Saturday, February 25, 2017

~ Resipi Pizza Gebu...

Sheery Dream Cakes | 11:18 PM |
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah hari ini dapat bersiaran bersama entri Pizza gebu walaupun Diana kurang sihat. Resipi milik Che Mat Gebu ini memang ramai yang telah mencubanya. Resipi doh pizza ni mudah sahaja dan hasilnya memang gebu dan sedap. Terima kasih buat Che Mat kerana sudi berkongsi resipi ini. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya. Terima kasih.

Apa kata kita terus sahaja semak resipinya di bawah.



PIZZA GEBU

Bahan-Bahan Doh Pizza Gebu

  • 300 g tepung gandum
  • 6 g instat yeast
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver  ( optional )
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. 
  2. Tambah mentega dan terus menggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. 
  3. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. 
  4. KAEDAH LAIN ~ Masukkan semua bahan untuk doh kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU 
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. 
  2. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. 
  3. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan-tekan dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  4. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan pilihan anda untuk topping pizza di atasnya ( buat 2 bahagian ) dan diakhiri dengan keju mozzarella. 
  5. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. 
  6. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. 
  7. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.




0 comments: