Thursday, February 16, 2017

~ Resipi Makaroni Goreng Pedas...

Sheery Dream Cakes | 9:21 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Makaroni merupakan sejenis pasta kering dari hidangan barat. Budaya masakan di negara kita telah banyak dipengaruhi oleh budaya hidangan barat. Jelas kita boleh nampak di zaman ini banyak hidangan barat diadaptasi ke gaya makanan di sesuatu negara. Makaroni sebagai contoh, ada makaroni goreng pedas gaya masakan melayu, makaroni sup gaya masakan cina dan pelbagai lagi menu untuk menyesuaikan dengan selera masyarakat di sesuatu tempat.

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Makaroni Goreng Pedas mengikut selera kami sekeluarga. Jom semak resipinya.


MAKARONI GORENG PEDAS

Bahan-Bahan
  • 2 cawan makaroni - dimasak seperti arahan di dalam bungkusan
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 1 batang lobak merah _ dipotong dadu kecil
  • 6 cendawan butang _ dihiris
  • 2 1/2 tbsp cili boh
  • Cili padi _ dihiris

Bahan-Bahan A ( Dikisar halus )
  • Segenggam udang kering _ bersihkan, rendam dalam air panas dan toskan
  • 4 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 1 inci halia

Bahan-Bahan B
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1/2 tsp kicap cair Loon Kee
  • Sedikit perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • Sedikit gula

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar, cili boh dan cili padi dan tumis sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan B dan gaul rata.
  3. Masukkan lobak merah dan cendawan butang. Gaul dan masak seketika.
  4. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan gaul rata.
  5. Sesuaikan rasa dan hidang.



0 comments: