Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

~ Daging Goreng Cili Kering...

Sheery Dream Cakes | 6:33 PM | 8 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Moga hari ini kehidupan kita lebih baik dari hari yang sebelumnya... Moga kita sentiasa di bawah lindunganNya.. Aamiin.. Tak nak banyak membebel hari ini.. Cuma nak kongsikan resipi Daging Goreng Cili Kering yang Diana masak tengahari tadi.. Jom semak resipinya...



DAGING GORENG CILI KERING


Bahan-Bahan
  • 500 gm daging batang pinang ( guna bahagian daging yang lembut ) _ dihiris nipis
  • 1 biji tomato _ buang bijinya dan potong dadu kecil
  • 1 1/2 tbsp kicap ABC sos manis
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-Bahan A ( Kisar Menggunakan Food Processor )
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • Belacan sebesar ibu jari

Bahan-Bahan B ( Bahan Perap )
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 /2 tbsp gula
  • 1 biji telur
  • 1/2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp perencah pati ayam 
  • Secubit soda bikarbonat
  • Garam

Cara-Cara
  1. Campurkan daging bersama bahan B dan gaul rata. Perap selama 1 jam atau lebih.
  2. Kemudian panaskan minyak dan goreng daging hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bahan A dengan sedikit minyak hingga wangi.
  4. Masukkan gula melaka dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan kicap, gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  6. Setelah itu bolehlah dimasukkan daging goreng dan gaul. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
  7. Tutupkan api dan masukkan tomato yang dipotong dadu.
  8. Gaul dan hidang bersama nasi putih panas.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, May 1, 2012

~ Sambal Daging Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 12:21 PM | 9 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Sempena cuti hari ni pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk membawa keluarga pergi bersiar-siar kan... Diana sekeluarga tidak pergi mana pun... Hanya rehat di rumah saja.. Lagi pun hari ni cuaca teramatlah panasnya... Sekarang ni musim demam sana sini.. Ada baiknya rehat di rumah saja.

Hari ni Diana nak kongsikan 1 lagi resipi olahan dari resipi yang pernah Diana kongsikan dulu... Ingat tak dengan resipi Sambal Ayam Udang Kering .. Kepada sesiapa yang pernah mencuba resipi Sambal Ayam Udang Kering tu pasti ingat kan... :). Jutaan Terima Kasih Diana rakamkan kepada semua yang pernah mencuba resipi tu... Terima kasih sudi mencuba ya... Alhamdulillah.. Setakat ni menu tu menepati citarasa yang mencubanya... Kalau nak olah mengikut citarasa keluarga masing-masing pun boleh... Tiada masalah bagi Diana.. Dalam dunia masakan ni kita kena la memasak mengikut citarasa keluarga, ya tak?

Oleh kerana keluarga Diana suka sangat makan Sambal Ayam Udang Kering ni.. Jadi Diana olah ianya kepada daging pula... Bahanya tidak jauh bezanya pun... Hanya sedikit tambahan yang Diana buat.. Apa kata kita tengok pula olahan terbaru yang menggunakan daging pula.. Alhamdulillah... Hubby dan anak-anak pun suka makan... Lebih-lebih lagi daughter yang memang suka makan daging... Kalau nak tengok step by step boleh klik di  SINI.. Sekarang ni memang tak sempat nak buat step by step sebab masa masih mencemburui diri ni.. InsyaAllah bila dah free sikit nanti Diana akan buat step by step untuk resipi yang akan datang  seperti kebiasaan yang Diana buat dulu... :)

Jom semak resipinya.




SAMBAL DAGING UDANG KERING

Bahan-Bahan
  • 800 gm daging _ dihiris nipis
  • 1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
  • 2 batang serai _ dititik
  • 2 biji cili merah _ dibuang bijinya dan hiris menyerong
  • 3 tbsp cili kering kisar
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 100 ml air
  • Garam jika perlu
  • Gula melaka secukup rasa
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-Bahan Perap

  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 1/2 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1 tsp serbuk cili
  • 1 1/2 tbsp tepung jagung
  • 2 cubit soda bikarbonat
  • 1/2 tsp kicap cair Loon Kee

Cara-Cara
  1. Perap daging bersama bahan perap selama 30 minit - 1 jam. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging seketika ( jangan goreng daging terlalu lama sebab ia akan menyebabkan daging tersebut liat ). Ketepikan. 
  3. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  4. Masukkan serai dan tumis lagi hingga terbit aromanya.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  6. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  7. Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak. 
  8. Kemudian masukkan daging goreng dan gaul rata.
  9. Tambahkan air, air asam jawa dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  10. Setelah kuahnya pekat bolehlah masukkan bawang besar dan hirisan cili merah. Masak seketika.
  11. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  12. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, July 1, 2011

~ Resipi Daging Kandar...

Sheery Dream Cakes | 9:58 AM | 24 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua… 

Pagi ni Diana nak sajikan dengan lauk semalam ... Daging Kandar ni memang sedaaaap... Semua ahli keluarga Diana memang suka makan...



Dah ramai dah yang sudah mencuba resipi nie kan... Pernah tengok kat dapur IzahMasHanaAkak YatieAkak MadihaaAkak NorSue dan ramai lagi kan... Diana baru semalam dapat mencuba... Rugi juga lewat mencuba sebab sedaaaap sesangat resipi ni... Memang terbaik... Selain dimakan bersama nasi putih, ianya sedap juga dimakan bersama roti.. Jom tengok resipinya.. Izinkan Diana pula kongsikan resipi yang sedap ni ya... Terima kasih.. 

::  Semalam blackout.. Jadi Diana tumbuk jer  ::



:: Resipi asal oleh ~ Akak Asma @ My Resipi ( TQ )
:: C&P dari ~ Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )

:: Ingin tengok cara menyediakan daging kandar ini boleh tengok di channel youtube Melley Mey


DAGING KANDAR
Untuk 6 orang


Bahan-Bahan
  • 1/2 kg daging 
  • 6 ulas bawang putih ( tumbuk / blend ) 
  • 1 inci halia ( tumbuk / blend ) 
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato    
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 pkt kecil serbuk kari daging babas ( 1 1/2 pun boleh ) 
  • 1 labu bawang besar ( dimayang ) 
  • 1 ulas bawang putih ( dimayang ) 
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang  
  • Sedikit daun kari  
  • Garam
  • Perasa

Cara-Cara
  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus ( simpan air rebusan )
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi ( kicap pekat, sos dan serbuk kari ). kacau sebati.
  5. Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa. Kacau lagi.
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>