Wednesday, October 8, 2014

~ Super Moist Dark Chocolate Cake, Lagi Dan Lagi...

Sheery Dream Cakes | 7:55 AM | 4 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang.... 
Super Moist Dark Chocolate Cake  ( KLIK UNTUK RESIPI ).... Kek yang sentiasa mendapat permintaan dari anak-anak Diana... Cuma kali ini Diana gabungkan kek ini bersama Nutella cream, Salted caramel dan Chocolate ganache... Sememangnya gabungan yang sangat sedap... Pasti akan ada suapan kedua dan seterusnya... 






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, September 28, 2014

~ Resipi Misua Sup.. ...

Sheery Dream Cakes | 11:13 AM | 6 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sayang.... 

Selamat berhujung minggu buat semua... Moga hari di hujung minggu ini memberikan ketenangan kepada anda semua... Menikmati masa yang berkualiti bersama keluarga... Tidak kurang juga pasti ada antara anda semua yang sedang sibuk bersama sanak saudara di majlis perkahwinan.. Kepada sesiapa yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini.. Selamat Pengantin Baru... Moga kekal bahagia hingga ke Syurga...



Di pagi hujung minggu kami sekeluarga hari ini diisi dengan aktiviti memasak Misua Soup... Seperti biasa.. Jika ada antara ahli keluarga Diana yang teringin hendak makan Misua Soup.. Pasti suami Diana yang memasaknya... Kenapa? Ermm.. Semua orang mahu makan hasil dari air tangan dia... Jika orang lain yang memasaknya memang selera merundum mendadak... Hehheee... Bak kata orang.. Walau resipinya sama.. jika orang lain yang memasaknya tidak sama macam misua soup yang dimasak oleh suami Diana... Oleh sebab hujung minggu ini suami tidak kerja.. jadi semua orang di rumah ini teringin suami memasak misua soup untuk kami... Inilah hasilnya...


MISUA SOUP  

Sukatan bahan-bahan yang digunakan mengikut citarasa masing-masing ya...

Bahan-Bahan
  • Bawang putih cincang
  • Bawang merah cincang
  • Misua secukup kegunaan
  • Sedikit kobis bulat _ dihiris
  • Udang segar bersaiz kecil _ dibuang kulitnya
  • Sedikit Preserved Vegetable _ rendam sekejap dan dibersihkan 
  • Telur
  • Sedikit minyak untuk menumis 
  • Air secukup kegunaan
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Hiasan
  • Hirisan daun salad _ ( Jika suka )
  • Hirisan cili merah
  • Bawang goreng

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk yang dalam. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan udang segar dan goreng seketika. Masukkan kobis dan setelah kobis layu bolehlah masukkan air secukupnya.
  3. Biarkan ianya mendidih dan masukkan preserved vegetable serta garam secukup rasa. Gaul dan biarkan ianya mendidih seketika lagi.
  4. Pecahkan telur ke dalam air mendidih tadi gaul rata.
  5. Masukkan misua dan gaul sehingga semua bahan bergaul rata.
  6. Setelah ianya masak bolehlah ditutupkan api dan angkat.
  7. Hidang bersama hirisan daun salad,telur separuh masak (  jika suka ), hirisan cili merah, bawang goreng dan kicap pilihan.

:: ** NOTE ~ Boleh juga dicampur bahan seperti daging cincang atau isi ayam cincang.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, September 27, 2014

~ Chocolate peanut Butter Cake...

Sheery Dream Cakes | 1:14 PM | | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Tiada cerita hendak dikongsi bersama di entri kali ini... Hanya beberapa gambar Choc Peanut Butter Cake sahaja yang disajikan.... Kek ini anak Diana yang buat... Jom cuci mata dengan gambar kek ni..






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, September 23, 2014

~ Ayam Panggang Kerisik...

Sheery Dream Cakes | 8:19 AM | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Hari ini bersiaran bersama Ayam Panggang Kerisik. Cara memasaknya mudah sahaja. Diana suka makan bersama ketupat dan hirisan timun. Suami dan anak-anak pula suka nikmatinya bersama nasi putih panas. Apa-apa pun, ianya terpulanglah kepada selera masing-masing ya.

Baiklah, jom kita semak resipi Ayam Panggang Kerisik ni.


AYAM PANGGANG KERISIK

Bahan-Bahan
  • 800 gm paha ayam _ dipotong 3 bahagian dan bersihkan
  • 1/2 cawan kerisik
  • Santan pekat secukup kegunaan

Bahan-Bahan A
  • Kicap Manis ABC secukupnya
  • 1 tsp serbuk jintan manis
  • 1 tsp serbuk  jintan putih
  • 1 tbsp serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk cili _ ( jika suka )

Bahan-Bahan Kisar
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka secukupnya

Cara-Cara
  1. Campurkan ayam dengan perencah yang dikisar dan bahan-bahan A. Ramas sehingga semua bahan bersalut rata. Perap selama 10 minit. 
  2. Masukkan ayam berserta bahan-bahan kisar ke dalam kuali / periuk. Tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
  3. Tambahkan kicap manis dan kerisik. Teruskan memasak hingga ayam empuk dan perencah meresap, angkat.
  4. Kemudian panggang ayam seketika untuk menambahkan aromanya.
  5. Angkat dan hidang bersama nasi panas atau ketupat berserta baki perencah.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>