Monday, February 6, 2017

~ Resipi Bihun Goreng Tom Yam...

Sheery Dream Cakes | 3:37 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bihun goreng memang kegemaran kami sekeluarga. Hari ini Diana kongsikan resipi bihun goreng tom yam yang simple sahaja. Masak mengikut bahan yang ada. Anda boleh menambah daging, ayam, makanan laut atau bahan lain mengikut selera masing-masing ya. 

Sebenarnya bihun goreng ini lebih kepada selera anak kecil di rumah ini. Dia kurang suka bihun goreng yang dicampur banyak bahan di dalamnya. Kalau ikutkan seleranya memang bihun goreng telur sahaja... Hehehe..

Baiklah, jom kita semak resipinya di bawah.


BIHUN GORENG TOM YAM 

Bahan-Bahan
  • 300 gm bihun _ direndam hingga kembang dan tuskan
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 1 biji bawang besar _ dihiris halus
  • 1 bungkus perencah tom yam kung adabi
  • 2 tbsp cili boh
  • 1 tbsp sos ikan
  • Sedikit sos cili Thai Maggi
  • Sedikit sos cili Maggi
  • Sedikit daun kucai _ dipotong 1 inci panjang
  • Gula secukup rasa

Bahan-Bahan Kisar 
  • Segenggan udang kering _ cuci, rendam, bersihkan dan tuskan
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 sudu besar bunga kantan yang dihiris kasar

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang besar hiris. Tumis sehingga layu.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, perencah tom yam dan cili boh. Tumis sehingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging ayam kisar dan gaul rata.
  4. Setelah ayam masak, masukkan sos cili thai, sos cili, gula dan sos ikan. Gaul dan masak seketika.
  5. Masukkan bihun dan sedikit air. Gaul sehingga semua bahan sebati. 
  6. Masukkan daun kucai dan gaul rata.
  7. Sesuaikan rasa dan sekiranya kurang masin, bolehlah ditambah sedikit lagi sos ikan dan gaul sebati.
  8. Tutupkan api dan hidang bersama telur dadar hiris.

:: NOTE ~
Anda boleh menambah bahan lain seperti ayam, daging, makanan laut atau bahan lain mengikut citarasa masing-masing.



0 comments: