Untuk entri kali ni Diana nak kongsikan resipi yang simple saja... Resipi Mihun Goreng Ayam Dan Kerang ... Sebenarnya ni menu sarapan kami pagi tadi.. Baru sempat kongsikannya.. Mihun Goreng ni permintaan anak kecil Diana... Jadi tu ler sebabnya kenapa anda semua tidak nampak sayur kat mihun tu kan kan.. Cuma ada hirisan daun bawang sahaja.. Heehee...
Mihun goreng ni memang sesuai untuk bebudak yang tak nak sayuran dalam mihun goreng mereka.. Tak perlu ler kita asingkannya kan.. Kalau ikutkan selera budak-budak.. Kerang tu pun dia tak nak... Jadi terpaksa la diasingkan juga kerangnya tu semasa hidang untuk dia.. :D. Jadi.. Jika anda nak bubuh sayur atau bahan yang lain pun boleh.. Dan mihun goreng ni memang tak pedas pun.. Kalau nak pedas boleh bubuh cili padi banyak sikit ya.. Ok la.. Tak nak buang masa lagi.. Jom selongkar resipinya...
BIHUN GORENG AYAM DAN KERANG
Bahan-Bahan
- 400 gm / 1 bungkus mihun _ ( Diana guna Thailand Bihun Star Lion )
- 1 tin REX kerang panggang
- 4 ulas bawang putih _ dihiris
- 1 biji bawang besar _ dibelah dan hiris
- Gula secukup rasa
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
- Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bahan-Bahan A ( Kisar menggunakan Food Processor )
- 6 ulas bawang merah
- 1 1/2 genggam udang kering _ direndam dalam air panas dan toskan
- 1 biji cili merah _ buang bijinya
- 2 biji cili padi
Bahan-Bahan B ( Perap 10 minit )
- 200 gm dada ayam _ dihiris nipis
- 1/4 tsp garam
- 1/4 tsp minyak bijan
- 1/4 tsp kicap cair
- Serbuk lada hitam
Bahan-Bahan C
- 1 1/2 tbsp sos ikan
- 1 tsp perencah pati ayam Tumix
- 1 tsp kicap cair Loon Kee
- 2 tbsp sos cili Maggi
Bahan-Bahan D ( Telur Sos Cili )
- 5 biji telur
- 6 tbsp sos cili Maggi
Cara-Cara
- Rendam mihun hingga lembut ( Diana tidak rendam guna air panas ). Tos dan ketepikan.
- :: Sediakan dahulu telur sos cili ~ Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian pecahkan kesemua telur dan bubuh sos cili di atasnya. Biarkan sehingga telur kelihatan separuh masak barulah digaul rata. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis selama 1 minit.
- Tambahkan sedikit gula dan tumis lagi hingga garing.
- Masukkan ayam yang telah diperap dan masak hingga ayam empuk.
- Masukkan kerang panggang serta hirisan bawang besar dan gaul rata.
- Setelah itu masukkan bahan-bahan C dan gaul.
- Masukkan mihun dan sedikit air. Gaul dan goreng mihun hingga garing.
- Masukkan telur sos cili dan gaul rata.
- Sesuaikan rasa dan angkat.
- Taburkan hirisan daun bawang semasa menghidang.
4 comments:
assalam Diana
nampak sedap mihun goreng ni
anak2 akak pun kalu makan mesti buang sayur2 tu so kalu goreng kita takyah letaklah he he senang sikit kan
a'kum kak,
lama dh tak jejakkan komen kt sini. hehe.. sy...kempunan tgk seafood2 ni. dh lbh 10 bulan tak mkn, masih berpantang lg ni. geram je tgk udang galah, udang harimau kt pasar basah tawau ni. pas hbs pantang nk mkn puas2, kesian gak kt en. hubby lama tak makan seafood sbb isterinya tak leh makan ;p hehe..
Salam Diana... cayang wangi :))
Wahh untungnya jadi Irfan nak makan apa dapat yaa... :)) tak suka sayur dengan kerang ya? tak pe bak sini biar anti sha habiskan hehehhe...:))
Cantiknya gambar tu diana... walaupun hanya mee hoon tapi nampak macam kelesss giteww...:))
wah.. tgk gmbr je dh tau sedap.. hehehe
Post a Comment