Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Pertama sekali i nak minta maaf kerana lambat membalas komen anda yer.. Sebenarnya Diana sibuk sedikit dan d tambah lagi banyak jemputan kenduri dan majlis² perkahwinan pada minggu nie... Dengan cuaca yang agak panas nie.. kesibukan serta kepenatan yang d lalui membuatkan kepala nie sakit berdenyut².. Petang nie pun i ada jemputan majlis pertunangan.. Tetapi i wakilkan daughter jer sebab dah tak larat dah.. Malam nanti nak pergi kenduri lagi.. Esok pula majlis perkahwinan menanti.. Semua makanan menunggu.. Bertambah ler tembam kan kan kan.. Hehheee.. Dengan kepala yang berdenyut² tuu.. i kuatkan hati buat Blended Orange Cake.. Dah ramai dah yang buat yer... :). Hari tu tergoda kat dapur Kak Nur.. Wah mengancam gambar kek Kak Nur tu... Terus tergoda.. Tapi baru pagi tadi dapat buat.. Lambat pun tak per kan... yang penting dah buat dah... Hhehehee ^_^. Minta izin yer c&p resipinya kat sini.. Diana kongsi pula kat dapur Diana yer... Terima kasih.. ;)
:: Resipi asal ~ Kak Fida @ My Resipi
Bhn²
1 biji buah oren
1 cawan minyak
2 cawan gula halus ( tadi lupa ler tulis >> i bubuh 1 cawan jer macam akak CT buat)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder* ( *d ayak bersama )
Cara²
- Cuci buah oren.. potong dan buang biji serta urat putih d tengah²nya.. Potong lagi buah oren kecil² bersama kulitnya sekali ( i ambil kulit yang berwarna oren sahaja ). Masukkan ke dalam blender bersama minyak.. gula dan telur. Kisar sehingga halus.
- Tuangkan bahan yang d kisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil d kacau sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan gris.. Taburkan sedikit kulit oren parut ( yang nie i pepandai jer tambah yer .. hehehe ).
- Bakar pada suhu 170°C selama 40 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak.
































