Thursday, October 16, 2014

~ Fried Garlic Tomato Chicken...

Sheery Dream Cakes | 7:44 PM | | | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Bertemu kembali kita di entri tanpa resipi ini. Hari ni Diana hanya kongsikan gambar fried garlic tomato chicken ni ya.. Diana ikut resipi dari Buku Masakan Yummy Sauces Made Easy .. Memang berbaloi memilikinya.. Sesiapa yang belum memilikinya, bolehlah dapatkannya di kedai buku berhampiran ya…

Dengan resipi Spicy garlic & tomato sauce ini kita boleh pelbagaikannya kepada banyak resipi.. Sos ini sesuai untuk memerap ayam ( goreng atau panggang ) dan untuk sos menu ayam atau ikan dan juga spaghetti.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, October 14, 2014

~ Resipi Bingka Roti Kukus Pandan...

Sheery Dream Cakes | 8:52 PM | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini bersiaran dengan Bingka Roti Kukus Pandan yang sangat sedap di tekak kami sekeluarga... Resipi yang sangat mudah dan sedap ini memang sesuai dinikmati pada waktu sarapan atau pun minum petang.. Sedap dinikmati ketika ianya telah sejuk ( pada suhu bilik ) atau pun setelah ianya disejukkan di dalam peti sejuk.. Sedap dimakan sejuk-sejuk tau... 

Terima kasih buat Akak Ummi @ Home Sweet Home kerana mengetengahkan resipi yang sedap dan mudah untuk disediakan ini ya akak... Terima kasih juga buat tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi ini dan izinkan Diana kongsikannya di sini pula...


:: Resipi Asal Oleh ~  Notabilia  ( TQ ) 
:: Sumber  ~  Akak Ummi @ Home Sweet Home  ( TQ )

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Bahan-bahan
  • 8 - 10 keping roti putih ( akak guna 9 keping roti Gardenia _ tak perlu disiat kecil )
  • 200 ml santan _ ( akak guna santan kotak Kara je )
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula _ ( akak letak 3/4 cawan je gula kastor )
  • 4 biji telur _ ( akak buang tali pusatnya )
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan _ disimpul

Cara-Cara
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega ). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit ( akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka ).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. ( Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe )


Yang Diana buat seperti di bawah ini ya...

Bahan-bahan
  • 9 keping roti Gardenia ( dipotong kecil )
  • 200 ml santan _ ( Diana guna santan kotak Ayam brand )
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 4 biji telur 
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • Sedikit perwarna hijau
  • 2 helai daun pandan _ digunting kecil
  • Sedikit biji bijan panggang

Cara-Cara
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Sudukan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam acuan kecil dan sudukan juga sedikit adunan ke dalam loyang.
  4. Taburkan biji bijan panggang dan letakkan daun pandan yang telah digunting di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 minit atau hingga ianya masak ( balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka ).
  6. Keluarkan bingka dari kukusan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 5 minit.
  7. Keluarkan dari oven dan sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, October 11, 2014

~ Kek Coklat Moist...

Sheery Dream Cakes | 5:30 PM | | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 


Super Moist Dark Chocolate Cake ini bukan Diana yang buatnya ya... Anak perempuan Diana yang buat ni... Diana? Tolong tengok-tengok dan beri tunjuk ajar sedikit sahaja.. Hehehe... Jom cuci mata dengan beberapa gambar kek ini lagi...






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, October 9, 2014

~ Ridiculous Chocolate Cake...

Sheery Dream Cakes | 10:07 PM | | | 3 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kek coklat! Oh! Kek coklat….. Sekali lagi bersiaran dengan entri Kek Coklat…. Salted caramel sebagai peneman setianya… Tidak lengkap tanpa Chocolate ganache di sampingnya….  
Ridiculous Chocolate Cake, resipi dari " Cake Book by Cupcake Jemma ".. Sebenarnya kek ini hanya perlu dilapis seperti biasa.. Tetapi Diana jadikan ianya seperti kek di dalam gambar di bawah.. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>