Tuesday, May 24, 2011

~ Resipi Sotong Rebus Kunyit & Sambal Belacan...

Sheery Dream Cakes | 9:18 PM | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bertemu kembali... Dah makan malam? Alhamdulillah.. Kami dah makan dah tadi.. Kepada sesiapa yang belum makan malam tu.. Jangan la terlalu lewat makan ya.. :). Menu malam ni masak yang simple saja...  Menu kami malam ni ada.. Telur Udang Kering, Sayur Kacang Buncis, Telur Masin dan Sotong Rebus Kunyit Cicah Sambal Belacan.. Simple jer kan... 


Sotong rebus dimakan dengan sambal belacan… Sedaaapnya tu… Menu yang ringkas macam ini lah membuatkan Diana bertambah nasi… Sotong Rebus Kunyit ni sesuai sangat dimakan bersama sambal belacan.. Tetapi kalau nak makan tanpa sambal belacan boleh juga.. Cuma kalau nak sedap lagi kena la makan bersama sambal belacan … Apa-apa pun ianya terpulang pada selera masing-masing kan.


Cara Diana buat sambal belacan mudah jer... Tumbuk gula sehingga halus.. Lepas tu masukkan cili padi dan cili merah.. Tumbuk lagi sehingga hancur.. Masukkan bawang merah dan tumbuk.. Masukkan belacan dan tumbuk sehingga sebati semua bahan.. Setelah itu.. perahkan air limau kasturi dan gaul sebati.. Siap! ^_^



SOTONG REBUS KUNYIT & SAMBAL BELACAN


Bahan-Bahan
  • 7 - 8 ekor sotong sederhana besar _ dibersihkan dan dipotong bulat tapi jangan putus
  • 4 batang serai _ dititik ( boleh bubuh lebih sikit )
  • 4 - 5 keping asam keping
  • Kunyit sebesar ibu jari _ ditumbuk
  • 8 ulas bawang merah _ ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris
  • 10 - 15 biji cili padi ( boleh ditambah atau dikurangkan )
  • 1 tbsp perencah pati ikan bilis Tumis _ ( optional )
  • Air secukup kegunaan ( melebihi paras sotong )
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk yang dalam kecuali garam, gula dan perencah pati ikan bilis.
  2. Setelah ianya mendidih boleh lah dimasukkan perencah pati ikan bilis, gula dan garam secukup rasa.
  3. Sesuaikan rasa dan setelah sotong masak boleh lah ditutupkan api ( tak perlu dimasak lama ya ).
  4. Angkat dan hidang.
  5. Makan bersama sambal belacan.




~ SAMBAL BELACAN…


Bahan-Bahan
  • Gula
  • Cili padi
  • Cili merah _ dihiris kasar
  • Bawang merah _ dihiris
  • Limau kasturi 

Cara-Cara
  1. Tumbuk gula hingga halus.
  2. Kemudian masukkan cili padi dan cili merah. Tumbuk hingga lumat.
  3. Masukkan belacan dan tumbuk hingga semua bahan sebati.
  4. Masukkan hirisan bawang merah dan tumbuk lagi.
  5. Masukkan air perahan limau kasturi dan gaul sebati.
  6. Sedia untuk dinikmati bersama makanan kegemaran anda.

::  Makan bersama sambal belacan.. ;)  ::


10 comments:

Citarasa Rinduan said... Reply

selamat malam diana.. kalau tak singgah sini tak sahlah..

aduh!! simple kamu kata, menu kat atas tu?? dgn sotong yang kamu siang molek rupanya... dgn sambal belacan lagi...

aduh!!!
kak ayu dah lapo pulak, last makan 6 petang. hahahha.. hilang diet aku.

Nieza said... Reply

uishhh bukan main sedap menu akak ni...sungguh menyelerakan maunya bertambah nasi ngan sambal belacan tu...saya kat sini ptng lagi..lum dinner lagi tapi dah lapar tgk menu akak ni...hehe

hani said... Reply

salam kak.
simple pon dah cukup menggoda...lazat sungguh kelihatanya...ngeeee

Antan Bertingkah said... Reply

Kalau dah macam ni simple... yang beria2 tak tau lah cammana lagi...sedap....

Zaliedana said... Reply

Assalam kak,uii simple penya kak,dah mewah lah tu..Semua nmpk sedap kak..Nak2 sotong n sambal belacan tuh..Pstt sy kekadang kalo mls,msk lunch sekali dinner sekali kak..

cik cek said... Reply

Diana...simple ke ni...kak cek tgk macam2 ada...sempat lagi masak2 sambil dok sibuk jaga Irfan...
Sotong tu lawo je dipotong2 cam gitu....menarik....:)

Mas said... Reply

kak diana.....sedappnya tengok lauk tu....
terliur tau...sambal belacan tu yg paling power...

kzai said... Reply

salam diana..wah sedap menu terhidang tu...mcm2 lauk ada...nk tumpang mkn kt sini lah..hehehe

Ayu said... Reply

Assalam diana,
waduh kecurnya kak tengok sotong diana ni..ada rasa macam singgang tak diana..waduh memang ngam betul dengan sambal belacan..ni..

Diana @ Melley Mey said... Reply

citarasa rinduan ~
selamat malam akak ayu.. hehhee.. terima kasih sudi singgah sini yer akak.. :)
a'aa akak.. simple jer nie.. rebus gitu jer.. nak cepat siap.. hehehehe.. diana pun banyak mkn smlm d sbbkan sambal belacan tu akak.. mmg hancur diet.. huhu

nieza ~
heehee...sambal belacan tu mmg membuka selera nieza.. kalau x kawal boleh tmbh nasi d buatnya :)

hani ~
wsalam hani..
hehhee... ^_^

antan bertingkah ~
heeheee.. yer beria2 tu.. ermmm lebih krg jer kot.. hiihiii

zaliedana ~
wsalam..
yg nie semua menu yg senang n mudah d sediakan... cepat jer siap masak.. hehhee..

cik cek ~
Alhamdulillah... sempat gak akak.. tu yg masak main rebus2 n goreng tumis jer tu akak.. hehehee.. ermm.. diana mmg suka ptg mr sotong tu mcm tu akak kalau untuk d rebus.. nnt dah masak ia akan nmpk sgt cantik... ;)

mas ~
kalau akak masak sotong rebus mesti ada sambal belacan.. hehhe.. mmg hancur diet seminggu d buatnya.. :D

kzai ~
wsalam akak..
boleh2... nnt jemput ler ke rumah diana yer akak.. hehehe

ayu ~
wsalam akak..
a'aa akak.. lebih kurang ler tu rasanya... mungkin nama jer berbeza kat sini... :)