Monday, February 24, 2014

~ No-Bake Oreo Cheesecake Recipe...

Sheery Dream Cakes | 10:13 AM | | 7 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang....

Dikesempatan ini Diana mewakili keluarga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis pertunangan adik bongsu Diana kelmarin... Tahniah sekali lagi buat adik Diana, Maddy dan Fatin... :)


Ok lah... Kita terus sahaja semak resipi untuk kali ini... No Bake Oreo Cheesecake.. Jom tengok resipinya..


NO-BAKE OREO CHEESECAKE  


Bahan-Bahan
  • 500 gm cream cheese _ pada suhu bilik
  • 1 cawan Non-dairy whipping cream
  • 1/4 cawan susu pekat atau secukup rasa mengikut citarasa masing-masing
  • 1 tsp esen vanilla
  • Biskut oreo secukup kegunaan ( perisa ~ oreo with vanilla cream ) _ asingkan cream dari biskutnya & asingkan 28 keping cream untuk kegunaan nanti
  • Biskut oreo double delight ( peanut butter n choc cream ) secukup kegunaan _ dicincang kasar


Cara-Cara
  1. Kisar biskut oreo yang telah diasingkan dari creamnya dengan menggunakan food processor. Ketepikan.
  2. Pukul cream cheese hingga lembut. 
  3. Kemudian masukkan 28 keping cream oreo perisa vanilla dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga lembut berkrim.
  5. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
  6. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 
  7. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.
  8. Masukkan sedikit biskut oreo kisar ke dalam bekas yang digunakan.
  9. Kemudian picitkan adunan krim keju di atasnya. Lapis lagi dengan sedikit biskut oreo kisar dan taburkan sedikit biskut oreo cincang ( peanut butter n choc cream ).
  10. Picitkan lagi adunan krim keju di atasnya.
  11. Lapis lagi dengan biskut oreo kisar dan taburkan sedikit biskut oreo cincang di atasnya.
  12. Letakkan sebiji biskut oreo ( peanut butter n choc cream ) di atasnya.
  13. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.

::  Sekadar idea untuk hantaran pertunangan  ::



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, February 21, 2014

~ Acar Telur Puyuh...

Sheery Dream Cakes | 8:54 AM | 4 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali ini.. Moga semuanya sihat sejahtera dan ceria selalu hendaknya ya... Baiklah.. Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Acar Telur Puyuh yang memang sedap... Resipi ini Diana jumpa di blog Che Mat Gebu... Terima kasih Che Mat.. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya... 


:: Sumber ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan   ( TQ )



ACAR TELUR PUYUH

Bahan-Bahan 
  • 35 biji telur burung puyuh ( resipi asal guna telur ayam )
  • 2 bawang putih, hiris
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 camca besar jintan manis* ( * ditumbuk halus )
  • 1 biji bawang besar, belah 8
  • 1/2 camca besar cuka
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 camca besar kicap
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan cili kering kisar _ ( Diana tambah )

Cara -Cara 
  1. Rebus telur puyuh, kupas, cuci dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.
  2. Tumis bawang putih, masukkan bahan2 tumbuh, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cuka, kicap, gula ( lebih sikit ) dan sedikit garam. Gaul rata, bila mendidih, masukkan telur, gaul hingga mesra, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Angkat dan hidangkan.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, February 10, 2014

~ Tiramisu...

Sheery Dream Cakes | 9:41 AM | 10 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Dua minggu ini merupakan minggu yang amat memenatkan... Meletihkan!! Tiada daya untuk mengupdate blog juga berfb... Hari ini juga bermulanya persekolahan selepas sambutan Tahun Baru Cina buat anak kecil Diana... Bertambahlah sibuknya Diana kan kan... :)

Baiklah.. Tidak ada apa yang menarik hendak diceritakan... Hanya untuk berkongsi resipi Tiramisu yang entah berapa kali sudah Diana buat... Tetapi baru hari ini berkesempatan untuk kongsikannya bersama anda semua... 

Sebenarnya resipi ini kepunyaan Dr.Ezani ( MasterChef Malaysia ) ... Terima kasih buat Dr.Ezani kerana sudi berkongi resipi Tiramisu yang mudah dan sedap ini ... Izinkan akak kongsikannya di sini pula ya.. TQ!



Resipi Oleh ~   Dr.Ezani ( MasterChef Malaysia )  ( TQ )


TIRAMISU

Bahan-Bahan
  • 3 biji telur
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 250gm cheese mascarpone
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300ml krim masakkan
  • 1 bungkus biskut “ Lady’s finger ”
  • 2 cawan kopi
  • Coklat hitam
  • Serbuk coco


Cara-Cara
  1. Asingkan putih telur dan kuning telur. 
  2. Isikan air ke dalam periuk kecil dan didihkan. 
  3. Pukul kuning telur bersama gula menggunakan pemukul elektrik di dalam mangkuk. Teruskan memukul kuning telur di atas periuk yang dididihkan air tadi ( double boiler ) sehingga kembang dan kental.
  4. Alihkan dari double boiler, biar sejuk seketika. 
  5. Masukkan cheese Mascarpone dan pukul hingga sebati. Masukkan sedikit esen vanilla.
  6. Untuk memukul krim sehingga kembang, masukkan krim di dalam mangkuk dan letak di dalam peti sejuk beku untuk 5 minit. Ini memudahkan krim kembang bila dipukul. Pukul krim sehingga kembang dan kental.
  7. Kaup balikkan krim ke dalam adunan telur dan mascarpone perlahan-lahan sehingga sebati.
  8. Selepas itu, pukul putih telur menggunakan pemukul elektrik sehingga kembang dan kental. Menggunakan teknik yang sama dengan krim tadi, kaup balikkan putih telur ke dalam adunan.
  9. Sekarang bolehlah kita menyatukan tiramisu kita. Bancuh kopi mengikut citarasa anda. Tuangkan kopi ke dalam bekas yang leper.
  10. Celup biskut ladies finger satu persatu ke dalam kopi, tetapi jangan terlalu lama kerana biskut akan hancur. 
  11. Susunkan biskut lady’s fingger di dalam bekas. Setelah habis satu lapisan, ratakan adunan krim mascarpone di atas biskut ladies fingers itu. Ulang lagi melapis biskut dan krim.
  12. Akhir sekali, taburkan serbuk coco di atas tiramisu. Anda jugak boleh menghiris coklat hitam, dan taburkannya di atas tiramisu.
  13. Simpan tiramisu di dalam peti sejuk.



Dikesempatan ini juga Diana mewakili keluarga suami Diana.. Ingin merakamkan jutaan Terima Kasih kepada semua yang sudi hadir semasa rumah terbuka CNY di kilang Sky Blue ( RRAW ) hari itu ya... Kehadiran anda semua amat bermakna buat kami dan terima kasih sekali lagi kerana sudi memeriahkan rumah terbuka tersebut.... :)

::   Boleh juga dibubuh di dalam bekas macam ini ya   ::

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, February 4, 2014

~ Melty Hershey...

Sheery Dream Cakes | 9:40 AM | | 4 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Moga hari ini, esok dan hari-hari yang mendatang merupakan hari yang baik untuk kita semua... Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya... 

Baiklah... Hari ini Diana ingin kongsikan resipi yang sudah lama popular.. Sehingga sekarang ianya masih lagi menjadi kegilaan di kalangan penggemar dessert.. Cuma SBK sahaja yang baru kongsikannya di sini... Huhuuuu... Sebenarnya Diana sudah banyak kali buat Melty Hershey ini.. Cuma tiada kesempatan untuk kongsikannya di SBK.. Melty Hershey ini juga merupakan salah satu dessert yang Diana hidangkan semasa rumah terbuka hari raya tahun lepas.. Sesiapa yang hadir masa itu pasti ingatkan... :).



Diana pun tidak perasan sebenarnya yang resipi Melty Hershey ini belum ada dikongsikan di SBK... Nasib baik sahabat Diana meminta resipi ini beberapa hari lepas... Kebetulan juga ada permintaan dari anak-anak Diana sebelum itu.. Jadi Diana buat dan kongsikannya di sini... Resipi ini Diana rujuk dari blog  Akak Ita cayang .... Cuma Diana tidak ikut 100% resipi asal... Diana olah mengikut selera keluarga... Jika hendak tengok resipi asal boleh singgah di blog  Masam Manis  ya... Terima kasih akak... Jom semak resipi olah pula..


Olahan Oleh ~ skybluemelleymey


MELTY HERSHEY

Bahan-Bahan A
  • Kek red velvet secukup kegunaan _ Resipi boleh rujuk di SINI 
  • Hershey's syrup perisa strawberry atau coklat 
  • 280 gm Non-dairy whip topping perisa coklat _ dipukul hingga kental dan masukkan ke dalam piping bag
  • Hirisan coklat / Coklat Ferrero Rocher _ bubuh mengikut selera masing-masing  


Bahan-Bahan B 
  • 10 keping biskut marie Munchy's 
  • 50 gm Honey Cornflakes  atau  Koko Krunch
  • 50 gm / secukupnya mentega cair 

Kisar biskut marie bersama honey cornflakes dengan menggunakan food processor. Kemudian campurkan bersama mentega cair dan digaul rata. Ketepikan.


Bahan-Bahan C



:: Sumber dari ~  Manda @ Once Upon My Life  ( TQ )

  • 1 cup sugar
  • 6 tablespoons salted butter cubed
  • 2/3 cup heavy cream, at room temperature _ Diana gantikannya dengan 1 tin kecil Nestle Cream ( Original ) 

Method

  1. Melt the sugar over medium high heat in a large pot. 
  2. Whisk the sugar as it melts and cook until it becomes a deep amber color. 
  3. Add the butter and stir it in until melted. 
  4. Pour in the heavy cream ( mixture will foam ) and whisk until you get a smooth sauce. You may have some lumps but keep stirring until they have melted. 
  5. Remove from heat and let cool. { I f you still have some lumps in the caramel after it has cooled - strain it through a fine mesh strainer }.  
  6. Store, covered, in the fridge. 


Bahan-Bahan D 
  • 250 gm cream cheese
  • 170 gm Nestle cream _ Tidak bubuh pun boleh
  • 220 gm Non-dairy whipping cream
  • 30 gm gula aising 

Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
  2. Kemudian masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu.
  3. Masukkan Nestle cream dan pukul sebati. Ketepikan.
  4. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 
  5. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. 
  6. Masukkan ke dalam piping bag. 

Cara Melapis
  1. Potong kek mengikut saiz yang diingini dan letakkan ke dalam bekas yang digunakan.
  2. Kemudian bubuh adunan bahan-bahan B ( campuran biskut marie, honey cornflakes dan mentega cair ).
  3. Curahkan sedikit syrup perisa strawberry atau coklat di atasnya. ( Jika suka boleh paipkan sedikit salted caramel juga ).
  4. Paipkan Non-dairy whip topping perisa coklat di atasnya dan lapis di atasnya dengan adunan bahan-bahan D ( adunan keju ). 
  5. Paipkan salted caramel di atasnya dan taburkan dengan hirisan coklat atau cincangan coklat Ferrero Rocher. ( Boleh juga gantikannya dengan cincangan biskut oreo, Famous amos choc chip cookies atau apa-apa sahaja yang menjadi kegemaran anda ).
  6. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>