Wednesday, January 8, 2014

~ Ayam Gulung Lada Hitam...

Sheery Dream Cakes | 2:00 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Hari ini satu lagi resipi ayam yang dikongsikan bersama anda semua... Tanpa membuang masa lagi.. Apa kata kita terus sahaja semak resipinya... 

AYAM GULUNG LADA HITAM


Bahan-Bahan 
  • 1 keping paha ayam _ Buangkan kulit dan tulangnya ( Jika hendak guna bahagian dada ayam pun boleh )
  • Lobak merah secukup kegunaan _ hiris dan potong memanjang 
  • Ubi kentang _ hiris dan potong memanjang
  • Kuning telur secukupnya _ dipukul ringan
  • Tepung jagung secukupnya

Bahan-Bahan Perap
  • 1/4 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp sos tiram Maggi
  • 1/2 tbsp tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • Serbuk lada hitam
  • Lada berperisa Aji Shio
  • Sedikit gula dan garam

Bahan-Bahan Sos
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 1 tbsp sos tiram
  • 2 tbsp sos lada hitam Life 
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 4 tbsp air atau secukupnya mengikut citarasa masing-masing
  • Garam dan gula jika perlu


Cara-Cara
  1. Potong isi ayam kepada beberapa kepingan kecil. 
  2. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap hingga rata. Kemudian ambil sekeping isi ayam dan susun diatasnya lobak merah dan ubi kentang. Gulung ayam dengan kemas. Ikat dengan tali ( ikat biasa-biasa sahaja sebab ianya hanya untuk mengekalkan bentuk ayam tersebut ). Buat sehingga habis dan perap ayam selama 30 minit.
  3. Bukakan pengikatnya dan celup ayam ke dalam kuning telur.
  4. Saluti ayam dengan tepung jagung dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga ayam masak kekuningan.
  5. Angkat ayam dan ketepikan.
  6. :: Untuk sosnya ~ Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
  7. Kemudian masukkan bahan-bahan sos yang selebihya. Biarkan ianya mendidih dan sesuaikan rasa.
  8. Tutupkan api dan masukkan ayam gulung tadi. Gaul sehingga ayam bersalut rata dengan sos.
  9. Taburkan lada hitam yang ditumbuk di atasnya ketika menghidang.







4 comments:

Gee® said... Reply

Lazatnyaaa... lapar kite...

Cheq Sue said... Reply

assalamualaikum akak... baru sempat nak komen..selalu baca aje. aritu tgk di sbk2...tak sangka akak dah come back... rindu sangat!

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Gee®
Kalu dkt bole juga diana jemput akak mkn sama2 kan akak... Nie jauh.. Huhuuu

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Cheq Sue
Wsalam cheq sue.. Akak pun sesgt rindu kat cheq sue tau... Rindu kat semua... Cuma masa belum mngizinkan akak kembali blogging masa tu... Thn nie baru bole mula kembali... Terima kasih cheq sue.. :)