Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Roti Sarang Lebah atau Bee Hives Bun resipi Lydia Honey yang bertekstur lembut dan sungguh sedap ini sememangnya amat popular di kalangan penggemar roti.. Keenakannya berganda bila digandingkan bersama butterscotch sauce..
Entah sudah berapa kali dah Diana buat roti sarang lebah ni.. Sentiasa ada permintaan lagi.. lagi dan lagi… Diana sendiri pun tidak jemu-jemu menikmati roti ni..
Terima kasih buat Lydia Honey di atas resipi yang sedap ini dan terima kasih juga buat Izah kerana sudi memanjangkan resipi ini. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya.
Jom semak resipinya...
:: Resipi Oleh ~ Lydia Honey ( TQ )
DOH
- 2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti _ ( Diana bubuh 1 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung roti )
- 1/2 Sudu teh dry yeast
- 1/4 Sudu teh garam
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar gula pasir
- 1/4 cawan plain yogurt _ suhu bilik
- 1/4 cawan minyak sun flower
- 1/2 cawan air suam +-
- **Almond flakes, pumpkin seeds dan butterscotch jika suka
Cara-Cara
- Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
- Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
- Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat pada tangan.
- Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dulu-dulu ( zaman tak ada washing machine basuh kain kat sungai ), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
- Uli sehingga elastic. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
- Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2 kali ganda di tempat sikit panas atau tertutup seperti dalam oven atau microwave yang TAK di ON.
- Bila doh dah naik, tumbuk-tumbukkan supaya keluar anginya.
- Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
- Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
- Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2 kali ganda sekali lagi.
- Sementara menunggu doh naik, panaskan oven anda.. Setting 180-200C api atas bawah ( bergantung kepada suhu oven anda ).
- Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah dan 5 minit terakhir guna api atas bawah.
- Masa membakar dalam 10-15 minit.
- Keluarkan dari oven dan cepat-cepat tuangkan butterscotch di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
:: NOTE:-
- Doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan anda dengan minyak semasa hendak bahagi doh kecil-kecil.
- No need perfect bulat sangat just lebih kurang sebab nanti ia akan bulat sendiri bila naik.
- Make sure oven benar-benar panas supaya ia lembut bak cotton.
- JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti roti akan keras.
- Kalau tidak habis makan, simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas-kemas.
BUTTERSCOTCH SAUCE
- 1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
- 1/2 cup whipping cream ( kalau tak ada boleh tukar kepada susu cair )
- A pinch of salt
- 1/2 tsp vanilla essence
- 25g butter
Cara-Cara
- Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair @ larut sepenuhnya dan berbuih.
- Tuangkan whipping cream perlahan-lahan sambil mengacaunya.
- Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas.
- Sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
:: NOTE:-
- Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
- Awas semasa hendak menuang cream tu sebab gula ni panas sangat. Berhati-hati, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>