Thursday, February 23, 2017

~ Resipi Kari Ikan Pari...

Sheery Dream Cakes | 8:20 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Resipi kari ikan untuk kali ini memang unik. Ini lah buat pertama kalinya Diana memasak ikut resipi ni. Di dalam resipi ni ada menggunakan beras sangai yang ditumbuk halus. Membuatkan aroma kuah kari ini sungguh wangi dan rasanya sangat enak. Memang rugi jika tidak mencubanya. 

Jika hendak mengetahui lebih jelas lagi tentang petua turun temurun untuk memasak kari ikan, bolehlah singgah di blog akak Shiela ya. 

Terima kasih buat akak Shiela kerana sudi berkongsi dengan kami semua resipi yang sangat sedap ini. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya akak. Terima kasih.

:: Resipi Oleh ~Akak Shiela @ Spices Journey  ( TQ )

KARI IKAN 

Bahan-Bahan
  • 1kg ikan _ apa-apa jenis ikan yang disukai
  • 50 gm rempah kari ikan Baba's
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 1 biji bawang besar _ dihiris halus
  • 5-6 ulas bawang merah _ dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih _ dihiris halus
  • 1 inci halia _ dimayang halus 
  • 3 batang lada hijau _ dipatah-patahkan
  • 100 ml santan
  • 1 sudu besar halba campur
  • 1 sudu besar beras sangai _ ditumbuk halus
  • Sedikit daun kari
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Segenggam asam jawa
  • Air secukupnya

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sesuai dan tumis halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar dan bawang putih.
  2. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan.
  3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan cili mesin menjadi pes.
  4. Masak sehingga rempah betul-betul garing dan naik bau di atas api kecil ( masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah tu dengan baik ).
  5. Masukkan air asam jawa secukup rasa. 
  6. Masukkan santan dan air secukupnya. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan ikan dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan cili hijau dan setelah ikan masak, bolehlah taburkan beras sangai dan kacau rata.
  8. Kecilkan api dan masak seketika.
  9. Akhir sekali bolehlah masukkan kacang bendi dan buah tomato.
  10. Tutupkan api dan hidang.




0 comments: