Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini bersiaran bersama Kuih Serimuka Pandan. Kuih Serimuka Pandan merupakan kuih tradisional yang popular di Malaysia sejak zaman berzaman. Pada zaman dahulu, kuih ini hanya menggunakan daun pandan sebagai pewarna dan perisa. Rasa dan aroma asli pandan membuatkan kuih serimuka pandan ini begitu sedap, unik dan istimewa sekali.
Jika dulu hanya menggunakan daun pandan sebagai pewarna namun selari dengan peredaran zaman, sedikit pewarna telah digunakan di dalam resipi ini tanpa menganggu keaslian resipi kuih serimuka pandan ini. Sedikit pewarna hijau ditambah pada adunan lapisan atas kuih ini untuk memberi warna yang lebih menarik lagi.
Resipi Kuih Serimuka Pandan dari Chef Hanieliza ini sememangnya sedap. Memang berbaloi mencubanya. Alhamdulillah.. Terima kasih Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resipi kuih ini dengan kami di facebook. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya akak.. Terima kasih..
:: Resipi Oleh ~ Chef Hanieliza ( TQ )
KUIH SERIMUKA PANDAN
- 2 cawan beras pulut
- 2 1/2 cawan santan cair
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Membuat
- Basuh pulut dan rendamkan 1 jam dan tuskan.
- Masukkan semua bahan ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
- Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi 8×8 inci.
- Tekan pulut supaya mmpat dan cantik.
- Kukus semula dan tuang adunan bahagian atas.
Bahan Lapisan Atas
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan jus pandan
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar tepung jagung/kastard
- 3 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Membuat
- Masuk semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
- Tuang perlahan atas pulut dalam loyang.
- Kukus selama 30 minit.
- Sejukkan beberapa jam dan potong dengan pisau plastik. Hidangkan.