Thursday, February 2, 2017

~ Resipi Ayam Ala Teriyaki...

Sheery Dream Cakes | 2:58 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kita di entri pertama di bulan Februari pada tahun ini.. Masak menu ni pada bulan lepas sebenarnya.. Baru ada kesempatan untuk kongsikannya di sini hari ini.. Menu ayam kali ini hanya ala-ala ayam teriyaki sahaja.. Apa-apa pun jom semak resipi Ayam Goreng Tepung terlebih dahulu...


AYAM GORENG TEPUNG 

Bahan-Bahan A
  • 1 ekor ayam ( bersaiz kecil ) _ dipotong kecil, buangkan kulitnya dan bersihkan
  • 1/2 tsp McCORMICK chilli flakes
  • 1/2 tsp McCORMICK chicken seasoning
  • 1 tsp McCORMICK chinese five spice
  • 1/4 tsp McCORMICK ginger ground 
  • 1 biji telur
  • 1 tsp biji bijan panggang ( optional )
  • Garam
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan B ( dicampurkan dan gaul rata )
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung jagung

Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan A ke dalam mangkuk yang besar dan gaul rata.
  2. Perap selama 10 minit.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan B ke dalam perapan ayam tadi dan gaul rata. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng ayam tadi hingga masak kekuningan. 
  5. Angkat dan hidang.

:: NOTE ~

Ayam goreng tepung ini boleh dimasak ayam sos plum, sweet and sour chicken, ayam mentega, ayam teriyaki dan pelbagai lagi mengikut citarasa masing-masing.


AYAM ALA TERIYAKI

Bahan-Bahan
  • 12 ketul ayam goreng tepung ( rujuk resipinya di atas )
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang 
  • Garam jika perlu

Bahan-Bahan Sos
  • 4 tbsp sos cili
  • 1 tsp ABC sweet sauce
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • Gula perang secukup rasa
  • Sedikit air


Cara-Cara
  1. Masukkan bahan-bahan sos ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan.
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih cincang hingga wangi.
  3. Masukkan bahan-bahan sos tadi dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika. Sesuaikan rasa ( tambahkan garam jika perlu ).
  4. Masukkan ayam goreng tepung. Gaul mesra.
  5. Tutupkan api dan hidang bersama nasi putih panas.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, January 22, 2017

~ Resipi Roti Sarang Lebah...

Sheery Dream Cakes | 2:00 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Roti Sarang Lebah atau Bee Hives Bun resipi Lydia Honey yang bertekstur lembut dan sungguh sedap ini sememangnya amat popular di kalangan penggemar roti.. Keenakannya berganda bila digandingkan bersama butterscotch sauce.. 

Entah sudah berapa kali dah Diana buat roti sarang lebah ni.. Sentiasa ada permintaan lagi.. lagi dan lagi… Diana sendiri pun tidak jemu-jemu menikmati roti ni.. 

Terima kasih buat Lydia Honey di atas resipi yang sedap ini dan terima kasih juga buat Izah kerana sudi memanjangkan resipi ini. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya. 

Jom semak resipinya...


:: Resipi Oleh ~ Lydia Honey  ( TQ )
:: Sumber ~ Izah Muffin Lover  ( TQ )


ROTI SARANG LEBAH

DOH

  • 2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti _ ( Diana bubuh 1 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung roti )
  • 1/2 Sudu teh dry yeast
  • 1/4 Sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/4 cawan plain yogurt _ suhu bilik 
  • 1/4 cawan minyak sun flower
  • 1/2 cawan air suam +-
  • **Almond flakes, pumpkin seeds dan butterscotch jika suka


Cara-Cara
  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat pada tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dulu-dulu ( zaman tak ada washing machine basuh kain kat sungai ), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
  5. Uli sehingga elastic. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2 kali ganda di tempat sikit panas atau tertutup seperti dalam oven atau microwave yang TAK di ON.
  7. Bila doh dah naik, tumbuk-tumbukkan supaya keluar anginya.
  8. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  9. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  10. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2 kali ganda sekali lagi. 
  11. Sementara menunggu doh naik, panaskan oven anda.. Setting 180-200C api atas bawah ( bergantung kepada suhu oven anda ).
  12. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah dan 5 minit terakhir guna api atas bawah.
  13. Masa membakar dalam 10-15 minit.
  14. Keluarkan dari oven dan cepat-cepat tuangkan butterscotch di atasnya.
  15. Sedia untuk dihidangkan.



:: NOTE:-
  1. Doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan anda dengan minyak semasa hendak bahagi doh kecil-kecil.
  2. No need perfect bulat sangat just lebih kurang sebab nanti ia akan bulat sendiri bila naik.
  3. Make sure oven benar-benar panas supaya ia lembut bak cotton.
  4. JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti roti akan keras.
  5. Kalau tidak habis makan, simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas-kemas.



BUTTERSCOTCH SAUCE

  • 1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
  • 1/2 cup whipping cream ( kalau tak ada boleh tukar kepada susu cair )
  • A pinch of salt
  • 1/2 tsp vanilla essence
  • 25g butter

Cara-Cara
  1. Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair @ larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream perlahan-lahan sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas.
  4. Sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

:: NOTE:-

  1. Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
  2. Awas semasa hendak menuang cream tu sebab gula ni panas sangat. Berhati-hati, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, January 14, 2017

~ Resipi Mee Goreng Daun Kari...

Sheery Dream Cakes | 1:16 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah hari ini dapat bersiaran dengan resipi Mee Goreng Daun Kari.. Mee goreng merupakan menu kegemaran ramai orang.. Pelbagai versi resipi yang ada untuk menyediakannya.. Apa kata kita semak cara Diana pula menyediakan mee goreng daun kari ini..




MEE GORENG DAUN KARI

Bahan-Bahan
  • 300 gm mee kuning 
  • 100 gm daging ayam kisar
  • 8 ekor udang _ dibuang kepala, kulit dan bersihkan
  • 1 keping tauhu goreng _dipotong kecil
  • 1/2 keping fish cake _ potong kecil
  • 3 tangkai daun kari
  • Sedikit sawi _ dipotong kecil
  • Sedikit taugeh
  • 1 tangkai cili merah _ belah dua, buang bijinya dan hiris 
  • 3 sudu makan cili boh

Bahan-Bahan Hiris
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawng putih
  • 1 biji bawang merah

Bahan-Bahan Kisar
  • Segenggam udang kering _ rendam di dalam air panas dan bersihkan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah

Bahan-Bahan A
  • 1 1/2 sudu makan kicap Char Koay Teow BangBang
  • 3 sudu makan sos cili 
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan hiris dan daun kari sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkn cili boh dan bahan-bahan kisar. Tumis hingga garing.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan A dan gaul sebati.
  4. Masukkan daging ayam kisar dan masak seketika.
  5. Tambahkan udang, tauhu goreng dan fish cake. Gaul rata dan masak sekejap..
  6. Masukkan mee dan gaul rata.
  7. Masukkan sawi dan taugeh. Gaul rata.
  8. Akhir sekali masukkan cili merah hiris, daun bawang dan daun kucai. Gaul.
  9. Hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, December 25, 2016

~ Keria Gula Melaka...

Sheery Dream Cakes | 3:25 PM | | | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Lamanya tidak bersiaran di sini.. Diana harap anda semua sihat sejahtera hendaknya selalu… Hari ni Diana ingin belanja anda semua dengan gambar keria gula melaka. Resipinya? Hehehhe.. Tiada resipi untuk dikongsi bersama sebenarnya.. Diana beli kuih ni dari Facebook :: Kenanga Putih .. Kuih ni sememangnya sedap.. Bila dah makan sebiji tu pasti hendak makan sebiji lagi dan lagii… Sedap sesangat!!!

Sesiapa yang ingin merasa kuih keria gula melaka ni boleh lah hubungi Kenanga Putih ya.. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>