Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Minggu ni ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan. Tadi pun ada jemputan dan esok sekali lagi jemputan ke majlis perkahwinan. Selamat Pengantin Baru buat yang melangsungkan perkahwinan pada hari ni dan esok ya.
Baiklah.. Kelmarin pagi Diana hanya masak nasi goreng untuk sarapan di rumah ni. Nasi goreng yang simple sahaja. Diana cukup yakin, ramai yang suka makan nasi goreng kan. Pelbagai resipi Nasi Goreng yang ada sekarang ni. Nasi goreng pattaya, nasi goreng kampung, nasi goreng cina dan banyak lagi menu-menu baru nasi goreng yang ada. Kali ni resipi nasi goreng apa pula yang Diana ingin kongsikan? Jika nak tau, jom semak resipinya di bawah..
NASI GORENG
Bahan-Bahan A
- 10 ekor udang bersaiz sederhana _ dibuangkan kulit dan kepalanya, bersihkan
- 4 batang sosej _ dikelar
- 3 keping lof daging ayam
- Sos tiram
- Gula
- Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
- Campurkan sosej dan lof daging ayam dengan sos tiram dan gula. Gaul rata dan ketepikan.
- Buat begitu juga untuk udang. Perap selama 5 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Goreng pula sosej dan lof daging ayam hingga masak. Angkat dan hiris kecil-kecil. Ketepikan.
Bahan-Bahan B
- 5 cawan nasi sejuk
- 2 ulas bawang merah _ dicincang
- 3 ulas bawang putih _ dicincang
- 1 bungkus Perencah nasi Goreng Adabi
- Segenggam udang kering _ direndam di dalam air panas hingga lembut, bersihkan dan tumbuk kasar
- Daun bawang _ dihiris
- Garam secukup rasa
- Sedikit gula ( optional )
- Minyak untuk menumis
Bahan-Bahan Sampingan
- Telur mata
- Hirisan timun
- Hirisan buah tomato
Cara-Cara
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan udang kering dan tumis hingga garing.
- Kemudian masukkan perencah nasi goreng Adabi, sedikit gula dan garam secukup rasa. Tumis sehingga terbit minyak.
- Lepas itu bolehlah dimasukkan nasi yang telah diperoikan dan gaul rata. Goreng seketika.
- Akhir sekali masukkan udang goreng, lof daging ayam goreng dan hirisan daun bawang. Gaul dan tutupkan api.
- Angkat dan hidang bersama sosej goreng dan bahan-bahan sampingan.