Monday, January 10, 2011

~ Resipi Telur Lobak Asin...

Sheery Dream Cakes | 9:20 PM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi kegemaran kami sekeluarga.. Resipi ini Diana belajar dari Mother In Law.. Ianya merupakan salah satu makanan kegemaran hubby sejak kecil lagi.. Jadi.. Diana sebagai isterinya kena ler pandai memasak Telur Lobak Asin ini kan... Hehehee... Jadi.. jom tengok resipi yang mudah ini..




TELUR LOBAK ASIN

Bahan-Bahan
  • Telur secukup kegunaan _ dipukul ringan
  • Lobah asin secukup kegunaan _dipotong / cincang kecil-kecil atau boleh beli yang sedia dicincang
  • Sedikit gula
  • Bawang merah _ dicincang halus
  • Bawang putih _ dicincang halus
  • Sedikit cili boh / serbuk cili ( pilihan ) _ kalau tidak mahu campur pun boleh

Cara-Cara
  1. Tuiskan bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun atau minyak masak yang lain.
  2. Masukkan lobak asin dan masak seketika.
  3. Tambahkan gula dan gaul.
  4. Curahkan telur di atas lobak asin tadi.
  5. Biarkan telur masak kekuningan dan terbalikan telur tersebut.
  6. Setelah telur masak bolehlah ditutupkan api.
  7. Angkat dan potong mengikut citarasa masing-masing sebelum dihidang bersama sos cili.

** Boleh juga dicampurkan dengan daging ayam cincang atau apa-apa kegemaran masing-masing. Kalau tidak suka digoreng.. Boleh juga DIKUKUS cuma tidak perlu di campurkan dengan minyak zaitun.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Telur Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 8:17 PM | 1 Comment so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang

Terlebih dahulu Diana ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua kerana masih sudi berkunjung ke blog ini..  Hari ini Diana nak kongsikan resipi Telur Udang Kering. Menu yang amat simple namun ianya menu paling digemari oleh kami sekeluarga.. Utamanya anak-anak Diana.. Mereka tak pernah jemu dengan menu ni.. Tapi itu selera kami sekeluarga la ya.. Lain orang lain pula seleranya kan.. 




TELUR UDANG KERING


Bahan-Bahan
  • Beberapa biji telur _ ( terpulang nak berapa biji )
  • Udang kering secukupnya ( bubuh lebih banyak lebih sedap ) _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar 
  • Bawang merah _ dicincang
  • Bawang putih _ dicincang
  • Bawang besar _ dibelah dua dan dihiris nipis
  • Cili boh / serbuk cili _ ( Diana guna serbuk cili )
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika perlu
  • Perencah pati ayam jika suka

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan udang kering sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Campurkan serbuk cili, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tumis hingga pecah minyak. 
  3. Pecahkan sebiji telur di tepi bahan-bahan tadi dan biarkan seketika tanpa digaul.
  4. Setelah kelihatan telur separuh masak, barulah digaul rata dengan bahan-bahan yang telah ditumis tadi. Buat begini sehingga telur habis.
  5. Angkat dan sesuai dimakan begitu sahaja, bersama nasi putih panas, nasi lemak atau roti.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Ayam Goreng Serai...

Sheery Dream Cakes | 1:01 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ayam goreng serai merupakan menu kegemaran kami sekeluarga… Menu yang ringkas.. Mudah disediakan dan sedap dimakan bersama nasi panas.. Jom tengok resipi campak-campak ni..



AYAM GORENG SERAI


Bahan-Bahan
  • Ayam_dibersihkan dan potong kepada ketulan kecil
  • Serai_dihiris kasar secara menyerong
  • Halia _ dihiris kasar
  • Bawang merah_dihiris 
  • Bawang putih_dihiris 
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • Gula
  • Daun sup _ dicincang
  • Cili merah/ cili padi _ dicincang
  • Maggi Seasoning 

Cara-Cara
  1. Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit selama 15 minit.
  2. Goreng ayam hingga masak kekuningan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili merah / cili padi bersama minyak zaitun hingga naik baunya.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, serbuk pati ayam, Maggi Seasoning dan sedikit gula. Masak seketika. Sesuaikan rasa.
  5. Masukkan daun sup dan gaul rata. 
  6. Hidang. Sedap dinikmati ketika ianya masih panas bersama nasi putih.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>