Saturday, January 11, 2014

~ Entri SBK 2 :: Durian Mousse Cheesecake...

Sheery Dream Cakes | 10:15 AM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Durian Mousse Cheesecake ini merupakan entri dari blog Diana yang satu lagi, SBK 2.. Dah tutup dah.. Kek yang mudah untuk disediakn. Yang pastinya kek ini merupakan kek bermusim untuk disediakan. Jika bukan musim durian, memang tidak dapatlah merasanya kan.. Hehhee.. Terpaksalah menunggu musim buah durian tiba barulah kita dapat merasa kek ni.. Nak mencubanya? Boleh rujuk resipinya di bawah..

~ Entri asal dibuat pada : November 28, 2013... 

DURIAN MOUSSE CHEESECAKE


Bahan-Bahan
  • 2 keping kek span 
  • Kek span yang berjalur secukup kegunaan _ Resipinya sama seperti kek span yang biasa tu cuma adunan kek itu perlu dibahagi kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda. Masukkan ke dalam piping bag dan picitkan berselang seli di atas loyang pembakar. Bakar hingga kek masak 
  • Kek span yang dipotong dadu _ untuk hiasan
  • Sedikit gula aising 

Bahan-Bahan Untuk Durian Mousse
  • 600 gm isi durian _ dikisar menggunakan food processor ( boleh dikurangkan jika tidak suka terlalu kuat rasa duriannya )
  • 250 gm cream cheese
  • 180 gm  Non-dairy whipping cream 
  • 2 tsp gelatine powder
  • 2 tbsp air panas
  • 3 tbsp gula aising _ boleh dikurangkan mengikut citarasa masing-masing ( bergantung kepada manis isi durian juga )

Cara-Cara
  1. Campurkan gelatine powder bersama air panas atau double boil sehingga larut. Ketepikan.
  2. Pukul cream cheese sehingga lembut.
  3. Kemudian masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu. Masukkan gelatine dan gaul rata.
  4. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 
  5. Kemudian campurkan bersama isi durian dan kaup balik sehingga sebati. 
  6. Campurkan ke dalam adunan cream cheese dan gelatine tadi dan kaup balik sehingga rata.
  7. Sedia untuk digunakan.

Cara untuk melapis kek
  1. Potong kek span berjalur kepada 2 inci tinggi dan susunkan di tepi loyang.
  2. Kemudian ambil sekeping kek span dan letakkan ke dalam loyang. 
  3. Tuangkan adunan durian mousse ( pastikan tidak melebihi kek span berjalur ). 
  4. Lapis di atasnya dengan sekeping lagi kek span.
  5. Tuangkan lebihan adunan durian mousse di atas kek. Ratakan kek dan masukkan kek ke dalam peti ais semalaman.
  6. Keluarkan kek dari peti ais. Tanggalkan loyang dengan cermat.
  7. Hias kek dengan kek span yang dipotong dadu dan taburkan dengan sedikit gula aising di atasnya.


**  Note ~ Oleh kerana ahli keluarga Diana suka makan durian, maka itulah Diana bubuh 600 gm isi durian.. Jadi, bubuhlah isi durian itu mengikut citarasa masing-masing ya... Selamat mencuba.. ;)




Kek ini juga boleh dibuat seperti gambar di atas dan di bawah ini.. Tidak perlu sediakan kek span yang berjalur itu ya.. Hanya perlu sediakan kek span untuk dasarnya dan durian mousse sahaja.. Caranya ~ 
  1. Potong kek span mengikut saiz bekas yang hendak digunakan..
  2. Kemudian letakkan kek span di dalam bekas tersebut dan tuangkan durian mousse di atasnya.
  3. Simpan kek di dalam peti ais.
  4. Sedia untuk dinikmati.
::  Untuk yang ini pula Diana buat 2 lapisan kek dan durian mousse  ::


2 comments:

NinaAz said... Reply

sedapnyaaa.. huhu. bilalaaa mood rajin nak buat kek niii

Sheery Dream Cakes said... Reply

@NinaAz

InsyaAllah.. Nnt dtg mood rajin bole la buat kan NinaAz ;)