Friday, March 23, 2012

~ Spicy Garlic Tofu & Crab Stick...

Sheery Dream Cakes | 10:19 AM | |
Assalamualaikum dan Salam penuh kerinduan... 

Apa khabar pagi ni? Doa dan harapan Diana moga semuanya dianugerahkan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan... Alhamdulillah bertemu kita kembali di pagi Jumaat yang mulia ni.. 

Ampun dan maaf Diana pinta sebab dah lama Diana tak berkesempatan untuk BW... InsyaAllah lepas ni boleh ler jejalan kat blog anda semua kan.. :). Pastinya dah banyak sangat entri dan resipi menarik yang Diana ketinggalan... Huhuuu... Pasti akan Diana selongkar perlahan².. Kalau nak selongkar laju² tu.. Rasanya memang di luar kemampuan Diana.. Tapi tak apa.. Akan diusahakan juga nanti.. InsyaAllah.. ;)


Sekembalinya dari berehat ni.. Diana nak kongsikan resipi Spicy Garlic Tofu & Crab Stick yang mudah ni... Jemput tengok resipinya.. ;


SPICY GARLIC TOFU & CRAB STICK

Bahan-Bahan
  • 4 bungkus kecil egg tofu _ dipotong bulat
  • 250 gm jejari ketam _ dipotong kecil
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan dicincang kasar
  • 1/2 inci halia _ dicincang
  • 1 ulas bawang merah _ dicincang
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji cili merah _ dibuang bijinya dan dicincang
  • 2 tbsp sos tomato Maggi
  • 4 tbsp sos cili Maggi
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Daun sup atau dau ketumbar _ dihiris
  • Cili padi _ ditumbuk ( kalau tak nak pedas jangan bubuh )
  • Sedikit gula 
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan goreng tofu hingga garing kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak didalam kuali / periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  3. Masukkan udang kering, cili padi dan serbuk cili. Tumis lagi hingga garing.
  4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, perencah pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan jejari ketam dan masak seketika.
  6. Akhir sekali masukkan tofu goreng dan cili merah cincang. Gaul perlahan.
  7. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  8. Taburkan hirisan dau sup atau daun ketumbar semasa menghidang.
  9. Hidang semasa ianya masih panas.


16 comments:

Liza said... Reply

salam D...wahhh mmg panjang betul rehat kali ni yer...rindu pulak kita...hihihihi
liza kalau tofu telur ni kan, masak ape jer mmg peberet tau....sedaaappp

Qasey Honey said... Reply

asslm Kak Diana...sedapnye tgk menu tu...kebetulan kat umah pon ade semua bahan2 tu...bleh la QH cuba nti...

Qh dah cuba dah Nasi Goreng Sos akak haritu...mmg sedap...tq kak kongsi resepi...

Unknown said... Reply

Assalamualaikum Diana Sayang :)

Betul3 Mengoda Ni...Sedapnya!!! Kak Lin lebih suka pedas2...boleh cuba ni sekali sekala ubah selera...

Farah Deeb said... Reply

bagus, bagus, bagus... kite mmg ske makan tofu ni tp x reti nak masak lain selain sup hehe...
My latest Entry :)
Ingat! Kalau buat kenduri, buat kat dewan!

Anonymous said... Reply

alahai kak diana, sedapnya

ucubakery said... Reply

nak terai lah buat...ucu pun sama mcm liza (intai dapur) suka tofu telur...

Mas Sani said... Reply

Assalamualaikum...slmt tengah hari...

Waaaaaa manyak sedap wooo...mas dtg bwk pinggan ni hihihi

ibh_sue said... Reply

Aslmkum kak Diana.
I like tofu lembut ni. Lapo tau tengok manu ni tetengahari...Jamu mata ja la jawabnya..(^_^)

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply

cantik tofu D, kita selalu fail nak dpt tofu cantik mcm tu..:-(

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayanggg...salam rindu dr akak...akak pun jarang2 bersiaran dah skrg...dah x boleh lelama di blog lagi...Sedap nampak lauk tu...sempoiii tp terasa2 pedas2 masam manis gitu kot...ni kalau dpt udang galah besar2 masak camni, mesti licin dpt kat anak2 akak..hehe, muaaahh take care ya Diana...lebiiuuu!

kakna said... Reply

kena cuba ni..

Unknown said... Reply

Salam rindu kak Diana, lama tak singgah dapur akak ni..sedapnya tgk tofu telur tu..saya suka:)

zila norazila said... Reply

salam kenal diana..resepi yg menarik..suka blog nie..semua ada.

Wani SK said... Reply

salam,, wah bestnya menarik menu ni... tofu memang favoritefamily .. dah lama tak makan tofu ...:))

Unknown said... Reply

mmm....yummylicious!heee~

ijayuji said... Reply

Kalau yg niii, suami kita mesti suke sbb dia suke tauhu bulat2 nii, asyik buatkan sup ajerrr hihih.... kalau encik crab tu ank lelaki kita suke tp pedas2 dia tak makan, kdg bg mkn mcm tu ajerrr panaskan kat microwave sekejap hihihi...