.. Resipi ini Diana dapat dari mak Ejoy, Makcik Zaharah.. Terima kasih makcik dan ejoy... Sedap tau.. Oleh sebab makcik bagi resipi secukup rasa sahaja.. Jadi Diana pun buat lah secukup rasa juga ya .. Hehhehee.. ;). Izinkan Diana kongsikannya di sini ya... Terima kasih..

Resipi Asal Oleh ~ Makcik Zaharah  ( TQ )
Olahan Oleh ~ SheeryDreamCake @ skybluemelleymey


MANGO STICKY RICE  

Bahan-Bahan
  • 2 1/2 cawan beras pulut _ cuci dan direndam 3 jam atau lebih
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 cawan santan pekat ( Diana guna santan dalam kotak Ayam Brand )
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Mangga yang masak secukupnya _ dikupas kulitnya dan dihiris 

Cara-Cara
  1. Toskan beras pulut yang direndam dan masukkan beras ke dalam bekas yang sesuai.
  2. Masukkan 1 cawan air dan kukus.
  3. Sementara itu campurkan 1 1/2 cawan santan pekat bersama garam dan gula secukup rasa.
  4. Setelah pulut hampir masak bolehlah dituangkan santan pekat tadi dan gaul rata. Kukus semula hingga pulut masak. Angkat dan ketepikan.


Bahan-Bahan A
  • Santan dalam kotak ( Ayam Brand ) secukup kegunaan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Tutupkan api dan sejukkan seketika.
  3. Hidang bersama pulut dan mangga. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, December 8, 2012

~ Bubur Durian Dengan Nasi...

Sheery Dream Cakes | 3:03 PM | 10 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Selamat berhujung minggu kepada anda semua... Pasti ada yang merancang bersiar² bersama keluarga kan.. Pasti seronok ya.. Baiklah entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi Bubur Durian Dengan Nasi... Kalau sebelah sini, memang dah menjadi kebiasaan campur bubur durian atau jagung dengan nasi.. Memang sedap.. Tapi lain orang lain citarasanya kan... ;)

Resipinya senang sahaja... Pasti ramai yang sudah tahu memasak bubur durian kan.. Tapi Diana kongsikan juga di SBK untuk rujukan di masa akan datang.. Jom semak resipinya..



BUBUR DURIAN DENGAN NASI


Bahan-Bahan 
  • 16 ulas isi durian _ ( Jangan asingkan isi dari bijinya )
  • 500 ml santan pekat _ ( Diana guna santan segera dalam kotak Ayam Brand ) 
  • 2 3/4 cawan air
  • 2 tsp garam
  • Gula pasir secukup rasa
  • Daun pandan jika suka _ Dicarik dan disimpul ( Diana tidak bubuh )

Bahan-Bahan A
  • 1/2 cawan beras wangi _ ( Cuci dan toskan )
  • Air secukup kegunaan

Cara-Cara
  1. Masukkan beras ke dalam periuk yang sesuai. Tambahkan air secukupnya dan masak hingga beras kembang dan pecah ( seperti memasak bubur nasi ).
  2. Kemudian masukkan 2 3/4 cawan air, daun pandan, isi durian, santan, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul hingga gula larut dan biarkan ianya mendidih.
  4. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
  5. Boleh dihidang ketika ianya masih panas atau disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk. 
  6. Boleh juga disimpan di dalam tempat beku. Biarkan ianya separuh beku kemudian barulah dinikmati.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>