Sunday, February 19, 2017

~ Resipi Mee Jawa...

Sheery Dream Cakes | 5:45 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Memang sudah agak lama tidak memasak Mee Jawa. Tiba-tiba teringin pula hendak makan Mee Jawa ini. Ini lah resipi Mee Jawa kegemaran Diana. Resipi dari Chef Hanieliza. Setiap kali ada permintaan Mee Jawa, pasti Diana akan guna resipi ni. Terima kasih buat Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resipi ni. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya akak.. Terima kasih juga buat Akak Yatie dan Mas kerana mengetengahkan resipi ini. Jom tengok resipinya.

:: Resipi Asal ~ Fotopages Akak Hanieliza

MEE JAWA

Bahan-Bahan
  • 1 kg mee kuning  _ dicelur
  • 1/2 kg daging _ direbus lembut dan dihiris nipis 
  • 300 gm tauge _ buangkan kakinya
  • 2 tangkai daun bawang _ dihiris 
  • 5 biji cili merah _ dihiris 
  • 3 keping tauhu goreng _ dihiris nipis
  • 3 biji telur rebus _ dibelah
  • 3 biji limau nipis _ dibelah 
  • Sedikit bawang goreng

Bahan-Bahan Kuah
  • 1/2 kg keledek _ direbus dan dikisar 
  • 3 ulas bawang putih _ dikisar
  • 5 ulas bawang merah _ dikisar
  • 3 batang serai _ dikisar
  • Sedikit halia _ dikisar
  • Sedikit lengkuas _ dikisar 
  • 100 gm udang kering _ dikisar 
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • 3 sudu besar serbuk kari daging 
  • Air rebusan daging 
  • Garam secukup rasa
  • Gula
  • 1 ketul kiub ayam _ ( Mas tambah ) 
  • Gula melaka dan asam jawa secukup rasa _ ( Diana tambah )

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar, serbuk kari daging dan cili kisar hingga garing dan pecah minyak. 
  2. Masukkan keledek kisar dan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan. 
  3. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga kuah mendidih. Tutupkan api dan angkat.
  4. Tuang di atas mee yang telah disusun di atas piring bersama telur, daging, tauhu goreng, cili merah, tauge, daun bawang dan limau nipis / limau kasturi.




0 comments: