Friday, March 3, 2017

~ Resipi Kuih Bakar Daging...

Sheery Dream Cakes | 4:55 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Baiklah.. Ini merupakan entri terakhir untuk minggu ini. Entri tertangguh juga sebenarnya ni. Waktu Diana mengambil gambar ni, cuaca memang tidak elok. Hujan ribut di sini. Memang sukar untuk dapatkan pencahayaan dari sinar matahari ketika tu. 

Tapi yang seronoknya masa tu, dapat makan kuih bakar daging ni semasa hujan. Hehhehe... Resipi Kuih Bakar Daging dari blog akak Fauziah @ Kak Jee sememangnya sangat sedap. Sedap sesangat. Sudah lama Diana teringin hendak membuatnya. Malangnya Diana tidak dapat mencari acuan kuih bakar ni. Bukan tidak boleh menggunakan acuan lain, tetapi Diana teringin juga membuatnya di dalam acuan ni. Cari sampai ke Kota Kinabalu pun Diana tidak jumpa-jumpa. Akhirnya minggu lepas dapat belinya di Labuan juga. Alhamdulillah.

Terima kasih buat Kak Jee di atas resipi yang sedap ni. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya akak. Terima kasih.

:: Resipi Oleh ~ Akak Fauziah Samad @ Kak Jee

KUIH BAKAR DAGING

Bahan-Bahan Inti
  • 250 gms daging ( 1/4 kg ) _ dicincang halus
  • 1 1/2 sudu besar rempah daging ( kjee guna baba's )
  • 1 labu bawang besar _ dicincang
  • Sedikit daun sup _ ( Diana tambah )
  • Garam/aji secukup rasa

Bahan-Bahan A

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
  • 3 cawan air
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Daun bawang
  • Minyak sapi/margerin

Cara-Cara
  1. :: Untuk inti ~ Panaskan kuali dan bubuh 1 sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan rempah dan goreng sampai wangi. 
  3. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga kering. 
  4. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
  5. :: Untuk adunan tepung ~ Pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair ( susu dan air ).  Kacau sampai rata. 
  6. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  
  7. Bubuh sedikit pewarna kuning dan sedikit garam ( Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa). 
  8. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. 
  9. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, bubuh 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan. 
  10. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan. Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan-lahan. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. 
  11. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C api atas dan bakar guna api atas sahaja ( jika ada ) selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven.
  12. Dengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas. 
  13. Buat begini sehingga bancuhan tepung habis.
  14. Hidang bersama sos cili.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Mee Kari Simple...

Sheery Dream Cakes | 9:48 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kembali bersama resipi Mee Kari pula ya. Mee kari ni simple saja. Selera tekak orang yang kurang sihat. Teringin hendak makan mee kari. Masak la yang ringkas-ringkas sahaja kan. Alhamdulillah..

Jom semak resipinya.


MEE KARI

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 3 tbsp udang kering _ direndam dalam air panas, toskan dan bersihkan
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai

Bahan-Bahan A ( disatukan menjadi pes )
  • 4 tbsp rempah kari Baba's
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • 1 tbsp serbuk kunyit
  • Sedikit air

Bahan-Bahan B
  • Thai rice stick secukup kegunaan _ dimasak seperti arahan pada bungkusan
  • 200 gm daging ayam kisar Ayamas
  • 9 ekor udang bersaiz besar _ buangkan kulitnya, bersihkan dan celur
  • 1 kotak santan ( 200 ml )
  • 2 cawan air ( boleh dilebihkan mengikut kepekatan yang diingini )
  • 1 tsp sos ikan
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • Garam
  • Gula
  • Daun ketumbar _ dihiris
  • Cili merah _ dihiris
  • Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing.
  2. Masukkan bahan pes dan masak sehingga kari benar-benar masak dan garing.
  3. Kemudian masukkan daging ayam kisar dan setelah ayam masak bolehlah dimasukkan air dan santan. Gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  4. Akhir sekali, masukkan sos ikan, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan rasa.
  5. Tutupkan api dan hidang bersama thai rice stick yang telah di masak, udang yang telah dicelur, hirisan daun ketumbar, hirisan cili merah dan jus limau nipis.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Mee Goreng Mamak...

Sheery Dream Cakes | 8:10 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ini lah resipi mee goreng mamak kegemaran Diana. Resipi dari Chef Hanieliza. Setiap kali ada permintaan mee goreng mamak, pasti Diana akan guna resipi ni.. Terima kasih buat Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resipi ni. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya akak.. Terima kasih..Jom tengok resipinya..


:: Resipi Oleh ~ Chef Hanieliza @ Hanieliza's Cooking  ( TQ )

MEE GORENG MAMAK

Bahan-Bahan
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging _ hiris nipis
  • 100 gm fish cake _ hiris nipis
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi _ potong kecil 
  • 3 sudu cili mesin _ *nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar _ cincang halus 
  • 1 cawan putih telur
  • 3 biji cili hijau _ hiris nipis 

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
  4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  5. Masukkan taugeh dan sawi.
  6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  8. Masakkan mee agak kering.
  9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Kari Ikan...

Sheery Dream Cakes | 8:06 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kari ikan ini salah satu menu makan malam kami minggu yang lalu. Masih lagi menggunakan resipi dari akak Shiela yang mana dulu Diana mencubanya dengan memasak ikan pari. Kali ini Diana guna sekali lagi resipi ni dengan ikan lain pula.

Jom semak sekali lagi resipi kari ikan yang sedap ni. Terima kasih sekali lagi buat akak Sheila di atas resipi yang sedap ini. Terima kasih.



:: Resipi Oleh ~Akak Shiela @ Spices Journey  ( TQ )

KARI IKAN 

Bahan-Bahan
  • 1kg ikan _ apa-apa jenis ikan yang disukai
  • 50 gm rempah kari ikan Baba's
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 1 biji bawang besar _ dihiris halus
  • 5-6 ulas bawang merah _ dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih _ dihiris halus
  • 1 inci halia _ dimayang halus 
  • 3 batang lada hijau _ dipatah-patahkan
  • 100 ml santan
  • 1 sudu besar halba campur
  • 1 sudu besar beras sangai _ ditumbuk halus
  • Sedikit daun kari
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Segenggam asam jawa
  • Air secukupnya

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sesuai dan tumis halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar dan bawang putih.
  2. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan.
  3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan cili mesin menjadi pes.
  4. Masak sehingga rempah betul-betul garing dan naik bau di atas api kecil ( masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah tu dengan baik ).
  5. Masukkan air asam jawa secukup rasa. 
  6. Masukkan santan dan air secukupnya. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan ikan dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan cili hijau dan setelah ikan masak, bolehlah taburkan beras sangai dan kacau rata.
  8. Kecilkan api dan masak seketika.
  9. Akhir sekali bolehlah masukkan kacang bendi dan buah tomato.
  10. Tutupkan api dan hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>